Kenyataan
Mohamad Aziz bersifat peribadi
KUALA LUMPUR 27 Jun -
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz supaya
penganjur perhimpunan Bersih, Datuk S. Ambiga digantung sampai mati adalah
bersifat peribadi.
Katanya, kenyataan Mohamad
itu bukanlah pendirian BN yang mendukung Perlembagaan negara dan prinsip
keluhuran undang-undang.
“Kes berkaitan perhimpunan
Bersih itu masih dalam siasatan pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan
di sini hari ini.
Beliau berkata demikian
bagi mengulas kenyataan Mohamad pada sidang Dewan Rakyat hari ini supaya Ambiga
digantung sampai mati kerana menjadi pengkhianat negara dengan menganjurkan
perhimpunan haram Bersih 3.0 pada April lalu.
Mohamad turut mengaitkan
tindakan Ambiga itu seperti militan Al-Maunah kerana cuba menimbulkan kekacauan
dan menjatuhkan kerajaan Yang di-Pertuan Agong. - UTUSAN