Translate

07/06/2018

#DAULAT TUANKU: SEMUA KERANA MAHATHIR

Kami sangat kecewa bahawa blog dan berita yang tidak disahkan baru-baru ini menyebarkan tentang perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Berita-berita ini seolah-olah menimbulkan syak-wasangka mengenai pentadbiran dan perbelanjaan Istana Negara.

Ia seolah-olah satu usaha oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong dan peranan Baginda sebagai pembela perlembagaan Malaysia dan hak-hak Melayu dan Bumiputera dan semua warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia yang kita cintai.

Terdapat kenyatan yang dibuat oleh bekas ketua editor NST yang menyebut bahawa perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong adalah melebihi 250 juta ringgit untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan peralatan pengangkutan, latihan dan pengiring, pakaian dan upacara, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negeri dan gaji kakitangan istana.

Kami ingin menegaskan bahawa perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 16 Disember 2016 sehingga 30hb April 2018 (tempoh 16 setengah bulan) adalah RM79,284,717.50. Ini adalah kos sebenar yang disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya berita palsu dan tidak disahkan.

Perbelanjaan termasuk kos untuk menjalankan tugas rasmi yang termasuk lawatan diplomatik oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelbagai ketua negara untuk menjalin hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain.

Perbelanjaan juga mencerminkan kos upacara Penabalan Yang di-Pertuan Agong dan juga kos penyelenggaraan keselamatan dan latihan pasukan keselamatan yang melindungi Yang di-Pertuan Agong.

Jika dilihat dari perspektif lain, kos ini sebenarnya sangat sederhana jikalau dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh Monarki dari negara lain.

Sebagai contoh, Reuters melaporkan bahawa bajet untuk Raja Thailand adalah USD123 juta iaitu sebanyak setengah bilion ringgit. (sumber: https://www.reuters.com/.…/thailand-proposes-palace-budget-o...). Ini tidak termasuk kos untuk mengekalkan kepentingan perniagaan-perniagaan kerabat diRaja Thailand.

Menurut Republic Campaign Ltd, sebuah organasasi non-profit di UK, kerabat diRaja United Kingdom menelan belanja UK sekitar 345 juta pound setiap tahun iaitu lebih dari 1.8 bilion ringgit. (sumber https://www.republic.org.uk/.../Royal-Expenses-Report-2017_0....

Kami ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengabaikan laporan berita-berita dongeng yang diviralkan sekarang yang bertujuan untuk melemahkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi Malaysia dan kepentingan semua rakyat Malaysia.

Sila laporkan semua berita yang palsu dan tidak disahkan kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi mereka untuk mengambil tindakan yang diperlukan.

Daulat Tuanku.



Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...