KUCHING, 15 Julai (Bernama) -- Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan
Moro (MNLF) Nur Misuari terlibat dengan menggunakan kumpulan sendiri beberapa
kumpulan lain dalam melakukan pencerobohan dan penculikan di Sabah, kata
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata kegiatan itu dilakukan dengan tujuan mengumpul dana bagi
membentuk semula tentera upahan Nur Misuari selain bagi mengembalikan semula
pengaruhnya di selatan Filipina.


