NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI, TAPI RAKYAT MATI TERTELAN GIGI !!!!
KUALA LUMPUR,
22 April: Ahli Parlimen UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab semua tuduhan dan kritikan
untuk kepentingan dan kestabilan parti.
Menurut beliau, sehingga kini ramai yang tidak dapat
menerima jawapan yang diberikan sebagai maklum balas terhadap semua tuduhan dan
isu yang timbul.
“Makin ramai yang menyatakan rasa tidak puas hati
mereka dan sekiranya ini berlarutan sehingga tiga tahun lagi, beliau pasti
hanya sibuk menjawab persoalan itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada
program The 2015 Asean People’s Forum yang berlangsung di Wisma MCA hari ini.