KUALA LUMPUR- Setelah sekian lama
berdiam diri akhirnya bekas perdana menteri, DATUK SERI NAJIB RAZAK MEMBUKA MULUT
MENGENAI TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.
Malah beliau mendedahkan mengapa Mahathir amat
membencinya sampai sanggup menuduhnya sebagai pembunuh dan penyangak.
Menurut Najib, KISAH BERMULA apabila beliau tidak menyokong Datuk Seri Mukhriz
Mahathir yang berhasrat untuk bertanding sebagai Naib Presiden UMNO dalam
pemilihan UMNO pada akhir 2013.
Beliau tidak menyokong Mukhriz sebagai naib presiden
parti kerana
baharu sahaja melantik anak Mahathir itu sebagai Menteri Besar Kedah.
Beliau berpendapat, bekas Timbalan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu perlu meraih sebanyak mungkin
pengalaman terlebih dahulu.
Malah beliau sendiri mengambil masa
selama lima tahun sebelum dapat memasuki kerajaan Persekutuan manakala Mukhriz pula tidak pernah mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan
hanya dilantik sebagai timbalan menteri sahaja.
“SELAMA INI SAYA
BERTAHAN. SAYA CUBA UNTUK TUTUP MULUT kerana saya masih menghormati dia (Mahathir).
Budaya kita ajar kita untuk menghormati orang tua.
“Lebih-lebih lagi, saya tidak boleh
menafikan bahawa dia pernah berjasa kepada saya kerana dia pernah menyokong
saya menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.
Selain itu, Mahathir juga marah kepada
Najib dalam ISU
MALAYSIA AIRLINES
di mana bekas
perdana menteri keempat dan ketujuh itu MAHU (MAS) DISWASTAKAN DAN DIJUAL KEPADA
SEORANG AHLI PERNIAGAAN YANG RAPAT DENGANNYA.
Satu lagi isu yang menimbulkan
kemarahan Mahathir adalah KEGAGALAN
NAJIB MENGHIDUPKAN PROJEK JAMBATAN BENGKOK.
Jelas Najib, beliau telah cuba
menghidupkan kembali projek berkenaan tetapi ditolak oleh kerajaan negeri Johor
dan Singapura
“Jika negara Singapura tak mahu, apa
yang kita boleh buat? Takkan kita nak berperang dengan mereka atau bergaduh
dengan negara jiran selama berpuluh tahun kerana satu jambatan bengkok?
“Kita perlukan persetujuan dari mereka
jika mahu bina jambatan baru.
“Selepas
PRU-14, kerajaan PH semasa dia PM7 pun pernah menghidupkan semula projek
jambatan bengkok ini dan sekali lagi PM7 tidak berjaya,” katanya lagi.
Mahathir juga menurut Najib tidak setuju dengan tindakannya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) dan menggantikannya dengan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (SOSMA) manakala Undang-Undang Buang Negara digantikan dengan POTA
dan POCA yang lebih adil.
Tambah
Najib, Mahathir juga memarahnya kerana menolak permohonan kereta nasional itu
untuk mendapatkan geran percuma bernilai RM3 bilion daripada kerajaan.
“Pada masa itu, ianya sukar untuk
kerajaan BN dulu memberi geran percuma begitu besar kepada sebuah syarikat yang
sudahpun 100 peratus milik swasta.
“Lagipun, pendapat kita ialah jikapun
kita memberi geran begitu besar ianya masih sukar untuk Proton untuk menjadi
kompetitif tanpa rakan niaga dan tekonologi baru kerana pasaran tempatan
terlalu kecil.
“Setelah geran ini
ditolak sekali lagi, PM ke-4 pun umum tarik sokongan kepada saya pada bulan
Ogos 2014,”
katanya lagi.
Kerajaan BN bagaimanapun tetap
meluluskan geran bernilai RM1.7 bilion kepada Proton.
Hasrat
Najib untuk merapatkan jurang miskin dan kaya dengan menaikkan kadar gaji
minimum juga tentangan Mahathir yang berpendapat, ia hanya akan
meningkatkan kos kepada kilang dan pelabur.
Sedangkan beliau mahu menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju yang kompetitif berdasarkan inovasi dan
produktiviti dan bukannya kerana kos rendah, kata Najib.
“Selepas dia tarik
sokongan terhadap saya pada bulan Ogos 2014, dia mula mengambil langkah untuk
menjatuhkan saya sebagai PM kerana dia mahu seorang PM yang akan patuh 100
peratus kepada kehendak dia dan kawan-kawan dia.
“Lalu pada awal tahun 2015, PM ke-4 pun bertemu
dengan Clare Brown di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menggunakan isu 1MDB
untuk menyerang saya.
“Dengan pertolongan dari ketua-ketua
institusi negara yang dilantik semasa dia PM ke-4, dia akhirnya berjaya
menjatuhkan saya sebagai PM. (Lalu, ketua-ketua institusi ini dilantik ke
jawatan-jawatan lumayan di bawah kerajaan PH)
“Itulah
kisah benar apa yang pernah berlaku tanpa sebarang fitnah. Selebihnya adalah
sejarah,” katanya lagi.- MalaysiaGazette