Menteri
Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan Tun Dr
Mahathir Mohamad bahawa peranan peguam negara tidak pernah berubah sejak
zamannya berkuasa sebagai perdana menteri.
Salleh menegaskan perkara ini sebagai tindak balas
kepada kritikan bekas perdana menteri itu terhadap Peguam Negara, Tan Sri
Mohamad Apandi Ali.
Beliau berkata Mahathir membuat kenyataan
"mengelirukan" tentang Apandi dengan memberi gambaran bahawa peguam negara
melakukan sesuatu yang salah atau melampaui peranannya.
Sebaliknya, Salled berkata Apandi hanya melakukan
tugas beliau.
"Dan ini juga adalah tepat bagaimana perkara
ini dilakukan semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri - tidak lebih dan tidak
kurang," katanya dalam satu catatan blog.
Mahathir
mengkritik Apandi atas keputusan untuk tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
Bekas
Perdana Menteri itu berkata, di Malaysia, peguam negara memutuskan sekiranya
undang-undang telah 'retak' atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Salleh berkata beliau menjangkakan
seseorang seperti Mahathir yang menjadi ahli parlimen dan perdana menteri
selama 22 tahun mahir tentang undang-undang dan mengetahui fungsi, peranan dan
tanggungjawab peguam negara.
Beliau menegaskan seperti agensi-agensi lain, SPRM
hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat berdasarkan syak bahawa jenayah telah
dilakukan.
Sumber: KLIK DISINI