Translate

Memaparkan catatan dengan label #PRU14#. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #PRU14#. Papar semua catatan

13/05/2018

CEO AIR ASIA: MAAFKAN SAYA TUNDUK TEKANAN BN > LALANG DITIUP ANGIN

Ketua Pegawai Eksekutuif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes meminta maaf kerana penampilannya dalam kempen pengerusi BN ketika PRU14 ketika Datuk Seri Najib Razak menaiki pesawat penerbangan bertemakan manifesto 'Hebatkan Negaraku'.
Fernandes berpendapat langkah itu boleh menyenangkan hati kerajaan, yang memberi tekanan terhadap dirinya serta AirAsia disebabkan langkah syarikat itu menawarkan diskaun tiket penerbangan pada hari pilihan raya 9 Mei dan sokongan terbuka Tan Sri Rafidah Aziz untuk Pakatan Harapan.
Selain manifesto 'Hebatkan Negaraku’, pesawat Air Asia juga tertera logo 'dacing' BN.
"Tanpa berfikir panjang saya berfikir dengan membuat video itu yang saya rasakan agak neutral, berfakta dan pesawat dari Kota Kinabalu itu akan menyenangkan kerajaan serta melindungi para pekerja kami dan yang lebih penting, intipati yang membolehkan lebih daripada 80 juta orang terbang setiap tahun dengan tambang murah.
"Mendapat tekanan hebat, saya terpaksa akur. Ia tidak betul, saya akan sentiasa menyesalinya...Saya memohon maaf sekali lagi kerana menyebabkan kedukaan dan kelukaan ini,"  kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.
Pada 11 Mei lalu, ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) Syed Saddiq Abdul Rahman menyifatkan jutawan tersebut sebagai wira yang tidak didendang.
Beliau berkata Fernandes menerima tekanan kerana tindakan serta keengganannya memecat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai pengerusi syarikat berkenaan kerana lantang mengkritik perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.
Pemimpin muda BERSATU itu berkata bos AirAsia sebenarnya menerima tekanan untuk berbuat demikian.
Menurut Syed Saddiq, Fernandes antara orang pertama yang membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau "dihukum kerana bercakap benar kepada kekuasaan".
"(Fernandes) sekali lagi menjadi wira ketika AirAsia menawarkan diskaun tiket penerbangan dan menambah penerbangan semasa tempoh pilihan raya.
"Ini memalukan beberapa orang dalam lingkungan Najib. Ia menjadi lebih buruk apabila Parti Warisan Sabah (WARISAN) memuat naik poster mengucapkan terima kasih atas langkah ini kerana ia bermakna lebih ramai penyokong WARISAN dapat terbang kembali ke kampung halaman untuk mengundi.
"Ia tidak berhenti di situ. Beliau enggan memecat Rafidah selepas beliau secara terbuka mengkritik Najib Razak walaupun Tony ditekan untuk berbuat demikian.
"Tindakan itu datang dengan harga dan beliau perlu membayarnya," kata Syed Saddiq.
Sumber: KLIK DISINI

10/05/2018

PAS KEDAH SEDIA BENTUK KERAJAAN CAMPURAN

ALOR SETAR: Pas Kedah tidak menolak KEMUNGKINAN UNTUK BEKERJASAMA DENGAN BARISAN NASIONAL (BN) bagi membentuk kerajaan campuran di Kedah.

Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada arahan daripada kepimpinan Pas Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi.

"Pada ketika ini, kita akan menunggu arahan semasa daripada Pas Pusat. Apa pun, kita bersedia dalam apa saja posisi di peringkat negeri.

"Kalau jadi pembangkang, pembangkang yang kuat dalam membentuk kerajaan," katanya pada satu sidang media khas di Kompleks Pas Kedah dekat Kota Sarang Semut, pagi ini.

07/05/2018

#PRU14: DAP KELUARKAN RISALAH/RAKAMAN VIDEO FITNAH DAN PERKAUMAN

POLIS sudah membuka kertas siasatan berhubung laporan dibuat oleh Penolong Penerbit UbahTV iaitu laman televisyen rasmi dalam talian DAP, Amran Ahmad, yang mendedahkan DAP mereka puluhan RISALAH DAN RAKAMAN VIDEO MEMFITNAH KERAJAAN dan pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti yang menganggu demokrasi Parlimen.
“Saya mengesahkan menerima laporan dibuat individu terbabit (Amran) dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Amran yang juga bekas pegawai khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendedahkan perkara itu dalam sidang media, semalam.
Menurut Amran, semua bahan PROPAGANDA BERNIAT JAHAT DAN BERUNSURKAN FITNAH itu sudah siap dan akan diedarkan secara berperingkat menjelang hari pengundian 9 Mei ini.
Beliau mendakwa, antara fitnah sedang dan akan terus disebarkan parti pembangkang itu adalah isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), FELDA dan Tabung Haji, selain menyentuh perkauman, menghina agensi kerajaan, ekonomi, tol dan projek kerajaan lain.
Sementara itu, Mazlan berkata, sebanyak 198 permit ceramah dikeluarkan bagi tempoh bermula hari penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hingga hari ini.
“Sepanjang tempoh itu juga, lima ceramah didapati tidak mendapatkan permit dan disiasat mengikut Seksyen 24B (10) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkenaan.
“Pada masa sama, kami turut menerima 142 laporan polis dan 25 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan termasuk lima kes membabitkan penganjur tidak mendapatkan permit ceramah, khianat dan lain-lain mengikut Seksyen 298A Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998, Seksyen 427 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

06/05/2018

#PRU14: MAHATHIR SELEWENG TANAH LANGKAWI, SAPU SEMUA TANAH, RAKYAT LANGKAWI DAPAT APA?

SANA SINI SIBUK DUK KATA ORANG CURI LA, PEROMPAK LA, padahal betul juga seperti mana yang pernah disebut Mat Sabu, MAHATHIR ADALAH KEPALA PEROMPAK sebenarnya. 

Orang Langkawi banyak tahu tanah TANAH DI LANGKAWI banyak dibeli dan dipunyai oleh kroni Mahathir. Tanah celah bukit, tanah dekat dengan laut semua kena sapu habis dah dengan suku sakat kroni Mahathir. 

Ini pendedahan panas yang orang Langkawi kena ambil tau.. semasa menjadi Penasihat LADA sejak Mac 2003 hingga Mac 2016, Mahathir telah salah gunakan kedudukan itu untuk dapatkan tanah.

Tanah seluas 4 ekar di Lot 148, 149, 150, 136 dan 137 di Bandar Kuah telah diminta secara bersurat oleh Mahathir pada 1 September 2009 untuk tujuan sewaan. Tanah itu adalah bersebelahan Pusat Kraftangan Teluk Yu.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Azman Umar (Pengurus Besar LADA) oleh Mahathir itu, tujuan asal hendak menyewa tanah itu ditulis sebagai "untuk maksud menternak lembu". 

05/05/2018

#PRU14: BESYUKURLAH KERAJAAN KAMU ANTARA YANG TERBAIK DIDUNIA

(Penulis – Hamidah Mastar) PENDUDUK TETAP SINGAPURA. Bangsa Melayu. Dilahirkan dan dibesarkan di Singapura. Saya cukup hairan rakyat Malaysia (terutama Melayu) yang menentang Kerajaan yang sedia ada.

Ekonomi bagus. Taraf kehidupan semakin baik. Masjid tumbuh bagai cendawan.  Hak Bumiputera dijaga. Kalau nak marahkan barang mahal..barang di Singapura lagi mahal.

Kalau nak marah tidak ada kerja , di serata dunia ada pengangguran.

BESYUKURLAH, Kerajaan kamu antara yang terbaik didunia di mata kami.

Mungkin mata kamu TELAH DIBUTAKAN oleh pembangkang yang hanya GILA KUASA. Diracunkan agar menbenci kerajaan terutama dikalangan anak muda. Dapat saja mereka kuasa tahulah  kamu saudaraku di Malaysia tinggi rendahnya langit  nanti. Jaga apa yang ada.

AMBILLAH IKTIBAR dari kami disini dah tak ada peluang utk ceramah agama secara terbuka, azan dimasjid pun tak boleh kuat macam di Malaysia. Hal2 tentang lslam semua disekat .

SEDARLAH SAUDARA ISLAM KU. Jika negara dah terlepas kepada kafir laknat menangis air mata darah pun dah tak guna.

Kamu akan MENUMPANG DINEGARA SENDIRI  jika pilih pembangkang. Jaga dan sayangilah apa yang kalian ada sekarang

Hamidah Mastar
Changi..S'pore

04/05/2018

#PRU14: KEPUTUSAN ANALISIS KUASA NEGARA DALAM MANIFESTO PRU-14

KEPUTUSAN ANALISIS KUASA NEGARA DALAM MANIFESTO PRU-14: Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1. KEPUTUSAN MENGEJUT TERHASIL dalam analisis akhir manifesto parti-parti politik apabila buat pertama kali sejak BN ditubuhkan, kuasa negara dalam Manifesto mereka jatuh di belakang Manifesto Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Hal ini terbukti apabila sebahagian komponen kuasa negara yang sebelum ini terpusat (centralized) sejak era Almarhum Tun Razak kini telah dikendurkan (Liberalized). Namun Manifesto BN masih mengatasi Manifesto Pakatan Harapan (PH).

2. Analisis sebelum ini jelas telah membuktikan bahawa MANIFESTO PAS MEMPUNYAI VISI NEGARA YANG LEBIH BERKUASA DAN KUAT berbanding manifesto Pakatan Harapan (PH).
 
3. Empat komponen yang diajukan oleh Fareed Zakaria dalam karya beliau ‘From Wealth to Power’ terbitan Princeton University Press kembali digunapakai bagi menilai kuasa negara dalam ketiga-tiga Manifesto BN, PAS, dan PH. 

4. Keempat-empat komponen ‘kuasa negara’ dari perspektif ‘State-centered Realism’ yang diajukan Fareed Zakaria ialah autonomi negara (state autonomy), skop tanggungjawab negara (state scope), keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), dan kesepaduan negara (state cohesion). 

5. Kuasa negara yang kuat dicirikan oleh negara yang berautonomi tinggi, memiliki skop tanggungjawab yang luas, berkeinginan (dan mampu) mengekstrak sumber dalam skala besar, dan bersepadu.  Negara yang lemah pula dicirikan oleh autonomi yang rendah, memiliki skop tanggungjawab yang sempit, tidak berkeinginan mengekstrak sumber dalam skala besar, dan tidak bersepadu.

6. Kesemua empat komponen kuasa negara ini cukup penting dari perspektif geopolitik dan geostrategi dalam jangka masa panjang di mana Fareed Zakaria mengajukan bahawa ‘sesebuah negara hanya mampu untuk meluaskan kepentingan politik mereka ke luar negara apabila terdapat peningkatan relatif kuasa negara mereka’.

7. Analisis ini turut menambah satu lagi dimensi, iaitu ‘Visi Antarabangsa’.  Adalah sia-sia sekiranya negara mempunyai kuasa yang kuat namun tidak memiliki visi antarabangsa yang proaktif.  Lebih malang sekiranya kuasa yang kuat tersebut digunakan sekadar untuk mengukuhkan status quo order dunia semasa tanpa berikhtiar untuk mempengaruhi atau mengubahnya. 

8. SECARA KESELURUHANNYA, MANIFESTO BN MASIH MENYAINGI MANIFESTO PAS dalam menguatkan kuasa negara seperti dalam aspek ‘Skop Negara’ dan ‘keupayaan negara mengekstrak sumber’, namun ia sedikit kendur dari segi ‘Autonomi negara’ dan ‘kesepaduan negara’.  Bukti ketara terdapat dalam halaman 201 dan 202 Manifesto BN.  Manifesto PH pula gagal untuk menyaingi kesemua empat komponen kuasa negara dalam Manifesto PAS dan BN.

9. Dari segi komponen yang pertama iaitu Autonomi Negara, dalam halaman 201 Manifesto BN mengambil keputusan mengurangkan autonomi negara dengan pendirian ‘zaman Kerajaan mengetahui dan menentukan segalanya sudah berakhir’.  Hal ini diterjemahkan dengan langkah memperkenalkan mekanisme “Petisyen Awam untuk setiap isu mustahak. Mana-mana petisyen atas talian yang menerima lebih 30,000 sokongan akan mendapat maklum balas dari Kerajaan” (Hlm.202).

10. PAS SEBALIKNYA mengukuhkan kuasa Eksekutif dengan menawarkan kombinasi kerajaan Teknokrat iaitu ‘Pemerintahan yang DITERAJUI OLEH KUMPULAN PAKAR YANG MEMPUNYAI ILMU DAN KEMAHIRAN YANG TINGGI DALAM BIDANG MASING-MASING, sektor kementerian diambil alih mengikut bidang kepakaran seseorang menteri, meletakkan kepakaran dan kemahiran sebagai aspek utama’.

11. SEBALIKNYA PH menerusi “Janji 12: Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri” JELAS MENYASARKAN PELEMAHAN KUASA EKSEKUTIF.  Langkah ini diterjemahkan melalui penurunan “tanggungjawab lain [JPM] akan diturunkan kepada kementerian-kementerian yang bersesuaian” di samping “Mengurangkan bilangan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan cara memindahkan seberapa banyak agensi yang mungkin ke kementerian yang berkaitan”. 

12. Dari segi komponen kedua iaitu kesepaduan negara pula, Manifesto BN memperkenalkan langkah yang membawa implikasi pengurangan kesepaduan iaitu penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen.  Langkah ini bertujuan ‘memperhalusi serta memberi maklumbalas mengenai isu-isu kepentingan awam’ (hlm.208). 

13. Namun demikian, langkah ini diimbangi hakikat bahawa kesepaduan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah BN sedia kukuh.  JPM kini menguasai tidak kurang 58 jabatan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Majlis Keselamatan Negara (MKN), ESCOMM, APMM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Khas Strategik (UKS), dan sebagainya.

14. Sepertimana PAS yang mengusulkan penubuhan Institusi Hisbah Rakyat (People Ombudsman) sebagai pemantau (Manifesto halaman 5), BN turut memperkenalkan inisiatif Ombudsman: “Mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat sebarang aduan awam mengenai ketidakadilan dan kelemahan perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan” (Hlm.205).

15. MANIFESTO PH sebaliknya MENJEJASKAN KESEPADUAN NEGARA dengan Janji 27 untuk memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016. Akibatnya kesepaduan antara Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Panglima ATM, dan Ketua Polis Negara bakal terjejas. Seperti mana penegasan Fareed Zakaria tentang pentingnya ‘kesepaduan negara’ (state cohesion), demikianlah peri pentingnya kesepaduan Majlis Keselamatan Negara di mana ‘pembuatan keputusan yang terpusat menjamin keupayaan dan kecekapan sesebuah negara’ dalam bertindak ketika di masa krisis mahu pun konflik.

16. Dari segi komponen ketiga iaitu keupayaan negara mengekstrak sumber (state’s ability to extract wealth), kapasiti negara yang tinggi diutamakan oleh kedua-dua BN dan PAS.  Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) terus dijanjikan BN sebagai wahana penjana sumber negara.  Turut menarik perhatian ialah janji BN Meningkatkan kerjasama Kerajaan dengan peneraju industri pertahanan tempatan bagi menghasilkan teknologi pertahanan keluaran Malaysia (Hlm.89).

17. Demikian juga dinyatakan PAS dalam Prinsip WINS 2051 iaitu Prinsip kelima ‘Peranan jelas dan cekap antara kuasa Politik dan kuasa ekonomi.  Kuasa Politik sebagai penentu halatuju negeri, Perancang Program, dan Pemantau.  Kuasa Ekonomi melaksanakan perancangan yang diputuskan dengan kepentingan rakyat sebagai keutamaan’.  Perbezaan PAS dengan BN terletak pada satu aspek kritikal: PAS mengajukan rancangan Penggantian Import (Import Substitution):

“Menukarkan keperluan kepada barangan import dengan barangan domestik khususnya berkaitan dengan projek-projek kerajaan…Sekaligus produk dan perkhidmatan inovasi negara mesti diberi ruang agar dapat memasuki pasaran untuk dikomersilkan…memberi fokus kepada inisiatif “localization” di mana produk dan perkhidmatan tertentu dibantu untuk dibangunkan di dalam negara” (Dokumen Hijau PAS halaman 24-25).

18. Sebaliknya, JANJI 60 PH MELETAKKAN NEGARA DI BAWAH PIAWAIAN (dan kawalan komitmen) asing seperti OECD, Bank Dunia, Open Government Partnership, Open Contracting Partnership, Open Budget Initiative, dan sebagainya (Halaman 153).

19. Dari perspektif komponen keempat ‘skop negara’ (state scope), kerajaan yang mengurangkan perbelanjaan awam dinamakan ‘Minimal state’ manakala kerajaan yang meningkatkan perbelanjaan awam seperti negara berkebajikan dinamakan ‘Maximal state’.  BN DAN PAS KEDUA-DUANYA MENJANJIKAN MALAYSIA SEBAGAI ‘MAXIMAL STATE’, SEBALIKNYA PH MEMILIH LALUAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI ‘MINIMAL STATE’

20. Janji 60 PH antaranya jelas memaksa kerajaan meminimumkan perbelanjaan awam dan selari pula dengan prinsip ‘small state, limited government’. Hal ini berkait dengan persepsi negatif terhadap hutang kerajaan dan matlamat yang lebih diutamakan ialah pengurangan defisit dalam belanjawan kerajaan.

21. Sebaliknya, Prinsip Kelima WINS 2051 PAS mencerminkan aliran ‘Maximal state’ yang lebih kuat dengan menjanjikan kerajaan lebih bebas untuk merencana pembangunannya tanpa ikatan atau komitmen luar.  Prinsip ini juga bebas daripada mazhab ekonomi politik Libertarian mahupun Neoliberal yang cenderung kepada penswastaan, liberalisasi, dan deregulasi.

22. Demikian juga BN di mana kerajaan masih berskala ‘Maximal State’ seperti mana yang disenaraikan dalam pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan Manifesto BN.  Saiz dan dominasi GLCs dan GLICs tidak tergugat.  Paling ketara dalam segmen perumahan rakyat, infrastruktur, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta perindustrian berteknologi tinggi.

23. Dari sudut visi antarabangsa pula, posisi yang berbeza dapat diperhatikan antara ketiga-tiga BN, PAS, dan PH.  BN lebih selesa dengan status quo order antarabangsa dengan pendekatan Konstruktivisme, PAS pula lebih Realis dengan bermatlamat menjadi pemain utama di tiga peringkat sistem antarabangsa yang berbeza, manakala PH pula lebih terikat dengan paradigma ‘Liberal-Institutionalism’.

24. Manifesto BN dalam seksyen 5 ‘Keselamatan’, menjelaskan visi antarabangsa BN iaitu: meluaskan diplomasi pertahanan serantau, idea Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), dan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman.  BN masih mengekalkan objektif untuk menyebarluaskan idea ‘kesederhanaan’ yang selari dengan pendekatan aliran Konstruktivisme dalam hubungan antarabangsa di mana nilai-nilai sebegini dipromosikan dalam proses ‘Sosialisasi’.

25. PH PULA TERIKAT DENGAN PARADIGMA ‘Liberal-Institutionalism’ di mana dalam Janji 60 PH hanya menyasarkan untuk “memposisikan Malaysia sebagai kuasa pertengahan (middle power)” (Hlm.155).  Manifesto PH menyaksikan Malaysia sebagai pemain biasa dalam institusi antarabangsa sedia ada seperti ASEAN, Komanwel, OIC, dan PBB.

26. Lebih Realis ialah PAS yang meletakkan “Fasa 3: Malaysia Memimpin 2041-2051” dalam tiga struktur antarabangsa utama seperti mana digariskan dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS 2051).  Fasa 3 WINS PAS menyasarkan Malaysia menjadi pemimpin di peringkat serantau, peringkat negara Islam, dan juga dalam kalangan negara sedang membangun khususnya negara Dunia Ketiga.

27. Konklusinya, Manifesto PAS menjanjikan Malaysia yang lebih kuat dan berkuasa dengan autonomi yang tinggi, pentadbiran yang bersepadu, berkuasa mengekstrak sumber dalam skala yang besar, serta mempunyai skop yang luas (Maximal State).  Ia mengatasi Manifesto BN yang turut menjanjikan negara yang berkuasa mengekstrak sumber dalam skala yang besar, bersepadu, serta memiliki skop yang komprehensif (Maximal State). Namun demikian Manifesto BN lebih kendur dari segi Autonomi Negara. Manifesto PH pula kekurangan dalam kesemua empat komponen berkenaan.

#PRU14 – 09 MEI 2018 BERTINDAKLAH DENGAN BIJAK BAGI MENENTU HALA-TUJU NEGARA, AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA.

03/05/2018

#PRU14: KELENTONG PEMIMPIN TUA MUDAH LUPA

PRU 14 | Kempen pilihan raya umum ke 14 telah masuk hari kelima, HARAPAN dan BN terus saling menyerang dengan isu-isu kempen masing-masing. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyeru orang ramai menerima apa sahaja yang diberi BN tetapi mengundi HARAPAN.
"Sebabnya ialah duit ini adalah duit mereka yang dicuri oleh Najib. Duit ini bukan duit Najib. Penerima tidak perlu undi BN," kata Mahathir.
Pengerusi BN Datuk Seri Najib sewaktu berkempen di Puncak Alam, siang tadi meneruskan serangan terhadap HARAPAN, kali ini menggunakan isu air di Selangor berkata, kerajaan negeri "nak ambil alih SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor) pun masih tidak selesai sehingga ada ungkapan pemimpin PKR dapat undi rakyat dapat baldi."
Malam tadi pula, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan Dr Mahathir Mohamad disiasat atas dakwaan MENYEBARKAN BERITA PALSU, mengenai ISU SABOTAJ PESAWAT yang dinaiki pengerusi HARAPAN itu.
Sementara itu, bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menyebut singkatan, "RABU-Rakyat akan buang Umno," dalam ceramah kempen calon PKR Fahmi Fadzil di Lembah Pantai malam tadi.
Daim juga memberitahu pemberita, "Akta Anti Berita Tidak Benar dan persempadanan semula SPR menjadi sebab utama beliau menyokong HARAPAN."

Sumber: 

02/05/2018

#PRU14: RAJA FITNAH RAFIZI DIISTIHAR MUFLIS

REMBAU: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah MENGHANTAR SURAT SAMAN menerusi peguamnya KEPADA NAIB PRESIDEN PKR RAFIZI RAMLI kerana memfitnahnya dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata ia bertujuan membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau dan Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO berada di pihak yang benar.

"Saya berani menghantar surat saman tersebut kerana saya di pihak yang benar dan ini juga bagi membuktikan bahawa saya dan Mohamad tidak bersalah dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Saya memandang serius dengan kejadian ini dan terus menghantar surat saman kepada Rafizi kerana saya di pihak yang benar dan tidak takut untuk memanjangkan perkara ini di mahkamah," katanya.


30/04/2018

RM870,000 WANG DEPOSIT LESAP NAK SALAHKAN BN JUGAK KE???

KOTA KINABALU: Wang tunai sebanyak RM870,000 milik sebuah PARTI PEMBANGKANG TEMPATAN DI SABAH, dikatakan untuk pembayaran deposit calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hilang dipercayai DILARIKAN PENASIHAT KEWANGAN PARTI TERBABIT.
Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu gagal hadir bersama wang berkenaan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, pada petang Jumaat lalu, sehari sebelum proses penamaan calon.
Menurut sumber, wang itu adalah untuk proses pembayaran pendaftaran bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen parti berkenaan yang akan bertanding pada PRU-14 di seluruh Sabah.

29/04/2018

#PRU 14: BETINA MATA BATU MUNCUL KEMBALI

KUALA LUMPUR: PAS menggesa bekas Presiden Majlis Peguam, DATUK S AMBIGA, MEMBERI PENJELASAN BERHUBUNG KENYATAAN EDITOR SARAWAK REPORT, Clare Rewcastle-Brown, yang menamakan beliau sebagai sumber yang menyatakan pemimpin parti itu menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ambiga perlu bagi reaksi untuk memberi gambaran yang sebenarnya terhadap dakwaan editor terbabit adalah kenyataan dengar cakap (hear say).
Katanya, peguam PAS kini sedang mengkaji perkara terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
"Tuduhan Sarawak Report mengenai PENERIMAAN WANG BERNILAI RM90 JUTA oleh pemimpin tertinggi PAS dari Datuk Seri Najib Razak itu sudah dinafikan sekeras-kerasnya, " katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Rewcastle-Brown menerusi pembelaannya dalam saman fitnah yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilapor menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat laporan portal kendaliannya berkaitan dakwaan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri. 
Portal The Malaysian Insight melaporkan, berdasarkan kenyataan hujah balas dan pembelaan yang diterimanya, Rewcastle-Brown mengatakan beliau memperoleh maklumat itu selepas bercakap dengan Ambiga yang juga bekas Pengerusi Bersih itu, mengenai Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PAS pada Julai 2016.
"Ambiga memberitahu bahawa sumbernya, yang mana beliau katakan boleh dipercayai, menganggarkan jumlah dibayar adalah sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown menerusi pembelaan yang difailkan kepada mahkamah bertarikh 11 Oktober lalu.  
Takiyuddin berkata, berhubung tuduhan Rewcastle-Brown itu, Presiden PAS sudah mengarahkan peguam mengambil tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, menuntut Ambiga memohon maaf susulan penjelasan Rewcastle-Brown itu.
"Dia patut minta maaf. Sebagai peguam yang memperjuangkan integriti, yang selalu perjuangkan soal kebenaran dan pilihan raya bersih, dia patut minta maaf, " katanya
Sumber:  KLIK DISINI

28/04/2018

#PRU 14: TIAN CHUA SALAHKAN SPR PENCALONAN DITOLAK ???

KUALA LUMPUR: PENCALONAN Naib Presiden PKR, TIAN CHUA, bagi bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 DITOLAK SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR).

Penolakan permohonan Tian Chua itu berikutan satu KES MAHKAMAH SHAH ALAM PADA TAHUN 2013.

Tian Chua yang mempertahankan Parlimen Batu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2016 kerana membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum pada 2013 dan dikenakan hukuman 3 bulan penjara dan denda RM1,800.

Pihak pendakwaan sudah memfailkan rayuan untuk meningkatkan hukuman itu.

27/04/2018

#PRU14: MAHATHIR DAH NYANYOK SALAH LANTIK PEGUAM ???

Peguam Tun Dr Mahathir Mohamad, MOHD HANIFF KHATRI ABDULLA, berkata Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak boleh menandatangani Surat Watikah memandangkan 16 anggota Umno telah memfailkan kes di mahkamah untuk cuba mengisytiharkan UMNO sebuah parti haram.
Sebagai seorang peguam, Haniff mesti tahu bahawa dengan hanya memfailkan kes di mahkamah, ianya masih belum menjadi penghakiman. Malah hakim masih belum memutuskan sama ada kes itu mempunyai merit untuk didengar atau tidak, dan harus dibuang. Dan kita tidak tahu sama ada 16 orang yang memfailkan kes itu adalah ahli Umno yang tulen yang mempunyai locus standi untuk memfailkan kes itu.
Walaupun hakim membuat keputusan mengisytiharkan Umno sebagai pihak yang menyalahi undang-undang, masih terdapat rayuan di mahkamah tinggi. Sehingga semua jalan undang-undang habis UMNO MASIH MERUPAKAN PARTI YANG SAH dari segi undang-undang. Mana-mana peguam akan tahu perkara ini
Sekiranya hanya memfailkan kes di mahkamah yang bermaksud keputusan dibuat, maka pemimpin-pemimpin pembangkang yang menghadapi kes mahkamah yang melibatkan perbuatan rasuah tidak boleh bertanding di PRU14.

Sumber: KLIK DISINI

23/04/2018

AZIZAH CANTAS LAPAN NAMA CALON DIKEMUKA AZMIN ALI?

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan menolak lapan nama calon bagi DUN Selangor yang dikemukakan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Lapan nama itu dikatakan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju), Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).

Muka baru yang dilaporkan turut dicantas adalah pembantu akhbar kepada Azmin, Hilman Idham - dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan penasihat Azmin yang dipercayai, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Seorang lagi Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon. 

Portal The Star melaporkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkunjung ke rumah Azizah di Bukti Segambut seawal jam 8 pagi tadi - meminta agar Presiden PH itu menimbang semula keputusannya. 

Bersama-sama Zuraidah, kelihatan kelibat Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Perkembangan terbaru itu memburukkan lagi krisis dalaman PKR membabitkan Kem Azmin dan Kem Rafizi (Ramli - Naib Presiden PKR).

Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...