CHINA MEWAJIBKAN UJIAN CALITAN DUBUR kepada semua pelancong antarabangsa yang tiba di negara itu, lapor akhbar The Sun semalam.
Beijing mendakwa PROSEDUR ITU LEBIH TEPAT berbanding
ujian Covid-19 lain.
Doktor-doktor di China telah menggunakan ujian calitan dubur terhadap
pesakit yang dikuarantin untuk memeriksa sama ada mereka bebas daripada
Koronavirus.
Pakar penyakit respiratori China, Li Tongzeng memberitahu media tempatan
bahawa VIRUS COVID-19 DAPAT
DIKESAN LEBIH LAMA dalam sampel najis berbanding mukus hidung atau kerongkong.
Bagaimanapun,
prospek pelawat asing perlu melalui saringan tersebut menimbulkan kontroversi.
Sebelum ini, Jepun meminta China untuk berhenti
menggunakan ujian “tidak bermaruah” itu. Sebilangan penumpang berkata, kaedah tersebut
menyebabkan mereka “menderita secara psikologi”.
Pada Minggu lalu, China didakwa mengarahkan diplomat Amerika Syarikat (AS)
untuk menjalani ujian calitan dubur yang menimbulkan perbalahan dengan Jabatan
Negara AS.
Beijing telah menolak dakwaan itu tetapi Washington melabelkan ujian
tersebut sebagai “tidak bermaruah”
Sebagai
tindak balas, soerang doktor di China, Lu Hongzhou memberitahu media tempatan
bahawa pelancong boleh memberikan sampel najis mereka di lapangan terbang sebagai
ganti.
Prosedur tersebut melibatkan memasukkan pelapik kapas sekitar tiga
hingga lima sentimeter ke dalam dubur dan memutarnya dengan lembut.
Seperti kaedah calitan hidung, pelapik itu kemudian dikeluarkan sebelum
diletakkan di dalam bekas sampel.
Keseluruhan prosedur itu dikatakan memakan masa sekitar 10 saat, demikian menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China. – Kosmo