Translate

11/03/2013

Anwar dan Tian Chua perlu diserahkan kepada Jamalul Kiram III barulah pengganas letak senjata !!


MANILA 9 Mac - Anak perempuan kepada Jamalul Kiram III hari ini berkata, pengikut mereka tidak akan menyerah diri, meskipun Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan itu adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menghalang lebih banyak pertumpahan darah.

Ketika bercakap kepada radio dzMM, Jaycel berkata, kumpulan yang diketuai Azzumudie Kiram tidak akan meninggalkan Sabah, walaupun mereka kini diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

"Kumpulan itu akan terus bertahan di Sabah kerana bagi mereka itu adalah satu penghormatan," katanya yang dipetik oleh abs-cbnnews.com.

Semalam, Jurucakap Hal Ehwal Luar Filipina, Raul Hernandez berkata, kumpulan pengganas yang diketuai Azzumudie Kiram itu kini tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyerah diri selepas permintaan gencatan senjata ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Menurut polis Malaysia, kumpulan pengganas itu juga tidak menunjukkan tanda-tanda mahu menyerah diri, menyebabkan operasi menggempur mereka diteruskan.

Hernandez turut memberi amaran bahawa, pasukan keselamatan Malaysia memutuskan untuk 'memusnahkan kumpulan pengganas itu' yang menceroboh Lahad Datu. - AGENSI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...