Translate

25/11/2012

KENYATAAN MELAMPAU DAP TENTANG ISU NURUL IZZAH!

Anda tentu masih ingat dengan isu kenyataan kontroversi Nurul Izzah yang mendapat kritikan hebat pelbagai pihak. Seperti yang kita tahu, anak Anwar Ibrahim telah menyaman pihak Utusan Malaysia.

Akan tetapi, tindakan Nurul Izzah yang dianggap double standard kerana sumber rujukan Utusan iaitu MalaysiaKini tidak pula disaman. Kerana itu, ianya lebih nampak berbau politik.

Walau bagaimana pun, isu saman ini terpulang kepada Nurul Izzah kerana hak beliau. Utusan Malaysia juga mempunyai hak untuk mempertahankan laporan-laporan berita mereka.

Cuma satu lagi penemuan yang ingin MiM kongsi bersama anda. Isu ini telah ditulis di dalam blog Aeshah Adlina Weblog. KLIK SINI

Isunya ialah kenyataan Nurul Izzah yang dilaporkan di dalam Utusan dan MalaysiaKini turut ditweet oleh Ngeh Koo Ham, ADUN Setiawan yang juga merupakan Pengerusi DAP Perak.

Sebelum ini, Ngeh Koo Ham telah menghina umat Islam melalui twitter beliau. Pemimpin DAP itu telah memperlekeh tindakan umat Islam mengadakan demontrasi membantah filem dan kartun hina Islam.

Kali ini, rakan politik Lim Guan Eng DAP itu telah mengeluarkan satu lagi kenyataan kontroversi mengenai Islam, 'terima kasih' kepada Izzah!

Sila baca di bawah :


Berani sungguh pemimpin DAP, rakan Guan Eng ini mempertikaikan Melayu itu beragama Islam! Sungguh melampau!

Satu perkara yang lebih mengejutkan ialah segala kenyataan Ngeh Koo Ham itu turut ditag Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim!

Tetapi blogger itu menyatakan bahawa kedua anak beranak itu tidak memperbetulkan kesilapan besar pemimpin DAP itu! Kenapa? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...