Ahli
Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendapat teguran dari Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ekoran cuba
menggangu Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, menjawab soalan di
Dewan Rakyat.
Datuk Seri
Ismail Mohamed Said meminta supaya Kit Siang, membaca Peraturan Mesyuarat sebelum mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.
Teguran itu
dibuat selepas Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah bangkit
bertanya soalan tambahan kepada Mahdzir, mengenai bilangan buku dibaca oleh
semua menteri dalam masa sebulan.
Mahdzir yang
dipetik BH Online, ketika mahu menjawab dicelah oleh Ismail yang berkata;
"Yang
berhormat Menteri, sekejap. Itu sebab saya kata Yang Berhormat sekalian, sila
baca berulang-ulang kali Peraturan Mesyuarat kita. Baca yang itu dulu baru
boleh soal orang lain. Silakan Yang Berhormat (Menteri)," katanya.
Mahdzir ketika
menjawab berkata, adalah menjadi hak masing-masing untuk membaca buku.
"Saya
ingat bab baca buku ini masing-masing, jadi tak payah jawablah dalam Dewan ini.
Dia (menteri) ada hak masing-masing untuk baca buku," katanya.
Terdahulu,
ketika menjawab soalan tambahan Ahli PArlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi,
Mahdzir berkata, rakyat Malaysia hanya membaca 12 judul buku setahun berbanding
16 judul dibaca seorang di peringkat antarabangsa.
Selain itu,
katanya, penerbitan buku baharu di Malaysia juga kurang berbanding nisbah
penduduk.
"Rakyat
Malaysia berjumlah 30 juta orang, maka sekurang-kurangnya dalam setahun perlu
ada 30,000 buku baharu yang dikeluarkan tetapi setakat ini yang dikeluarkan
setahun adalah 20,000," katanya.
Sumber: KLIK DISINI