KOTA KINABALU: Wang tunai sebanyak RM870,000 milik sebuah PARTI PEMBANGKANG TEMPATAN DI SABAH, dikatakan untuk pembayaran
deposit calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), hilang
dipercayai DILARIKAN PENASIHAT KEWANGAN
PARTI TERBABIT.
Difahamkan, lelaki berusia 38 tahun itu gagal hadir bersama wang
berkenaan ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, pada petang Jumaat
lalu, sehari sebelum proses penamaan calon.
Menurut sumber, wang itu adalah
untuk proses pembayaran pendaftaran bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan
Parlimen parti berkenaan yang akan bertanding pada PRU-14 di seluruh Sabah.
Katanya, wang berjumlah RM870,000 itu diserahkan kepada suspek ketika
perjumpaan bersama calon parti pada jam 10.30 pagi, Jumaat lalu.
Sumber berkata, pihak SPR telah memberi kelonggaran kepada parti itu
untuk membuat pembayaran sebelum jam 12 tengah malam namun suspek gagal ditemui
atau dihubungi.
Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, pengadu yang juga Ahli Majlis
Tertinggi bersama presiden parti itu serta calon pergi ke rumah suspek di Kota
Belud dan dia dikatakan berjanji untuk memberikan wang itu semula pada petang
sama.
Bagaimanapun, sehingga laporan polis dibuat, suspek gagal menyerahkan
wang pembayaran itu.
Akibat tindakan suspek, hanya dua calon didaftarkan dengan menggunakan
wang sendiri iaitu DUN Balung dan Merotai manakala calon selebihnya membabitkan
26 Parlimen termasuk Labuan dan 58 calon DUN gagal didaftarkan.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
"Siasatan masih dijalankan dan suspek sedang dikesan. Kes disiasat
mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah,"
katanya.
Sumber: KLIK DISINI