PRU 14 | Kempen
pilihan raya umum ke 14 telah masuk hari kelima, HARAPAN dan BN terus saling
menyerang dengan isu-isu kempen masing-masing. Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
menyeru orang ramai menerima apa sahaja yang diberi BN tetapi mengundi HARAPAN.
"Sebabnya
ialah duit ini adalah duit mereka yang dicuri oleh Najib. Duit ini bukan duit
Najib. Penerima tidak perlu undi BN," kata Mahathir.
Pengerusi
BN Datuk Seri Najib sewaktu berkempen di Puncak Alam, siang tadi meneruskan
serangan terhadap HARAPAN, kali ini menggunakan isu air di Selangor berkata,
kerajaan negeri "nak ambil alih SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sungai
Selangor) pun masih tidak selesai sehingga ada ungkapan pemimpin PKR dapat undi
rakyat dapat baldi."
Malam
tadi pula, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan Dr
Mahathir Mohamad disiasat atas dakwaan MENYEBARKAN BERITA PALSU,
mengenai ISU SABOTAJ PESAWAT yang dinaiki pengerusi
HARAPAN itu.
Sementara itu, bekas menteri kewangan
Tun Daim Zainuddin menyebut singkatan, "RABU-Rakyat akan buang Umno,"
dalam ceramah kempen calon PKR Fahmi Fadzil di Lembah Pantai malam tadi.
Daim
juga memberitahu pemberita, "Akta Anti Berita Tidak Benar dan
persempadanan semula SPR menjadi sebab utama beliau menyokong HARAPAN."
Sumber: