Translate

28/06/2012

ANWAR, WAN AZIZAH TAKUT UNTUK BUAT PERNYATAAN BERSUMPAH ???

Anwar, Wan Azizah digesa buat pernyataan bersumpah


KUALA LUMPUR 26 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta membuat pernyataan bersumpah bagi mengesahkan pengakuan 'wanita misteri', Zaliah Zakaria tidak mengenali Ketua Pembangkang itu.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, pernyataan bersumpah berkenaan penting untuk menyangkal dakwaan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali sebelum ini bahawa Anwar sangat mengenali Zaliah.

Katanya, kenyataan secara terbuka dan retorik sahaja tidak memadai kerana rakyat ketika ini sudah kurang percaya dengan kata-kata Anwar serta Wan Azizah.

Jelas Ruslan, selama ini pun terlalu banyak isu yang dikaitkan dengan Anwar serta Wan Azizah tergantung begitu sahaja tanpa sebarang hujah dan alasan menyakinkan.

"Selain itu, Anwar dan Wan Azizah juga dikehendaki menjelaskan beberapa perkara lain antaranya mengapakah Zaliah cabut lari ke luar negara 13 tahun lalu dan bagaimana beliau boleh menjadi kaya-raya serta apakah jenis perniagaan yang beliau terlibat?

"Adakah benar Zaliah ada terlibat dalam perniagaan lumba kuda? Dan betulkah Zaliah adalah proksi kepada Anwar dan Wan Azizah?

"Sekarang isu membabitkan pemilikan akaun bernilai RM3 bilion ini telah menjadi tanda-tanya di kalangan rakyat dan ia perlu dijawab segera oleh Anwar serta Wan Azizah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pendedahannya baru-baru ini, Ummi Hafilda mendakwa Anwar kenal dengan wanita berkenaan yang hakikatnya bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat, tetapi cukai pendapatannya mencecah RM50 juta.

Selain itu, Ummi Hafilda turut mendakwa Zaliah memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakannya di Pulau Pinang.

Berikutan pendedahan tersebut, Zaliah kemudiannya tampil membuat penafian menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tetapi mengakui mengenali Wan Azizah ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Dalam pada itu, menurut Ruslan, sekiranya Ummi Hafilda berbohong mengenai perkara berkenaan, hanya Anwar atau Wan Azizah sahaja wajar menyamannya dan bukan orang lain.

"Rakyat juga ingin tahu apakah mereka berdua (Anwar dan Wan Azizah) ini jenis yang membuat tuntutan bukan-bukan apabila sesuatu isu itu dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) tetapi mengambil sikap 'menikus' serta membisu seribu bahasa sekiranya timbul isu berkaitan dengan pemimpin pembangkang," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...