Translate

Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan

02/03/2020

YDPA MENYELAMATKAN KEADAAN: "MELAYU TERTIPU LAGI" TUN DR. MAHATHIR BUAT MASALAH

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD
Former Chief Justice of Malaysia

Pada 28 02 2020, lebih kurang jam 11.00 pagi, saya menyiapkan rencana saya bertajuk “Melayu Tertipu Lagi” dengan membuat beberapa kesimpulan, antaranya:

Orang yang mengagalkan penubuhan kerajaan PN adalah Tun Dr. Mahathir.

Dalam peristiwa ini, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar sama-sama tidak boleh dipercayai. Diharapkan peristiwa ini akan menyingkirkan kedua-dua mereka daripada arena politik negara….

UMNO, PAS, Bersatu (termasuk kumpulan Azmin) hendaklah bersatu teguh. Saya percaya, jika perikatan mereka kuat, parti-parti di Sabah dan Sarawak, MCA dan MIC akan menyertai mereka yang berkemungkinan membolehkan mereka menubuh kerajaan baru. Tetapi, ini hanya boleh dilakukan tanpa Tun Dr Mahathir dalam Bersatu kerana beliau tidak boleh menerima UMNO sebagai satu parti.

Pada masa itu, belum nampak penyelesaian krisis itu. Terdapat tiga kumpulan, kumpulan Tun Dr. Mahathir, kumpulan DS Anwar dan kumpulan TS Muhyiddin yang disokong kuat oleh UMNO dan PAS, masing-masing tidak mempunyai majoriti.

Dalam masa 24 jam sehingga petang 29 02 2020, kita dengar cerita berbagai-bagai perkembangan; PH mencalonkan DS Anwar sebagai calon PM; DS Anwar dan pemimpin-pemimpin DAP dengan angkuh mengatakan “we have the numbers”; Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Waritan Sabah (Warisan) sekejap diberitakan menyokong Tun Dr. Mahathir, sekejap meyokong DS Anwar dan sekejap menyokong TS Muhyiddin; DS Anwar sekejap menyokong Tun Dr Mahathir, sekejap menawarkan dirinya sebagai calon dan berlagak seperti sudah pasti akan dilantik; TUN DR MAHATHIR YANG ENGGAN MENERIMA KEKALAHAN, bermodalkan sokongan GPS dan Warisan, membuat perkiraan dengan PKR, DAP dan Amanah untuk ditonjolkan semula sebagai calon PH, yang bererti kerajaan PH yang ditamatkannya dengan perletakan jawatannya hendak dihidupkan semula dan DS Anwar sanggup mengundur diri daripada menjadi calon PM demi menyelamatkan kerajaan PH.

Perkembangan yang terakhir disebut itu menunjukkan sejauh mana DS Anwar dan Lim Kit Siang sangup berkompromi untuk menyelamatkan kerajaan PH kerana, mereka tahu, JIKA MEREKA TERLEPAS KUASA, MEREKA AKAN BERADA DI KEDUDUKAN YANG MERUGIKAN.

AKHIRNYA, PADA PETANG 29 02 2020, terbitlah kenyataan Istana Negara yang dengan rasminya mengatakan bahawa YDPA TELAH BERKENAN MELANTIK TS MUHYIDDIN SEBAGAI PERDANA METERI KELAPAN.

Kita berhenti di sini dahulu untuk membuat beberapa pemerhatian.

Dengan keluarnya kenyataan itu, tamatlah krisis seminggu itu. (Apa yang akan berlaku selepas itu, akan dibincang berikutnya.)

Dengan terlantiknya TS Muhyiddin sebagai PM, Tun Dr Mahathir dan DS Anwar tersingkir daripada perebutan untuk menjadi PM.
MEREKA AKAN TERUS MENIMBULKAN MASALAH. Itu keistimewaan dan kepakaran mereka berdua. Diharapkan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu sudah muak dengan tindak tanduk mereka dan mengenepikan mereka untuk selama-lamanya.
Orang Melayu merasa lega kerana tidak lagi akan melihat karenah Lim Guan Eng, Mujahid, Waytha Moorhy, Theresa Kok, Syed Sdiq, Mat Sabu dan lain-lain.

Peletakan jawatan Tommy Thomas memberi nafas lega kepada lebih seribu pegawai-pegawai perundangan, ada yang telah memberi perkhidmatan lebih daripada tiga puluh tahun, menjadi pakar dalam bidang masing-masing tetapi tidak diber kepercayaan terhadap kepakaran mereka mereka oleh Tommy Thomas. Sebaliknya beliau melantik peguam-peguam swasta dan dibayar upah dengan wang pembayar cukai. Diharapkan seorang pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik mengganti beliau. Demikian juga diharapkan seorang pegawai MACC yang kanan, berintegriti, berpengalaman dan berkaliber akan dilantik MENGGANTI LATEEFA KOYA.

Tetapi, sebaik sahaja kenyataan itu diterbitkan, pemimpin-pemimpin PH, diketuai Tun Dr Mahathir bersama-sama DS Anwar telah menolak keputusan yang dibuat oleh YDPA itu. Itu tidak menghairankan.

Mereka akan merayu dengan lemah longlai untuk mendapat pengampunan. Mereka terima pengampunan walau pun cara dilakukannya menyalahi prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Tetapi, apabila YDPA membuat satu keputusan yang tidak menyebelahi mereka, YDPA PUN MEREKA TENTANG. Ini menunjukkan sejauh mana mereka sanggup lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka tidak mempunyai had dan batasan.

PERKARA 40 (2), PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MEMPERUNTUKKAN:

“Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;”
Perlembagaan tidak menetapkan bagaimana baginda hendak melaksanakan budibicara itu. Tetapi, adalah patut bahawa baginda melantik seorang ahli Parlimen yang mengikut hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Prlimen. Jika tidak, undi tidak percaya mungkin akan dibuat dan, jika berjaya, PM itu hendaklah meletak jawatan dan masalah berulang semula.

Dalan kata-kata lain, YDPA tidak dikehendaki menemuduga setiap ahli Parlimen, apatah lagi mengambil kira senarai yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir, untuk membuat keputusan itu.

Sekarang, keputusan telah dibuat, PM telah dilantik, tak usahlah memperdulikan apa kata Tun Dr Mahathir, mahupun senarainya. Jika beliau dan PH tidak berpuashati, mereka bolehlah mengemukakan undi tidak percaya di Parlimen. Itu caranya, bukan mencabar budibicara YDPA.

Bagaimana kedudukan Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli Parlimen dalam senarai Tun Dr Mahathir yang tidak menyokong TS Muhyiddin, dalam Bersatu? Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya “Melayu Tertipu Lagi”, jika mereka tidak mengikut pendirian parti, singkirkan mereka.

Pagi ini, saya teruja melihat pemimpin-pemimpin UMNO. PAS dan Bersatu bersama-sama ke Istana Negara untuk menubuh kerajaan baru. Di harapkan ia berkekalan. GPS dan Warisan eloklah berfikir semula dan tidak lagi mengikut Tun Dr Mahathir ke mana sahaja yang dibawanya. SUDAH TIBA MASANYA BELIAU DITINGGALKAN ATAU DISINGKIRKAN.

Beliau telah terlalu banyak membuat masalah sepanjang tempoh beliau menjadi PM:
* menyebabkan krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja sebanyak dua kali;
* menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas;
*  menyebabkan UMNO dibatalkan;
* bergaduh dengan Tun Musa Hitam;
* bergaduh dengan DS Anwar;
* bergaduh dengan Tun Abdullah Badawi;
* bergaduh dengan DS Najib;
* menyerahkan kuasa politik orang Melayu kepada DAP;
* menyebabkan krisis Perlembagaan lagi sekarang;
* mencabar YDPA;
* masuk keluar UMNO entah berapa kali. Nampaknya selagi beliau ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah.

KITA MULAKAN HARI BARU, TANPA TUN DR. MAHATHIR, DS ANWAR DAN LIM KIT SIANG.

01 03 2020


24/02/2020

#PERALIHAN KUASA: GEMPA BERSKALA BESAR DALAM PH MELANDA KETIKA INI

 “TIADA konsesus kabinet,” inilah kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tatkala mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad mengenai isu Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dilihat mula memberi signal menentang arus.

Kemudian disusuli kenyataan bapanya, Lim Kit Siang selaku penasihat DAP yang bernada mengugut Tun Mahathir untuk keluar PH jika terus menerus PM menerima kemasukan wakil rakyat dan pemimpin Umno ke dalam PPBM.
Umum tahu bahawa Tun Dr Mahathir sebenarnya sangat tidak selesa dengan tindak tanduk DAP sejak sekian lama kerana sikap rasis DAP sejak sekian lamanya.
Begitu juga umum juga tahu DAP cukup pesimis terhadap Perdana Menteri itu sejak dahulu lagi kerana isu isu yang mengheret bekas Presiden Umno itu semasa menerajui Umno dan negara 22 tahun lalu, apatah lagi dalam OPERASI LALANG, ramai dalam kalangan pemimpin DAP dan PAS yang kini sudah melompat ke PAN ditahan antaranya Kit Siang, Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
Kemudian dalam kes Guan Eng menentang Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dikaitkan dengan skandal dengan seorang remaja perempuan juga Guan Eng terpenjara, ketika itu PM negara juga Mahathir.
Begitu juga sebaliknya, Mahathir pastinya ingat kecaman demi kecaman dan hentaman demi hentaman kata kesat dan LABEL-MELABEL YANG DIBUAT DAP dan (bekas PAS yang kini jadi pemimpin PAN) ke atasnya, gelaran “Mahathir Taghut, Mahazalim, Mahafiraun” dan sebagainya sememangnya SANGAT MENGGURIS HATI MAHATHIR.
Cumanya MEREKA BERSATU ATAS DASAR EMOSI dan mahu ke mercu kuasa dalan PRU14, dan sebenarnya tidak sedikit perbezaan pandangan antara DAP dan PPBM yang dipimpin Tun Mahathir.
MAHATHIR LEMAS DAN BOSAN DENGAN SIKAP DAP yang mula menunjukkan sikap “Raja” mereka dalam konsesus PH. Apa sahaja keputusan PM bakal disodok dengan kenyataan balas pemimpin DAP sama ada yang berstatus menteri kabinet ataupun ahli Parlimen dengan menolak hujah-hujah PM termasuk dalam isu ICERD.
Jelas sekali DAP CUBA MENJADI “ABANG LONG” yang langsung tidak menghormati kedudukan PM selaku ketua pentadbiran PH dan kerajaan.
Malah api kebencian dan sandiwara mula bermain dalam alam nyata, sepertimana DAP MENJELMAKAN SIKAP TIDAK CENDERUNG KEPADA ISLAM semasa mengikat tahaluf bersama PAS dalam Pakatan Rakyat.
Wajah DAP dan beberapa kumpulan dalam PKR yang tidak sehaluan dengan gandingan Tun Mahathir bersama Azmin Ali amat jelas kelihatan.
Kajian terkini Rafizi Ramli ke atas kemerosotan sokongan dan keyakinan rakyat ke atas PH bukan kajian sehala, ia serampang dua mata, Rafizi amat dikenali sebagai penyokong kuat ANWAR IBRAHIM YANG SEDANG KEMARUK UNTUK MENJADI PM selepas Mahathir, sedangkan Mahathir tidak langsung menunjukkan signal mahu berehat.
Umum dapat melihat kebimbangan Mahathir untuk meninggalkan pentadbiran negara tatkala realitinya MENTERI-MENTERI DI BAWAHNYA SANGAT TIDAK BERKUALITI sebagai menteri, malah masih kekal sikap sebagai pembangkang.
Lihat sahaja sikap GUAN ENG, MENTERI KEWANGAN YANG UMPAMA KETUA PEMBANGKANG, TIDAK ADA IDEA MAHU MEMACU EKONOMI DENGAN BAIK, malah tidak habis-habis mengulang isu yang sama iaitu kes hutang dan penyelewengan kerajaan terdahulu.
Sedangkan rakyat menanti apa formula yang hendak dikemukakan kerajaan khasnya menteri kewangan dalam menyelesaikan masalah ekonomi hari ini.
Janji-janji manifesto PRU14 sekadar janji palsu yang tidak akan tertunai, malah boleh dipermainkan pula janji dengan alasan terlalu “rendah kualiti jawapan” yang tidak meletakkan standard jawapan bertaraf menteri.
Ini barangkali menjadikan Tun Mahathir pening kepala kerana tidak menyangka rakan kongsi dalam PH yang diangkat jadi menteri hanya bertaraf pembahas pembangkang tanpa idea yang bernas.
Sindrom duduk di kelas kepembangkangan jelas ketara dengan kaedah menteri-menteri mengendali isu-isu yang dihadapkan kepadanya.
Sebijak-bijak menteri di salah satu kementerian berkaitan pertanian memberi idea semasa bergelar ahli Parlimen pembangkang, apabila menjadi menteri, dia memberi idea yang jauh kuno berbanding Dato’ Ahmad Maslan yang kerap menjadi bahan tertawa semasa jadi menteri.
KINI AHMAD MASLAN JAUH DILIHAT BIJAK BERBANDING RAKAN SENEGERI KEPADA PEMBANGKANG YANG TELAH MENJADI MENTERI ITU.
TANAM NENAS DI BELAKANG RUMAH NELAYAN yang mana tanah belakang rumah nelayan adalah tanah pasir pantai, bijak sungguh menteri PH mengemuka idea hingga menjadi bahan tertawa.
Rakyat semakin dapat melihat bagaimana Tun Mahathir terpaksa memerah idea mencari jalan menerajui negara dalam keadaan menteri yang ada sangat tidak membantunya.
Kini dia dihadapkan pula dengan isu kecamukan dalam PH yang tidak kesudahan, malah hingga memeritkan telinganya selaku orang nombor satu kabinet Malaysia.
Apapun, hakikatnya kini rakyat dapat melihat sebenarnya PH hanya pandai berkokok semasa menjadi pembangkang, selepas menjadi kerajaan mereka berbalah sesama sendiri kerana perbezaan yang sangat jelas.
Rakyat mula hilang keyakinan kepada gabungan ini, dan ramai yang yakin walaupun mungkin PH boleh bertahan hingga akhir penggal, namun pemerintahan mereka bakal menjadi paling panas dan tidak menyelesaikan masalah rakyat.
Usai penggal ini PH bakal berpecah dan di sanalah rakyat akan melihat bertapa “ABANG LONG DAP” rakan sepakat yang amat susah bersama kerana sifat semulajadinya mahu menguasai dan tidak mahu bersama. – HARAKAHDAILY27/12/2018

02/03/2019

LANGKAH MENJATUHKAN MAHATHIR SUDAH BERMULA




21/01/2018

"TAK PAYAH POLITIKLAH KALAU TUA BANGKA DEKAT NAK MATI NI" - PENDAKWAH KONTROVERSI ZAMIHAN MAT ZIN

PENDAKWAH kontroversi Zamihan Mat Zin meminta DR MAHATHIR MOHAMMAD BERTAUBAT dan belajar agama bagi menebus kesalahan beliau sepanjang memerintah negara, dan bukannya terus sibuk berpolitik.
“Orang tua umur 93 tahun patut masuk pondok, mengaji kitab, zikir banyak-bantUN yak, bertaubat. Minta maaf kepada semua manusia di atas kesilapan lalu dan buat amal jariah banyak untuk akhirat patutnya.
TAK PAYAH POLITIKLAH KALAU TUA BANGKA DEKAT NAK MATI NI,” katanya dalam satu wawancara langsung di laman Facebook Watan Online hari ini.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) itu menjawab soalan mengenai cadangan Pakatan Harapan menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

15/01/2018

AZMIN MEMPERALATKAN MADEY DI PRU 14

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali SENGAJA MENAWARKAN KERUSI PARLIMEN GOMBAK KEPADA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana yakin PENGERUSI PPBM ITU TIDAK MAMPU PEROLEH KEMENANGAN.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata jika Dr Mahathir tewas pada PRU akan datang, beliau TIDAK LAYAK untuk ditabalkan sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya bentuk kerajaan di Putrajaya.

Bukan sahaja berjaya mengekang Dr Mahathir daripada menjadi perdana menteri, Azmin juga boleh 'lari' ke kawasan lain yang lebih selamat untuk beliau tandingi, kata Megat Zulkarnain.

“Pertamanya, Azmin boleh MEMPERGUNAKAN DR. MAHATHIR dengan mencalonkan beliau di Gombak bagi membolehkannya lari ke kawasan selamat lain.

“Keduanya, jika Dr. Mahathir kalah di Gombak, maka Pengerusi PPPBM itu tidak layak menjadi perdana menteri sekali gus membuka peluang kepada Mohamed Azmin. Beliau ‘bunuh dua burung guna satu batu’,” katanya dipetik Utusan Online.

21/09/2017

MAHATHIR MASIH TIDAK SEDAR MENYEMBAH LIM KIT SIANG

MAHATHIR MASIH TIDAK SEDAR APA YANG MELANDA DIRINYA

Mahathir melihat sesuatu perkara “single-mindedly” dan secara mutlak sementara Najib melihat sesuatu perkara dari segi relatif.

Segala-galanya dalam hidup adalah relatif, termasuk dalam persoalan akhlak.


Mahathir menggunakan kaedah ZERO-SUM GAME. Ia adalah menang semua atau tidak dapat apa-apa. Yang menang mengambil semua; yang kalah kehilangan semua.

Dalam permainan ini, ia adalah HIDUP ATAU MATI dan anda memulakan misi kamikaze untuk membunuh musuh anda atau anda yang mati dalam pertarungan tersebut. Dalam jenis permainan ini anda perlu kekerasan bukannya strategi dan pada masa tertentu anda akan beroperasi seperti “LIKE A BULL IN A CHINA-SHOP”.

Sesetengah pihak menyanjung Mahathir sebagai ahli politik strategi yang hebat. Mereka mengatakan setakat ini Mahathir telah memenangi setiap pertempuran politik di dalam dan di luar, beliau adalah seorang yang hebat.

Tetapi jika anda melakukan bedah siasat yang betul itu dan tidak berat sebelah mengenai kemenangan dan pencapaian Mahathir, anda akan melihat bahawa pergerakan beliau tidak pernah ditapis dan adalah berdasarkan strategi “bulldozer”.

Jadi apa yang begitu hebat tentang perkara itu?


Terdapat cakap-cakap bahawa Najib adalah pelajar terbaik Mahathir dan Najib hebat kerana dia belajar daripada yang terbaik, iaitu Mahathir.

Ini memberi Mahathir terlalu banyak kredit.


Sebenarnya Najib tidak pernah belajar di bawah Mahathir. Najib mengkaji Mahathir. Terdapat perbezaan diantara kedua duanya. Jika anda seorang pelajar Sun Tzu anda akan tahu dengan tepat apa yang Najib lakukan.

15/09/2017

MADEY MEMANG GILA KUASA - NAK BERTANDING LAGI ???

PUTRAJAYA 15 Sept, 2017 – Tun Dr Mahathir dalam wawancara  eksklusif bersama Malaysiakini menyatakan keterbukaannya terhadap sebarang kemungkinan, termasuk menjadi CALON PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) namun dengan beberapa syarat.
“Saya dah tua, saya tak mau bertanding lagi, tapi kalau terdesak sangat, kalau semua parti bersetuju, saya bertandinglah.
“Tapi kalau ada parti dalam HARAPAN yang tak bersetuju, saya tak akan bertandinglah,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.
Ditanya lebih lanjut jika HARAPAN bertegas mahukan beliau menjadi calon semula, Tun Mahathir menjelaskan beliau kini menjadi Ketua Bahagian BERSATU Langkawi dan mungkin boleh bertanding di situ atau Putrajaya.
Umum mengetahui semasa menjadi perdana menteri, Langkawi banyak menerima pembangunan daripada kerajaan, manakala Putrajaya dibangunkan oleh Dr Mahathir daripada sebuah kawasan luar bandar menjadi petempatan yang tersusun ketika ini.
Bagaimanapun semasa menjadi perdana menteri kerusi yang diwakili Dr Mahathir ialah Kubang Pasu, Kedah.

Sumber: KLIK DISINI

22/01/2017

PENGHASUT BERSIRI BERMAHARAJA LELA !!!!

MCA hari ini menyifatkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa MCA pernah memohon jawatan timbalan perdana menteri adalah mainan politik bekas perdana menteri itu dalam mencuba meraihkan sokongan pada pembangkang.
Menurut Pengerusi Biro Keharmonian Agama, MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, sebenarnya partinya menyampaikan hasrat masyarakat Cina itu bertujuan ke arah penyelesaian masalah masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negara ini.
“Ia sekadar proses penyaluran hasrat penyokong dalam amalan demokrasi yang sihat.
“Tun (Dr) Mahathir menyatakannya seakan-akan ia satu taboo semata-mata ingin provokasi sentimen dan emosi masyarakat Melayu seakan-akan MCA melakukan sesuatu yang salah dan DAP lebih mesra dan akur pada senstiviti orang Melayu.
“Tun (Dr) Mahathir banyak salah fakta. (Datuk) Loke Yuen Yow bukan timbalan menteri pada masa itu.

21/02/2016

TUN MAHATHIR SANGGUP BERSUMPAH GUNA AL QURAN DAN MASJID DEMI TERBUNGKUSKAN NAJIB ABDUL RAZAK!!!

Maka benarlah seperti yang dijangkakan oleh kebanyakan pemimpin pembangkang yang teraniaya di bawah pentadbirannya dahulu bahawa pada penghujung usia, Tun Dr. Mahathir akan melakukan sesuatu yang dia bersumpah tidak akan lakukannya. Malah Tun Dr. Mahathir sendiri memimpin ke arah kehancuran semata-mata bagi menjaga periuk belanga beberapa orang kroninya dalam kewangan negara.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, dia sanggup
bersumpah menggunakan al Quran ke atas Najib Abdul Razak.

"Sekiranya apa-apa yang saya katakan satu fitnah atau tidak benar, biarkan saya bersumpah laknat. Saya sanggup lakukannya."

"Sekiranya saya meminta orang lain bersumpah, saya sendiri perlu bersedia untuk melakukakannya dengan niat yang betul," kata Dr. Mahathir dalam satu sidang media selepas merasmikan pelancangan membaca al Quran di Kuala Lumpur.

Agak-agaknya pada bahagian mana Tun Dr. Mahathir akan bersumpah menggunakan al Quran? Bagaimana kalau dia memulakan dengan mendedahkan tentang kekayaan anak-anaknya yang diperolehi dalam tempoh yang sangat singkat berbanding manusia lain di dunia ini....

Sumber: KLIK DISINI

13/02/2016

Pendidikan Memang Sudah Tidak Penting Dalam Politik Sejak Zaman Mahathir

Kata balaci nombor wahid Mahathir, Kadir Jasin, perlantikan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar Kedah membuktikan bahawa pendidikan sudah tidak lagi penting.

Niat Kadir tidak ada lain melainkan untuk menyemarakkan sentimen kebencian terhadap Ahmad Bashah yang tidak berpendidikan tinggi.

Tanpa sedar, tua kutuk ini mungkin terlupa bahawa pendidikan memang sudah lama jadi tidak penting dalam politik, iaitu sejak zaman Mahathir masih Perdana Menteri lagi.

28/01/2016

AG zaman Mahathir juga lakukan perkara sama

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa peranan peguam negara tidak pernah berubah sejak zamannya berkuasa sebagai perdana menteri.
Salleh menegaskan perkara ini sebagai tindak balas kepada kritikan bekas perdana menteri itu terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Beliau berkata Mahathir membuat kenyataan "mengelirukan" tentang Apandi dengan memberi gambaran bahawa peguam negara melakukan sesuatu yang salah atau melampaui peranannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...