Translate

29/07/2011

Meruntuhkan BN-apakah ada konspirasi PDRM dan Peguam Negara ???

View Image

RAKYAT menjadi semakin keliru dengan beberapa perkembangan mutakhir melibatkan segala sistem perundangan dalam Negara kita ini yang semakin hari semakin diperlekehkan dan dilihat undang-undang di dalam Negara yang didokong sekian lama tidak berjalan mengikut kehendak dan keperluan Perlembagaan Persekutuan yang sebenar-benarnya.
Kita menjadi semakin terkeliru kalau kita mengambil contoh BERSIH yang telah diharamkan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertbuhan tetapi kumpulan mereka ini sedang bergerak dengan sewenang-wenangnya tanpa tindakan daripada mana-mana pihak yang memegang kuasa untuk mengambil keputusan dan tindakan.

Pertubuhan haram ini dilayan dengan begitu baik dan diberikan tempat yang sewajarnya bukan sahaja di kalangan rakyat yang buta tetapi  juga diangkat sebagai satu gerakan siasah yang dibantu perjalanan pertubuhannnya seolah-olah Negara hari ini diberitahu bahawa Bersih tidak haram walaupun Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengesahkan BErsih adalah pertubuhan haram.

Bersih ini dilihat sebagai penanda aras kepada kegagalan penguatkuasa undang-undang untuk menguatkuasakan arahan bagi mengambil tindakan kepada kumpulan ini dan kumpulan ini tidak jauh bezanya gerakan menjurus kepada membahayakan ketenterama awam dan juga negara.

Mereka tidak jauh bezanya dengan gerakan Al Maunah,Al Arqam dan juga kumpulan yang berselindung di sebalik jemaah tabligh ataupun sekolah-sekolah pondok yang mengkaderkan anak-anak muda hari ini untuk menentang kerajaan serta Yang DiPertuan Agong.

Aapa sudah jadi dengan kerajaan hari ini?Apa majalnya Kementerian Dalam Negeri dan juga PDRM hingga Pengerusi pertubuhan haram ini mengakui bahawa mereka engkar terhadap titah Agong namun  sehingga hari ini tidak ada tindakan di ambil bukan sahaja kepada ketuanya tetapi langsung seperti tidak ada keberanian untuk mengambil tindakan sejajar dengan keperluan undang-undang yang diamalkan sekian lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...