Translate

Memaparkan catatan dengan label Tian Chua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tian Chua. Papar semua catatan

28/04/2018

#PRU 14: TIAN CHUA SALAHKAN SPR PENCALONAN DITOLAK ???

KUALA LUMPUR: PENCALONAN Naib Presiden PKR, TIAN CHUA, bagi bertanding kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 DITOLAK SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR).

Penolakan permohonan Tian Chua itu berikutan satu KES MAHKAMAH SHAH ALAM PADA TAHUN 2013.

Tian Chua yang mempertahankan Parlimen Batu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 2016 kerana membuat kenyataan berunsur hasutan di satu forum pada 2013 dan dikenakan hukuman 3 bulan penjara dan denda RM1,800.

Pihak pendakwaan sudah memfailkan rayuan untuk meningkatkan hukuman itu.

20/11/2016

#TAHNIAH PDRM# Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

BANGSAR: Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH 5 hari ini.

"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.

Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.

"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.

26/11/2015

MJ NURUL MEROYAN TAHAP KRITIKAL !!!

KOTA KINABALU, 26 November:

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Usul dibentangkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah itu disokong oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan diluluskan selepas hampir dua jam dibahaskan oleh anggota dewan pada persidangan itu.

Sebanyak 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3) manakala tiga ADUN berkecuali.

Bagaimanapun, lima ADUN pembangkang iaitu daripada PKR dan DAP keluar dewan sebelum pengundian.

27/03/2014

'TIAN CHUA AND GROUP'- KES LAHAD DATU PUN BELUM SELESAI


KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) tidak mengambil tindakan terhadap pesawat MH370 yang membuat 'air turn back' ketika melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka itu adalah arahan daripada menara kawalan udara (ATC), Subang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, TUDM mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan Pangliman TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku 'air turn back' sehari selepas kehilangan pesawat MH370.

Menurut Abdul Rahim, kenyataan itu dibuat berdasarkan cerapan radar TUDM di Gong Kedak, Kelantan dan Bukit Bendera, Pulau Pinang.

"Sebagai pemilik primary radar kita bertanggungjawab untuk memaklumkan perkara itu pada pihak SAR (mencari dan menyelamat).

"Air turn back itu dikesan dalam radar kita, cuma kita anggap air turn back oleh Malaysia Airlines (MAS) itu sebagai 'pesawat yang mesra' dan itu arahan daripada ATC dan buat lencongan dan akhirnya dikesan menuju ke Andaman atau Utara laut China Selatan," katanya kepada Dewan rakyat sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bangun mencelah dan mempersoalkan kelewatan maklum balas yang diberikan pihak TUDM kepada ATC.

05/05/2013

Dalang Lahad Datu didedah

JAKARTA 3 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bekas teman karibnya, Raja Petra Kamaruddin sebagai dalang insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah.

Selain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Raja Petra turut mendedahkan, dua pemimpin PKR lain yang terlibat dalam rancangan menggugat keselamatan negara ialah Tian Chua dan R. Sivarasa.

Pengendali laman web Malaysia Today itu berkata, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang bertujuan merancang pencerobohan pengganas Kiram.

23/03/2013

PEKUNG PAKATAN HARAM MULA MEMBUSUK !!!!

MAKIN BANYAK PEKUNG BERNANAH YANG MENJADI PERSOALAN ??????

BETUL KE DULU SAKIT TULANG BELAKANG? KENAPA VIDEO KLIP YANG TERSEBAR DI INTERNET KEADAAN KETIKA DI SG BULOH LAIN?

BETUL KE DAKWAAN ORANG BANK NEGARA MALAYSIA YANG BERNAMA
MURAD TENTANG BEBERAPA AKAUN INDUK? DISINI

SIAPA DALANG LAHAD DATU YANG SEBENARNYA?

KENAPA
ISU KALIMAH ALLAH TIDAK DIPERTAHANKAN? KENAPA SANGGUP TARIK HJ HADI DAN TGNA UNTUK BERSEKONGKOL DALAM ISU ITU? DISINI

14/03/2013

Tian Chua tidak mengaku salah atas nasihat Anwar ???

Tian Chua mengaku tidak bersalah dakwa pencerobohan sandiwara UMNO

KUALA LUMPUR 14 Mac - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

11/03/2013

Anwar dan Tian Chua perlu diserahkan kepada Jamalul Kiram III barulah pengganas letak senjata !!


MANILA 9 Mac - Anak perempuan kepada Jamalul Kiram III hari ini berkata, pengikut mereka tidak akan menyerah diri, meskipun Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan itu adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menghalang lebih banyak pertumpahan darah.

Ketika bercakap kepada radio dzMM, Jaycel berkata, kumpulan yang diketuai Azzumudie Kiram tidak akan meninggalkan Sabah, walaupun mereka kini diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

09/03/2013

Natang TIAN CHUA tak perlu lah nak minta maaf - 'Nasi dah menjadi Bubur' ??

tian chua
Kita rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian tidak perlu lah nak mendesak Natang Tian Chua untuk minta maaf. Kerana Natang Tian Chua ne tergulung dari serpihan Pengganas SULU yang menceroboh Lahat Datu kini bergerak  aktif dikawasan Semenanjung dan perlu diberi perhatian serious oleh pihak keselamatan dan rakyat Malaysia amnya.

Terlalu sangat nak glamour berlebih-lebih lagi untuk mengalih isu 'KALIMAH ALLAH' sebagaimana yang telah dirancang oleh Anuar, Lim Guan Eng dan Haji Hadi.

Perancangan awal pencerobohan sepatutnya berlaku pada 01/01/13, itulah sebabnya awal-awal lagi Anwar setiap hari menyanyikan lagu 'Pokok'.

05/03/2013

PKR didesak nyata pendirian laporan perisikan


KUALA LUMPUR 3 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didesak menyatakan pendirian rasmi berhubung laporan agensi perisikan Filipina yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang utama dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Bekas Setiausaha Sulit, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, dalam konteks itu, Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu menggalas tanggungjawab itu kerana dakwaan tersebut amat serius membabitkan soal menggadaikan kedaulatan negara.

15/04/2012

PENUBUHAN SURUHANJAYA DIRAJA PERLU DISEGERAKAN SIASAT PEMIMPIN PEMBANGKANG HINA YANG DIPERTUAN AGONG !!!

Image Detail
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat beberapa pemimpin pembangkang yang didakwa menghina raja-raja Melayu semasa majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Menurutnya, suruhanjaya itu perlu bagi melengkapkan siasatan pihak berkuasa, walaupun enakmen sedia ada sudah ada kerana pihak terbabit wajar diberi pengajaran berikutan tindakan mereka itu.

20/12/2011

PANAS!! AHLI POLITIK TERLIBAT DALAM SINDIKET PELACURAN PENUNTUT IPT!!

adam adli akan jadi 'mangsa' terbaru seksual luar tabii anwar??
Insiden dua hari lalu di perkarangan PWTC membawa kesan menyeluruh kepada sistem pendidikan tinggi negara... bukan di sudut positif, tapi lebih kepada negatif! Kita boleh lihat bagaimana mahasiswa2 yang dikepalai oleh penuntut UPSI, Adam Adli bertindak bahalol menurunkan bendera DS Najib Razak. Dalam kerajaan meminda Seksyen 15 AUKU untuk memberi lebih kebebasan kepada penuntut IPT berpolitik, ahli2 parlimen PR sudah mula 'melacurkan' penuntut2 IPT untuk mengaut laba politik untuk mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...