Translate

Memaparkan catatan dengan label Dewan Rakyat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dewan Rakyat. Papar semua catatan

01/08/2017

NAK KATA BODOH CERDIK, TAPI TAK BOLEH DIAJAR !!!

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendapat teguran dari Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ekoran cuba menggangu Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said meminta supaya Kit Siang, membaca Peraturan Mesyuarat sebelum mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.

Teguran itu dibuat selepas Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah bangkit bertanya soalan tambahan kepada Mahdzir, mengenai bilangan buku dibaca oleh semua menteri dalam masa sebulan.

Mahdzir yang dipetik BH Online, ketika mahu menjawab dicelah oleh Ismail yang berkata;

26/10/2015

KESIAN ANUAR GIAN NAK KE DEWAN RAKYAT

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik permohonannya untuk mencabar keputusan Ketua Pesuruhjaya Penjara yang tidak membenarkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Mac lalu.

Peguam mewakili Anwar, Latheefa Koya memaklumkan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan pada Isnin berhubung penarikan balik rayuan itu.

02/03/2015

MENTERI DAN PEMIMPIN NYANYOK MENGHANCURKAN NEGARA ???


Adakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat?

Sokong  sepenuhnya  teguran/saranan DATUK ZULKIFLI NORDIN, negara akan kehancuran jika masih ada Menteri atau pemimpin yang masih memperjuangkan sikap ‘PAK TURUT’ dan tiada mempunyai pendirian yang tetap serta takut dalam memperjuangkan KEBENARAN.

Nukilan dari KLIK SINI

beberapa pemimpin Kerajaan kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 09 Mac ini.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam Negara'.

Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang kronik.


Pada saya desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung! 

21/02/2013

Tolak pemimpin tidak hormati undang-undang

Sementara demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin yang tidak boleh mengikut peraturan dan undang-undang yang mereka sendiri gubal harus ditolak oleh rakyat.

Kata beliau, oleh kerana kesemua undang-undang digubal ahli-ahli Parlimen ahli-ahli politik khususnya mereka yang bergelar wakil rakyat sewajarnya menghormati keputusan Parlimen dan apa jua kekurangan harus dibincangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Abu Zahar yang juga bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini berkata, peraturan yang wujud sehingga hari ini adalah berdasarkan perbincangan dan persetujuan pemimpin yang dilantik oleh rakyat.

25/09/2012

Sah Anwar dan Guan Eng bersekongkol dengan George Soros

Anwar-Guan Eng pertahan George Soros di Dewan Rakyat


Sidang parlimen pada Isnin panas seketika di sebelah pagi, apabila pembangkang mempertahankan penyangak matawang, George Soros dan persalahkan kerajaan pula berikutan kerugian RM5.7billion yang dialami Bank Negara Malaysia (BN) pada 1993.

Mereka terlupa agaknya, pada ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan sehinggalah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegur soalan Ahli Parlimen Lim Guan Eng (DAP-Bagan) sebagai “soalan bunuh kawan”.

28/06/2012

Datuk S. Ambiga patut digantung sampai mati ???

Kenyataan Mohamad Aziz bersifat peribadi

KUALA LUMPUR 27 Jun - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz supaya penganjur perhimpunan Bersih, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati adalah bersifat peribadi.

Katanya, kenyataan Mohamad itu bukanlah pendirian BN yang mendukung Perlembagaan negara dan prinsip keluhuran undang-undang.

“Kes berkaitan perhimpunan Bersih itu masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohamad pada sidang Dewan Rakyat hari ini supaya Ambiga digantung sampai mati kerana menjadi pengkhianat negara dengan menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 pada April lalu.

Mohamad turut mengaitkan tindakan Ambiga itu seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong. - UTUSAN

11/04/2012

BELUM MEMERINTAH DAH KURANG AJAR DAN BIADAP !!!!

chanxx
Dah empat tahun tetapi ada wakil rakyat pembangkang  di Perak yang masih tak faham peraturan dewan.Kes ini mungkin agak terpencil namun ia tidak sepatut berlaku kerana peraturan dewan sepatut dihafal dan dihayati oleh wakil-wakil rakyat.

Pagi Isnin orang ramai terkejut yang mengikuti persidangan dewan)  gelagat seorang wakil rakyat dari PKR melanggar batas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...