"Perlakuan Trump amat jelas
menunjukkan kemesraan antara mereka berdua bukan dibuat-buat, malah ikhlas dan
penuh keyakinan," katanya.
Naib
Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kunjungan Najib ke Rumah Putih bukan
lawatan rasmi ketua kerajaan seperti kelazimannya.
Hujahnya
berasaskan bahawa ketiadaan protokol tertentu seperti tidak ada upacara
sambutan rasmi yang diadakan semasa ketibaannya dan Najib tidak disediakan
penginapan di Blair House, iaitu rumah untuk tetamu negara.
Perdana Menteri sebaliknya dilaporkan menginap di Trump International
Hotel di Washington DC.
“Yang
bodoh-bodoh ini tidak tahu, KWSP sentiasa melaburkan wang dalam
pegangan mereka, kalau tidak bagaimana mahu bayar dividen - minimum 4 peratus -
kepada pencarumnya? Nanti dividen rendah, yang memekak macai juga.
“Patutnya
pelaburan besar ini dilihat sebagai peluang untuk KWSP mendapat pulangan tinggi
yang kemudiannya akan ditejermahkan dalam bentuk dividen tinggi kepada rakyat.
Ini disebut dalam konotasi negatif pulak seolah pelaburan ini pasti membawa
kerugian,” kata portal itu.
Najib
dalam perjumpaan dengan Trump memulakan ayatnya dengan "Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan
membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.
"Kami
mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," katanya.
Selain
pelaburan oleh KWSP, Najib antara lain berkata, Malaysia
komited untuk membeli 25 Boeing 737 Max 10 dan lapan Boeing 787 Dreamliners dan
kebarangkalian besar negara menambah 24 atau 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa
terdekat menjadikan janji niaga itu bernilai melebihi AS$10 bilion.
Mengulas
perkara itu, Azman berkata minat Malaysia untuk membeli beberapa buah kapal
terbang Boeing adalah bukti jelas bahawa negara ini bukan sebuah negara yang
gagal seperti yang dicanangkan oleh pembangkang.
Apakah ini tanda-tanda bahawa Malaysia
adalah sebuah negara yang gagal dan hendak bankrap?
“Hanya
mereka yang sakit otak, bersifat dengki, iri hati dan buta hati sahaja yang
tidak mahu dan menerima hakikat bahawa kepimpinan Najib adalah terbilang dan terbaik,”
katanya.
Beliau juga berkata dakwaan siasatan jenayah oleh
Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB yang berkaitan Najib
sebenarnya adalah cerita rekaan jahat oleh pembangkang.
“Umumnya
akan mengetahui bahawa bukan semudah itu seseorang pemimpin dunia dapat bertemu
dengan Presiden AS.
“Kejayaan Najib dijemput oleh Trump sebagai Presiden
AS adalah suatu kebanggaan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sebenarnya,” katanya.