Translate

Memaparkan catatan dengan label Peguam Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peguam Negara. Papar semua catatan

26/06/2020

"WE ARE READY TO BATTLE ON MONDAY! - TERUSKAN TUNTUT KEBENARAN

'PUAK2 NI MEMANG KENA AJAR CUKUP2.

"WE ARE READY TO BATTLE ON MONDAY!" Bersama peguam saya Logen dan Fazilah nak berhadapan dengan serangan Siti Zainab, Peguamcara Negara 2 yang tengah angin dengan saya pasal lapor SPRM beliau salahgunakuasa untuk dapatkan tanah di Ampang Hilir.

Dia sendiri tak berani buat, pakai pegawai PDRM nak kenakan saya supaya beliau kelihatan bersih. Sedang kita sibuk bincang macamana nak tewaskan GENG LAW OF THE JUNGLE yang hendak tutup mulut saya guna bon jaminan Keamanan RM20,000, Siri Zainab sedang bincang macamana nak cover kesilapan yang beliau dah buat. Peguam Negara, Kawan Baik Gopal Sri Ram yang sudah dikuasai Siti Zainab pula bagi perlindungan maksimum pada Siti Zainab.

Bukan sahaja Siti Zainab tidak digantung kerja, hari ini Siti Zainab diberi mandat untuk rombak AGC besar-besaran dengan meletakkan semua pegawai geng dia di kedudukan penting di AGC untuk memastikan dia akan kekal berkuasa. Lepas mesyuarat SPKP awal bulan Julai, AGC sudah tidak boleh kita harapkan untuk menegakkan undang-undang apabila rombakan tersebut jadi realiti.

Jangan mimpi tindakan akan diambil kepada pemimpin Pakatan Harapan macam Lim Guan Eng, Tony Phua, Syed Saddiq, Tun Mahathir dll. Anak Mat Sabu kena 8 bulan je, buat syarat kononnya takde pilih kasih dalam pendakwaan. Lepas tolak cuti, paling lama 4 bulan je duduk Penjara.
Rancanglah Siti Zainab, tapi kena ingat, pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. Kamu merancang, Allah merancang, tapi perancangan Allah belum tentu menyelamatkan manusia korup macam kamu.

Rujukan: KLIK DISINI

22/02/2020

##LTTE: TOMMY THOMAS DITAHAN UNTUK SIASATAN ???

Kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) masih lagi DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI KUMPULAN PENGGANAS oleh kerajaan Malaysia sejak 12 November 2014, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, beliau mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan status kumpulan itu
berdasarkan maklumat perisikan dan keselamatan terkini daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain agensi kawal selia atau pengawasan yang berkaitan.

"Saya ingin menegaskan bahawa penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas adalah tertakluk kepada kuasa Menteri Dalam Negeri yang diperuntukkan oleh undang-undang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut susulan gesaan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas semalam supaya Muhyiddin selaku Menteri Dalam Negeri mengkaji semula kedudukan LTTE sebagai kumpulan pengganas.

Muhyiddin berkata PEGUAM NEGARA TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KUASA di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

Mengikut Seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk menyenaraikan individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang ditentukan,”  katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa, kumpulan itu dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang bagi membendung sebarang bentuk penyebaran ideologi dan kegiatan yang berkaitan kumpulan ini,” katanya.

Untuk rekod, selain Malaysia, beberapa buah negara lain turut mengisytiharkan dan mengekalkan LTTE sebagai kumpulan pengganas dalam senarai negara masing-masing, antaranya, India, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom, kata Muhyiddin.

Semalam, 12 individu yang didakwa menyokong LTTE termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G. Saminathan dan ADUN Seremban Jaya P. Gunasekaren akan dibebaskan selepas Peguam Negara membuat keputusan untuk menghentikan prosiding terhadap mereka.

Dalam kenyataan media 11 muka surat, Thomas memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

- BERNAMA

Rujukan: KLIK DISINI

06/06/2018

PEGUAM NEGARA DIINGATKAN USAH LANGKAU GARIS PANDUAN MENGENAI ISLAM, MELAYU

BANGI, 21 Ramadan 1439H, Rabu – Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas diingatkan supaya TIDAK SESEKALI MELANGKAUI SEMUA GARIS PANDUAN DAN MEMPERJUDIKAN KETAATAN KEPADA RAJA, KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, SERTA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA, DEMI KESTABILAN DAN KEMAKMURAN BERTERUSAN.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa walau apapun pendirian, kecenderungan, dan pemikirannya, Thomas MESTI MENITIKBERATKAN ISYARAT ISTANA DAN RAKYAT, SERTA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIBERIKAN DENGAN PENUH AMANAH SERTA TAAT KEPADA INSTITUSI DIRAJA.

“Pelantikan ini juga bermaksud Tuan wajib turut serta mempertahankan segala peruntukan Perlembagaan dan keistimewaan tersebut dengan tidak berbelah-bahagi.

“Ketaatan kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong perlu diberi secara sepenuhnya tanpa ada keraguan,” katanya dalam artikel yang disiarkan di Sinar Online, hari ini.

03/06/2018

A KADIR JASIN DILANTIK PEGUAM NEGARA BARU PH

APA LAH NAK JADI DENGAN ATUK MADEY NI?????

Reaksi pihak istana dan keputusan Raja-Raja Melayu dilihat seperti ada ‘ketegangan’ dalam menentukan individu yang sesuai menjawat jawatan tersebut.

Jawatan yang dianggap ‘panas’ dalam kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan memetik laporan portal The Malaysian Insight, surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, TOMMY THOMAS masih belum mendapat maklum balas dari pihak istana.

Menurut laporanan itu, ia sekali gus menimbulkan persoalan adanya ketegangan yang berlaku antara kerajaan dan pihak istana.

28/01/2016

AG zaman Mahathir juga lakukan perkara sama

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa peranan peguam negara tidak pernah berubah sejak zamannya berkuasa sebagai perdana menteri.
Salleh menegaskan perkara ini sebagai tindak balas kepada kritikan bekas perdana menteri itu terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.
Beliau berkata Mahathir membuat kenyataan "mengelirukan" tentang Apandi dengan memberi gambaran bahawa peguam negara melakukan sesuatu yang salah atau melampaui peranannya.

29/07/2011

Meruntuhkan BN-apakah ada konspirasi PDRM dan Peguam Negara ???

View Image

RAKYAT menjadi semakin keliru dengan beberapa perkembangan mutakhir melibatkan segala sistem perundangan dalam Negara kita ini yang semakin hari semakin diperlekehkan dan dilihat undang-undang di dalam Negara yang didokong sekian lama tidak berjalan mengikut kehendak dan keperluan Perlembagaan Persekutuan yang sebenar-benarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...