Translate

02/05/2018

#PRU14: RAJA FITNAH RAFIZI DIISTIHAR MUFLIS

REMBAU: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengesahkan sudah MENGHANTAR SURAT SAMAN menerusi peguamnya KEPADA NAIB PRESIDEN PKR RAFIZI RAMLI kerana memfitnahnya dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata ia bertujuan membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau dan Mohamad yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO berada di pihak yang benar.

"Saya berani menghantar surat saman tersebut kerana saya di pihak yang benar dan ini juga bagi membuktikan bahawa saya dan Mohamad tidak bersalah dan perkara ini akan dibawa ke mahkamah. Saya memandang serius dengan kejadian ini dan terus menghantar surat saman kepada Rafizi kerana saya di pihak yang benar dan tidak takut untuk memanjangkan perkara ini di mahkamah," katanya.


"Namun begitu saya tidak terkejut dengan kejadian yang berlaku ini kerana ianya adalah permainan politik yang dimainkan mereka kerana pembangkang cuba meraih undi simpati supaya rakyat mengundi mereka... perkara ini tidak dinafikan," katanya kepada pemberita selepas majlis mengacau dodol di Bilik Gerakan Kampung Stesyen di sini, hari ini.

Rafizi yang juga penyandang kerusi Parlimen Pandan sebelum ini dalam status di media sosial mendakwa SPR menolak kertas pencalonan calon PKR Dr S. Streram untuk membolehkan Mohamad menang tanpa bertanding meskipun calon parti itu berada di perkarangan pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau di sini sejak pukul 8 pagi, Sabtu lalu.

Rafizi turut mendakwa Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda BN, Mohamad serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol semasa hari penamaan calon dengan tidak membenarkan Dr Streram memasuki pusat penamaan.

Khairy yang juga penyandang kerusi Parlimen Rembau selama dua penggal sejak 2008 berkata beliau yakin isu ini sengaja ditimbulkan untuk digunakan pembangkang bagi meraih undi rakyat.

Mohamad diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Amino Agos Suyub di pusat penamaan calon di Dewan Seri Rembau di sini.

Ini berikutan Dr Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa bersama pas calon seperti yang disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon.

Pengumuman itu menyaksikan Mohamad mempertahankan kerusi DUN Rantau pada PRU14, buat penggal keempat sejak 2004.--
BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...