PUTRAJAYA
15 Sept, 2017 – Tun Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama
Malaysiakini menyatakan keterbukaannya terhadap sebarang kemungkinan, termasuk
menjadi CALON PAKATAN
HARAPAN (HARAPAN) namun dengan beberapa syarat.
“Saya dah tua, saya tak mau bertanding
lagi, tapi kalau terdesak sangat, kalau semua parti bersetuju, saya
bertandinglah.
“Tapi kalau ada parti dalam HARAPAN
yang tak bersetuju, saya tak akan bertandinglah,” kata pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) itu di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam.
Ditanya lebih lanjut jika HARAPAN
bertegas mahukan beliau menjadi calon semula, Tun Mahathir menjelaskan beliau
kini menjadi Ketua Bahagian BERSATU Langkawi dan mungkin boleh bertanding
di situ atau Putrajaya.
Umum mengetahui semasa menjadi perdana
menteri, Langkawi banyak menerima pembangunan daripada kerajaan, manakala
Putrajaya dibangunkan oleh Dr Mahathir daripada sebuah kawasan luar bandar
menjadi petempatan yang tersusun ketika ini.
Bagaimanapun semasa menjadi perdana
menteri kerusi yang diwakili Dr Mahathir ialah Kubang Pasu, Kedah.
Sumber: KLIK DISINI