Translate

29/01/2016

PENUKARAN MB TIDAK DIRESTUI PEMANGKU SULTAN KEDAH ???

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman di Bukit Persekutuan dipercayai bagi mendapat perkenan pertukaran Menteri Besar Kedah.

Memetik laporan Berita Harian, Najib yang menaiki kereta rasmi perdana menteri tiba kira-kira jam 8.15 pagi dan meninggalkan istana itu sejam kemudian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar Kedah kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam pertemuan di Istana Darul Aman, di sini, pagi tadi.


Bagaimanapun, nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dikatakan tidak tersenarai.

Menurut sumber, tiga ADUN yang dicalonkan adalah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin. Dr Ku Abd Rahman adalah EXCO Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri, manakala Mohd Rawi adalah EXCO Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya. Azmi adalah Timbalan Speaker Dewan DUN Kedah. Berdasarkan tiga nama itu, Dr Ku Abd Rahman dilihat berpotensi untuk dilantik berdasarkan latar belakangnya selain menjadi Exco paling kanan dalam barisan kepemimpinan kerajaan negeri.

Difahamkan, 21 ADUN Barisan Nasional (BN) Kedah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri pada Selasa lalu di Putrajaya. Pada 20 Januari lalu, Ahmad Bashah bersama 14 Ketua Bahagian mengadakan sidang media meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berundur daripada jawatannya selepas majoriti daripada mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap beliau yang juga Pengerusi UMNO Kedah. 

Najib akan mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, di sini, petang ini, yang dijadual turut dihadiri Mukhriz.

Selanjutnya  KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...