Translate

Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Ibrahim. Papar semua catatan

29/03/2020

#COVID-19: ANWAR DAN LIM KIT SIANG MEMANG BAHLOL

SEMALAM Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim mahu kerajaan membentangkan dan membahaskan pakej rangsangan ekonomi di Parlimen dahulu.

Namun mengikut PERKARA 101 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, SESUATU PERUNTUKAN TAMBAHAN DIBOLEHKAN UNTUK DIBELANJAKAN SEBELUM IANYA DIBENTANGKAN DI PARLIMEN.
Ini kerana setiap tahun memang ada perbezaan di antara peruntukan yang dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun sebelumnya dengan perbelanjaan sebenar kerajaan pada tahun peruntukan.
Sebab itu hampir setiap tahun ada pembentangan bajet tambahan di Dewan Rakyat dan mengikut Perlembagaan ianya boleh dibentang dan diluluskan sebelum atau selepas perbelanjaan tambahan tersebut dibuat.
Perkara 101 Perlembagaan Persekutuan adalah jelas berkenaan hal ini, adalah mengikut Undang-undang dan Perlembagaan, kerajaan tidak perlu menunggu sebelum peruntukan tambahan dibahas, dibentang dan diluluskan di Parlimen dahulu sebelum ianya dibelanjakan.
Ini kerana penulis-penulis Perlembagaan kita dahulu faham bahawa kadangkala akan ada keadaan di mana kerajaan perlu berbelanja lebih untuk membantu rakyat dengan segera terutama di waktu negara dilanda krisis, seperti dalam keadaan krisis COVID-19 sekarang.

Pada minggu lepas, kerajaan United Kingdom juga telah mengambil langkah yang sama dengan kerajaan Malaysia iaitu mengumumkan dan membelanjakan pakej rangsangan ekonomi COVID-19 mereka tanpa menunggu pembentangan di Parlimen.

Sistem kerajaan dan Parlimen di Malaysia adalah lebih kurang sama dengan di United Kingdom, oleh itu konvensyen yang digunakan oleh mereka boleh digunakan di Malaysia.

Oleh itu cadangan Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli politik PH supaya perbelanjaan tambahan dalam pakej rangsangan ekonomi COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri kelmarin dibahaskan dahulu di Parlimen adalah tidak perlu dan membazir masa yang sebenarnya kita tidak ada sekarang.

Mereka seolah-olah sama ada tidak faham Perlembagaan atau mahu mencuri perhatian rakyat kepada kepentingan politik mereka (PH).

Rakyat dan negara tidak ada masa untuk melayan kerenah Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim ini sekarang di kala kita sedang berperang dengan COVID-19.

Biar kerajaan fokus buat kerja untuk menangani krisis ini dan bukan alih perhatian mereka kepada kepentingan politik anda (PH) pula.

Seperkara lagi, pada awal bulan ini ketika PM-7 Mahathir umum pakej rangsangan ekonomi COVID-19 kerajaan PH, mengapa tidak menjerit suruh dia bentang dulu di Parlimen pula?

Isham Jalil
29 Mac 2020

Rujukan: KLIK DISINI

27/03/2019

PERTEMPURAN DALAMAN PKR SEMAKIN HEBAT

‘PEPERANGAN’ yang berlaku antara Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.
Terbaharu, Ketua PKR cabang Jelutong, Shahrudin Mohd. Shariff mewakili peringkat akar umbi menzahirkan perasaan kecewa terhadap KENYATAAN KERAS YANG DIKELUARKAN PRESIDEN MEREKA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP MOHAMED AZMIN.
Menurut Shahrudin, Anwar tidak sepatutnya ‘menyerang’ Mohamed Azmin secara terbuka seolah-olah memberi andaian Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ialah seorang yang tidak berprinsip dan berjuang hanya kerana mahukan jawatan.
Bagi Shahrudin, kritikan Anwar terhadap Mohamed Azmin dilakukan dalam keadaan dipengaruhi emosi dan hanya mahu membela kenyataan puteri sulungnya, Nurul Izzah.
Selain itu, Shahrudin turut menegur tindakan puteri sulung Anwar yang mengeluarkan kenyataan bersifat serangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan melihat perkara tersebut sebagai tidak sepatutnya berlaku.
“Hal ini memberi gambaran TIADA PERPADUAN MAHUPUN DISIPLIN DALAM KALANGAN KEPEMIMPINAN PH. Kami di peringkat akar umbi PKR mahu Anwar mengambil sikap sebagai pemimpin yang dapat menyatupadukan parti dan bukannya membakar sentimen perpecahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini memaklumkan yang kenyataan Nurul Izzah sengaja diperbesar-besarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura.
RUJUKAN: KLIK DISINI

02/03/2019

LANGKAH MENJATUHKAN MAHATHIR SUDAH BERMULA




14/05/2018

MEREKA NAK TENGOK SAYA MELUTUT, MALUKAN SAYA

WAWANCARA | Pakatan Harapan mengalu-alukan penyertaan Dr Mahathir Mohamad dalam pembangkang walaupun dengan sejarah panjang perseteruan antara pemimpin mereka dengan bekas perdana menteri itu, yang didakwa MENTADBIR SECARA KUKU BESI, menekan para penentang dan melemahkan institusi negara.
Mahathir bagaimanapun tidak pernah secara langsung mengaku pelbagai tuduhan terhadapnya dan seringkali mengalihkan kesalahan misalnya kepada polis untuk Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan sejumlah pemimpin pembangkang dan aktivis ditahan bawah ISA.
Begitu juga dengan penahanan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim buat kali pertama kira-kira dua dekad lalu.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini semalam, Mahathir tampak sedikit terganggu ketika ditanya soal ini dan seperti yang dijangka kekal tidak apologetik.
Beliau berkata ANWAR SENDIRI TIDAK MEMINTA PERMOHONAN MAAF daripadanya, maka tiada sebab untuk sesetengah pemimpin masyarakat sivil terus membangkitkannya.
"Keluarganya tidak minta saya (untuk minta maaf). MEREKA NAK LIHAT SAYA MELUTUT...(DAN) MALUKAN SAYA. Itu yang mereka mahu. Tetapi mereka orang luar, bukan keluarga (Anwar)," katanya dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Ketika Malaysiakini membangkitkan permohonan maaf itu bukan atas apa yang terjadi terhadap Anwar sahaja tetapi insiden lain sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Mahathir berkata: "Tetapi mereka ini bukan ahli politik, tetapi NGO."
"Sebab mereka menjadi NGO adalah agar mereka boleh kritikal terhadap semua perkara. Sertai parti politik dan anda akan tahu ada kekangan tertentu," katanya lagi.
Mutakhir ini beliau ada membuat permohonan maaf  - antaranya berhubung penggunaan istilah keling dan kenyataannya bahawa mereka yang terkorban dalam tragedi berdarah Memali pada 1985 sebagai "mati katak".
Namun nampaknya itu saja permohonan maaf yang akan datang daripadanya.

Sumber:  KLIK DISINI

17/01/2018

REKOD MEMBUKTIKAN NAJIB LEBIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANWAR BERBANDING MAHATHIR

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan bahawa, sebelum PRU 2013 Anwar pernah memintanya menjadi broker untuk deal dengan Najib sekiranya keputusan PRU 13 memihak kepada Pakatan Rakyat dengan simple majoriti. 

Walaupun kerjasama itu tidak terlaksana kerana kemenangan BN pada 2013 yang diluar dugaan Anwar, namun ANWAR JUGA DIBERITAKAN CUBA MENGATUR STRATEGI UNTUK DEAL DENGAN NAJIB tentang kedudukan Umno di selangor semasa krisis Menteri Besar. Pada ketika itu, Anwar juga terdesak untuk bekerjasama dengan Najib bagi mengelakkan beliau dipenjara atas tuduhan Liwat 2.

Namun semua perancangan itu tidak berjaya. Malah Najib sebenarnya lebih licik membalas permainan Anwar. Ingat lagi, pada 2008 Anwar beria-ria umumkan 30 ahli Parlimen BN akan lompat sertai Pakatan pada 16 September. Tapi yang berlaku akhirnya Kerajaan Pakatan Perak tumbang pada 4 Februari 2009 apabila Najib berjaya pujuk 3 Adun PKR dan 1 Adun DAP keluar Parti.

Rekod ini membukti NAJIB LEBIH MAMPU MENGUBAH NASIB ANWAR BERBANDING MAHATHIR dan orang-orang Anwar sendiri. Kelicikkan Najib untuk memanipulasikan kuasa dan kedudukan diambil peluang oleh Anwar untuk membebaskan dirinya untuk kembali melawan Mahathir.

21/09/2017

MAHATHIR MASIH TIDAK SEDAR MENYEMBAH LIM KIT SIANG

MAHATHIR MASIH TIDAK SEDAR APA YANG MELANDA DIRINYA

Mahathir melihat sesuatu perkara “single-mindedly” dan secara mutlak sementara Najib melihat sesuatu perkara dari segi relatif.

Segala-galanya dalam hidup adalah relatif, termasuk dalam persoalan akhlak.


Mahathir menggunakan kaedah ZERO-SUM GAME. Ia adalah menang semua atau tidak dapat apa-apa. Yang menang mengambil semua; yang kalah kehilangan semua.

Dalam permainan ini, ia adalah HIDUP ATAU MATI dan anda memulakan misi kamikaze untuk membunuh musuh anda atau anda yang mati dalam pertarungan tersebut. Dalam jenis permainan ini anda perlu kekerasan bukannya strategi dan pada masa tertentu anda akan beroperasi seperti “LIKE A BULL IN A CHINA-SHOP”.

Sesetengah pihak menyanjung Mahathir sebagai ahli politik strategi yang hebat. Mereka mengatakan setakat ini Mahathir telah memenangi setiap pertempuran politik di dalam dan di luar, beliau adalah seorang yang hebat.

Tetapi jika anda melakukan bedah siasat yang betul itu dan tidak berat sebelah mengenai kemenangan dan pencapaian Mahathir, anda akan melihat bahawa pergerakan beliau tidak pernah ditapis dan adalah berdasarkan strategi “bulldozer”.

Jadi apa yang begitu hebat tentang perkara itu?


Terdapat cakap-cakap bahawa Najib adalah pelajar terbaik Mahathir dan Najib hebat kerana dia belajar daripada yang terbaik, iaitu Mahathir.

Ini memberi Mahathir terlalu banyak kredit.


Sebenarnya Najib tidak pernah belajar di bawah Mahathir. Najib mengkaji Mahathir. Terdapat perbezaan diantara kedua duanya. Jika anda seorang pelajar Sun Tzu anda akan tahu dengan tepat apa yang Najib lakukan.

21/05/2017

Mahathir Terdesak Tandatangan Petisyen Bebaskan Anwar

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menandatangani petisyen untuk membebaskan 'musuh'nya satu ketika dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri  selama 22 tahun, berbuat demikian ketika hadir pada Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Nasional (PKR) ke-12 di sini, hari ini bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ketika diminta mengulas, Dr Mahathir mengakui bahawa beliau mahu Anwar, yang menjadi Timbalan Perdana Menteri sewaktu zaman pemerintahannya, dibebaskan.

12/04/2016

Siapa2 Tolong Maklum Mahathir Anwar Tak Lagi Sokong Gerakannya

Kenyanyukan Mahathir bertambah parah bila dia mendakwa Anwar menyokong gerakan yang diketuainya untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Maka itulah, sekalipun Anwar ini tidak bermoral dan tak layak jadi Perdana Menteri kata Mahathir, dia masih memerlukan sokongan dari Anwar.

Kenyataan ini dikeluarkan Mahathir ketika ditemuramah oleh media berita Australia beberapa hari yang lepas.

26/10/2015

KESIAN ANUAR GIAN NAK KE DEWAN RAKYAT

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik permohonannya untuk mencabar keputusan Ketua Pesuruhjaya Penjara yang tidak membenarkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu.

Peguam mewakili Anwar, Latheefa Koya memaklumkan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan pada Isnin berhubung penarikan balik rayuan itu.

04/09/2015

Anwar Gembira Tun Mahathir Sokong Bersih 4

KUALA LUMPURPesalah kes liwat yang juga penentang kuat parti UMNO, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam perhimpunan haram Bersih 4 bagi menggulingkan kerajaan baru-baru ini.
Beliau dalam satu perutusan daripada penjara Sungai Buloh berkata, perhimpunan yang menyusahkan ramai pihak itu membuktikan rakyat Malaysia matang tentang hak mereka untuk bersuara dan berhimpun.
“Saya ucap tahniah kepada rakyat Malaysia yang sertai perhimpunan aman Bersih 4. Saya juga alu-alukan kehadiran Tun Mahathir dalam turut menyertai perhimpunan Bersih 4,” katanya.

05/03/2015

MANA ADA BANDUAN DI SELURUH DUNIA DIBENARKAN HADIR PARLIMEN ???

Pakar perundangan: Benar Anwar ke Parlimen ibarat hina institusi kehakiman. Mereka cuba untuk memperlekehkan undang-undang negara.

KUALA LUMPUR, 5 Mac: Tindakan Ketua Pengarah Penjara menolak permohonan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membenarkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke Parlimen bagi menghadiri sidang Dewan Rakyat adalah tepat.

Menurut Pakar Perlembagaan dan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz, tindakan itu adalah berlandaskan undang-undang dan peraturan sedia ada yang diamalkan di negara ini.

08/12/2014

PANGKAT TAK PENTING....YANG PENTING JAWATAN ???


Encik Anwar samakan dengan FIRAUN ???

KAJANG - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, pangkat dan gelaran bukan sesuatu yang penting kepadanya.

Menurut laporan The Star Online, Anwar berkata, Tuhan tidak kisah mengenai kuasa atau kedudukan seseorang.

"Tuhan tidak melihat kepada kuasa. Dia tidak melihat kepada jawatan kita pegang tetapi amalan baik ? yang kita buat atas nama-Nya," katanya semasa berucap di hadapan sekumpulan penganut Katolik di Church of The Holy Family di sini, hari ini.

07/12/2014

ANWAR NAIB PRESIDEN US YANG BARU ??


Dah tak ada tempat lain untuk mu "NUAR" !!!

BANGKOK: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah membatalkan kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di sini minggu ini atas nasihat peguamnya.

Anwar tidak akan ke Bangkok minggu ini, oleh itu acara pada 3 Disember dibatalkan, umum FCCT pada Isnin.

03/11/2014

RINTIHAN/RAYUAN PENASIHAT LGBT PERLU DITERIMA ???


Anwar Bela Sisters in Islam, Tidak Setuju Diharamkan

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.
Anwar berkata, walaupun Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berhak untuk tidak bersetuju dengan SIS akan tetapi NGO itu tidak seharusnya diharamkan.
“Pendirian saya adalah seharusnya rakyat bersetuju untuk tidak bersetuju dan terus mengadakan perbincangan dan forum,” kata Anwar kepada pemberita selepas memberikan ucapan di majlis makan malam persidangan demokrat Islam (Muslim democrats’ conference) di Petaling Jaya malam ini.
“Tentang fatwa, saya ada keraguan. Mereka boleh tidak bersetuju akan tetapi saya rasa mereka tidak seharusnya mengharamkan perbincangan.”


17/10/2014

ANWAR PASTI AKAN DIBEBASKAN DARI PERTUDUHAN ???


Rintihan dari peminat setia ANWAR IBRAHIM

“Assalamualaikum Datuk Seri,

Saya percaya DS kini sedang memberi perhatian kepada perbicaraan di Mahkamah  Rayuan pada 28-29 Oktober 2014, namun saya juga percaya DS menganggap semuanya itu kecil belaka sehinggalah hari terakhir. Bukankah amanat DS yang popular dahulu "kalau takut dengan ombak, usah berumah di tepi pantai, jika takut dengan cabaran, usah bicara soal perjuangan".

Sebenarnya, bagi saya lebih baik DS bermunajat, bermuhasabah, berzikir, membaca Al-Quran, melakukan solat-solat sunat hajat, menunaikan umrah dan Haji insyaallah, daripada DS mengharapkan kepakaran manusia-manusia yang bergelar peguam-peguam terhebatlah termahallah dan sebagainya. Semuanya itu DS telah lihat sekian lama hanya mubazir wal membazir. (Keenam - Klik)

10/10/2014

ANWAR TETAP MEMPERTAHANKAN KESUCIAN BIBLE ?


KESIAN ANWAR IBRAHIM - biarlah dia bercakap puas2...

Anwar Ibrahim menyelar tindakan Putrajaya kerana tidak mendakwa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar Bible berbahasa Melayu di Pulau Pinang menggunakan alasan presiden Perkasa itu hanya mempertahankan kesucian agama Islam.

Menurut ketua pembangkang, ajaran Islam tidak membenarkan perbuatan mengancam dan menindas agama lain.

08/10/2014

HAI....TAK MENGAKU LAGI ???


Sepatutnya segala pingat yang diterima dipulangkan dan tidak sepatutnya seorang yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah berada di dalam Dewan Parlimen lagi ???

Anwar Ibrahim yang berdepan saman fitnah RM50 juta menafikan pertuduhan beliau meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Ketua Pembangkang itu dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini berkata, insiden berkenaan tidak pernah berlaku dan tuduhan Saiful tidak benar (Klik).
Saiful mendakwa, Anwar pada 26 Jun 2008 meminta satu fail dihantar ke sebuah unit di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara.
Katanya, Anwar yang merupakan majikannya pada waktu itu, menggunakan semua pengaruhnya untuk mengadakan hubungan seksual itu dengannya.
Saiful berkata Anwar melakukan salah laku seks itu kepadanya tanpa kerelaannya. – 8 Oktober, 2014.

05/10/2014

BLACK 29 DIRANCANG DENGAN RAPI OLEH ANWAR ??


KUALA LUMPUR – Polis menggesa orang ramai supaya tidak berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Difahamkan, protes besar-besaran tersebut akan dijalankan di Dataran Merdeka pada jam 4 petang, Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata, beliau menegaskan orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

Menurutnya, ini merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Untuk mengetahui apakah tujuan sebenar "BLACK 29" (Klik Disini) 

26/09/2014

KEPIMPINAN AZMIN LAGI BURUK DARIPADA TS KHALID ???


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan mengubah banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan negeri itu apabila beliau dijangka terus dikawal oleh pemimpin tertentu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Azmin akan masih dikawal walaupun tidak sama seperti yang berlaku kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

'Remote control'(Klik) berubah sedikit sebanyak, mungkin tidak sama seperti yang berlaku kepada Wan Azizah, tetapi beliau (Azmin) akan masih dikawal.

19/09/2014

ANWAR DIKEJARKAN KE HOSPITAL SAKIT JANTUNG ?


SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan bukan ADUN Selangor yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Selasa ini.

Ini berdasarkan sumber istana yang dihubungi, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih ADUN wanita bagi menjadi Menteri Besar yang baharu, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 23 September ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...