Translate

Memaparkan catatan dengan label PM Letak Jawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PM Letak Jawatan. Papar semua catatan

27/02/2021

#DARURAT: MAHYUDIN YASIN LETAK JAWATAN ?????


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Parlimen bersidang semasa tempoh proklamasi darurat yang berkuatkuasa sehingga Ogos.

“Adalah amat luar biasa bahawa tiada seorang daripada pihak kerajaan pernah memberi apa-apa maklum balas kepada titah Yang di-Pertuan Agong sehingga kini?” katanya ringkas di Facebook hari ini.

Pada Rabu, Agong berpandangan PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA TEMPOH DARURAT dilaksanakan, iaitu pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas menerima menghadap Speaker Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara.

Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Sri Gading Ab Aziz Kaprawi menyifatkan keputusan Agong itu sebagai “MIMPI NGERI” BUAT MUHYIDDIN, dengan berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenang.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub semalam menggesa Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat diputuskan secara muktamad.

Katanya, gabungan kerajaan itu sepatutnya tidak lagi menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk menunda “kejatuhan” kerajaan, yang menurutnya “pasti akan berlaku”.

Dua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka kepada PN sebelum darurat diisytiharkan, iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub.

Rujukan: KLIK DISINI:

23/04/2015

NUR JAZLAN BUANG TEBIAT AGAKNYA, KONON NAK IKUT CARA TUN M

NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI, TAPI RAKYAT MATI TERTELAN GIGI !!!!

KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab semua tuduhan dan kritikan untuk kepentingan dan kestabilan parti.

Menurut beliau, sehingga kini ramai yang tidak dapat menerima jawapan yang diberikan sebagai maklum balas terhadap semua tuduhan dan isu yang timbul.

“Makin ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan sekiranya ini berlarutan sehingga tiga tahun lagi, beliau pasti hanya sibuk menjawab persoalan itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada program The 2015 Asean People’s Forum yang berlangsung di Wisma MCA hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...