Translate

Memaparkan catatan dengan label DS Najib Razak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DS Najib Razak. Papar semua catatan

21/01/2023

𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 𝗝𝗨𝗗𝗜𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗥𝗘𝗩𝗜𝗘𝗪 𝗞𝗘𝗦 𝗦𝗥𝗖 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗚𝗨𝗜


Tan Sri Shafee menegaskan beliau yakin dengan merit kes dan asas untuk disemak semula kes SRC melalui asas bahawa DATUK SERI NAJIB TIDAK DIBERI PERBICARAAN YANG SEADILNYA.

Terdapat 3 isu utama yang dibangkitkan oleh Tan Sri Shafee di hari pertama judicial review kes SRC Datuk Seri Najib

ISU YANG PERTAMA, ialah 𝐇𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐣𝐮𝐧𝐢𝐨𝐫 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦-𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐬𝐞𝐧𝐢𝐨𝐫.

Menurut Tan Sri Shafee, hakim Abu Bakar Jais tidak sepatutnya dilantik ke panel 5 hakim yang mendengar judicial review kes SRC -- kerana beliau baru sahaja dilantik 2 hari sebelum itu menjadi hakim mahkamah persekutuan. Abu Bakar ialah hakim mahkamah rayuan 3 hari sebelum itu.

ISU YANG KEDUA ialah, kejanggalan 2 hakim mahkamah rayuan dilantik 𝟐 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐫𝐚𝐲𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐚𝐝𝐚 𝟔 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐯𝐚𝐢𝐥𝐚𝐛𝐥𝐞 untuk dipilih memyemak semula keputusan penghakiman kes SRC.

ISU YANG TERAKHIR, Shafee berhujah, jika 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐍𝐚𝐣𝐢𝐛, 𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐮𝐚𝐢 𝐩𝐚𝐧𝐞𝐥 𝐡𝐚𝐤𝐢𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐣𝐮𝐝𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐫𝐞𝐯𝐢𝐞𝐰.

Ini kerana, ia bukan sahaja akan ada conflict of interest dalam untuk menyemak kembali keputusan yang dibuat olehnya sendiri dan selain itu perihal tentang kuasa yang terlalu besar dimiliki oleh TENGKU MAIMUN dalam menentukan lantikan hakim dalam setiap kes. -- Malaysia Forward

30/11/2021

PEROMPAK, PENYAMUN TERKEMUKA DI MALAYSIA


Dah seminggu saya (Najib) dedahkan bukti-bukti tersebut.

Hari ini dia baru jawab balik.

 

Jawapannya ialah "IANYA PAJAKAN DAN BUKAN PERCUMA".

TAPI DIA MENGAKU JUGA.

27/02/2021

#DARURAT: MAHYUDIN YASIN LETAK JAWATAN ?????


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Parlimen bersidang semasa tempoh proklamasi darurat yang berkuatkuasa sehingga Ogos.

“Adalah amat luar biasa bahawa tiada seorang daripada pihak kerajaan pernah memberi apa-apa maklum balas kepada titah Yang di-Pertuan Agong sehingga kini?” katanya ringkas di Facebook hari ini.

Pada Rabu, Agong berpandangan PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA TEMPOH DARURAT dilaksanakan, iaitu pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas menerima menghadap Speaker Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara.

“Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Sri Gading Ab Aziz Kaprawi menyifatkan keputusan Agong itu sebagai “MIMPI NGERI” BUAT MUHYIDDIN, dengan berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenang.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub semalam menggesa Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat diputuskan secara muktamad.

Katanya, gabungan kerajaan itu sepatutnya tidak lagi menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk menunda “kejatuhan” kerajaan, yang menurutnya “pasti akan berlaku”.

Dua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka kepada PN sebelum darurat diisytiharkan, iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub.

Rujukan: KLIK DISINI:

20/11/2020

#SKANDAL FOREX: TUN MAHATHIR NAK SAMAN DS NAJIB


Nak tahu apa jasa PM4/7/7i pada KWSP?

 

Biar saya dedahkan sedikit. Tengok dia berani nafi tak.

 

Pada awal 1980an masa PM4 – terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu.

 

Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP.

 

Kenapa begitu?

Semasa dia mula jadi PM, dia telah wujudkan SYARIKAT MAMINCO UNTUK MEMANIPULASIKAN PASARAN TIMAH DUNIA.

 

Malangnya RANCANGAN JAHAT DIA GAGAL DAN MEMAKAN DIRI sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara yang merupakan industri utama dan eksport negara utama kita.

 

AKIBATNYA, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu).

 

Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco?

 

Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd.

Rujukan: RKLIK DISINIea



03/03/2020

NAJIB DEDAH KENAPA TUN M MEMBENCINYA

KUALA LUMPUR- Setelah sekian lama berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri, DATUK SERI NAJIB RAZAK MEMBUKA MULUT MENGENAI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.
Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan penyangak.
Menurut Najib, KISAH BERMULA apabila beliau tidak menyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berhasrat untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan UMNO pada akhir 2013.
Beliau tidak menyokong Mukhriz sebagai naib presiden parti kerana baharu sahaja melantik anak Mahathir itu sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berpendapat, bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu perlu meraih sebanyak mungkin pengalaman terlebih dahulu.
Malah beliau sendiri mengambil masa selama lima tahun sebelum dapat memasuki kerajaan Persekutuan manakala Mukhriz pula tidak pernah mempunyai pengalaman  dalam pentadbiran dan hanya dilantik sebagai timbalan menteri sahaja.
“SELAMA INI SAYA BERTAHAN. SAYA CUBA UNTUK TUTUP MULUT kerana saya masih menghormati dia (Mahathir). Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.
“Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana dia pernah menyokong saya menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Selain itu, Mahathir juga marah kepada Najib dalam ISU MALAYSIA AIRLINES di mana bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu MAHU (MAS) DISWASTAKAN DAN DIJUAL KEPADA SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG RAPAT DENGANNYA.
Satu lagi isu yang menimbulkan kemarahan Mahathir adalah KEGAGALAN NAJIB MENGHIDUPKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK.
Jelas Najib, beliau telah cuba menghidupkan kembali projek berkenaan tetapi ditolak oleh kerajaan negeri Johor dan Singapura
“Jika negara Singapura tak mahu, apa yang kita boleh buat? Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?
“Kita perlukan persetujuan dari mereka jika mahu bina jambatan baru.
“Selepas PRU-14, kerajaan PH semasa dia PM7 pun pernah menghidupkan semula projek jambatan bengkok ini dan sekali lagi PM7 tidak berjaya,” katanya lagi.
Mahathir juga menurut Najib tidak setuju dengan tindakannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggantikannya dengan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala Undang-Undang Buang Negara digantikan dengan POTA dan POCA yang lebih adil.
Tambah Najib, Mahathir juga memarahnya kerana menolak permohonan kereta nasional itu untuk mendapatkan geran percuma bernilai RM3 bilion daripada kerajaan.
“Pada masa itu, ianya sukar untuk kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang sudahpun 100 peratus milik swasta.
“Lagipun, pendapat kita ialah jikapun kita memberi geran begitu besar ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan terlalu kecil.
“Setelah geran ini ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan Ogos 2014,” katanya lagi.
Kerajaan BN bagaimanapun tetap meluluskan geran bernilai RM1.7 bilion kepada Proton.
Hasrat Najib untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dengan menaikkan kadar gaji minimum juga tentangan Mahathir yang berpendapat, ia hanya akan meningkatkan kos kepada kilang dan pelabur.
Sedangkan beliau mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang kompetitif berdasarkan inovasi dan produktiviti dan bukannya kerana kos rendah, kata Najib.
“Selepas dia tarik sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100 peratus kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.
“Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB untuk menyerang saya.
“Dengan pertolongan dari ketua-ketua institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya menjatuhkan saya sebagai PM. (Lalu, ketua-ketua institusi ini dilantik ke jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH)
“Itulah kisah benar apa yang pernah berlaku tanpa sebarang fitnah. Selebihnya adalah sejarah,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...