Translate

06/06/2018

PEGUAM NEGARA DIINGATKAN USAH LANGKAU GARIS PANDUAN MENGENAI ISLAM, MELAYU

BANGI, 21 Ramadan 1439H, Rabu – Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas diingatkan supaya TIDAK SESEKALI MELANGKAUI SEMUA GARIS PANDUAN DAN MEMPERJUDIKAN KETAATAN KEPADA RAJA, KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, SERTA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA NEGARA, DEMI KESTABILAN DAN KEMAKMURAN BERTERUSAN.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa walau apapun pendirian, kecenderungan, dan pemikirannya, Thomas MESTI MENITIKBERATKAN ISYARAT ISTANA DAN RAKYAT, SERTA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG TELAH DIBERIKAN DENGAN PENUH AMANAH SERTA TAAT KEPADA INSTITUSI DIRAJA.

“Pelantikan ini juga bermaksud Tuan wajib turut serta mempertahankan segala peruntukan Perlembagaan dan keistimewaan tersebut dengan tidak berbelah-bahagi.

“Ketaatan kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong perlu diberi secara sepenuhnya tanpa ada keraguan,” katanya dalam artikel yang disiarkan di Sinar Online, hari ini.


Katanya, rakyat sebelum ini bimbang kerana reputasi dan kredibiliti Thomas hingga kepada falsafah serta pola pemikiran beliau yang difikir boleh mengancam kedaulatan Islam di negara ini.

“Daripada nada perutusan perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV (YDPA) sudah cukup menggambarkan betapa beratnya Tuanku untuk membuat keputusan tersebut.

“Sekali gus meletakkan baginda dalam dilema yang cukup besar di antara mempertahankan kedaulatan Islam yang merupakan tunjang kekuasaan Raja-Raja Melayu dengan keterpaksaan untuk akur pada keputusan majoriti rakyat yang telah memilih Kerajaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum lalu.

“YDPA hakikatnya sudah melakukan yang terbaik untuk mencari jalan yang paling adil bagi mempertahankan kedaulatan Islam termasuk melibatkan semua Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dalam membincangkan isu pelantikan Peguam Negara,” katanya.

Asyrah Wajdi berkata, pelantikan ini membuktikan keterbukaan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi hak sama kepada semua rakyat, sekali gus menangkis tuduhan tidak berasas bahawa baginda adalah hanya raja untuk bangsa Melayu dan beragama Islam semata-mata.

“Kami rakyat percaya tindakan dan keputusan Tuanku dengan meletakkan syarat utama kepada Peguam Negara adalah merupakan keputusan bijaksana.

“Beliau tidak boleh sesekali melangkaui batasan ini dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Andai terjadi kami rakyat sentiasa bersama Tuanku untuk mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera dan tanah air ini,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...