PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Parlimen bersidang semasa tempoh proklamasi darurat yang berkuatkuasa sehingga Ogos.
“Adalah amat luar biasa bahawa tiada
seorang daripada pihak kerajaan pernah memberi apa-apa maklum balas kepada
titah Yang di-Pertuan Agong sehingga kini?” katanya ringkas di Facebook hari
ini.
Pada Rabu, Agong berpandangan PARLIMEN BOLEH BERSIDANG SEMASA TEMPOH
DARURAT
dilaksanakan, iaitu pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai olehnya atas
nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas menerima menghadap Speaker
Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana
Negara.
“Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak bahawa
pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak
tepat,”
kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Indera Ahmad Fadil Shamsuddin
Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Sri
Gading Ab Aziz Kaprawi menyifatkan keputusan Agong itu sebagai “MIMPI NGERI” BUAT MUHYIDDIN, dengan berkata, kerajaan tidak lagi
boleh bertindak sewenang-wenang.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin
Ayub semalam menggesa Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan
Perikatan Nasional (PN) dapat diputuskan secara muktamad.
Katanya, gabungan kerajaan itu
sepatutnya tidak lagi menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk
menunda “kejatuhan” kerajaan, yang menurutnya “pasti akan berlaku”.
Dua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan
mereka kepada PN sebelum darurat diisytiharkan, iaitu Ahli Parlimen Padang
Rengas Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub.
Rujukan: KLIK DISINI: