Translate

Memaparkan catatan dengan label Pengganas Sulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengganas Sulu. Papar semua catatan

26/11/2015

MJ NURUL MEROYAN TAHAP KRITIKAL !!!

KOTA KINABALU, 26 November:

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Usul dibentangkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah itu disokong oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan diluluskan selepas hampir dua jam dibahaskan oleh anggota dewan pada persidangan itu.

Sebanyak 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3) manakala tiga ADUN berkecuali.

Bagaimanapun, lima ADUN pembangkang iaitu daripada PKR dan DAP keluar dewan sebelum pengundian.

21/06/2013

ANUAR SOKONG PEJUANG SULU DAN MEMBERI SEMANGAT UNTUK MERAMPAS KEPULAUAN BORNEO ???

Perang psiko Kiram
KOTA KINABALU  -  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib  mengakui  pengganas Kiram  kini terpaksa melancarkan perang saraf  bertujuan untuk  memberikan semangat kepada  ahli-ahlinya untuk kembali kepada objektif asal mereka mahu merampas Kepulauan Borneo.

Beliau berkata, tindakan menyebarkan berita  kononnya berlaku pertempuran antara pihak  pengganas dan  pasukan keselamatan di Kampung Dengan, Tungku sebagai salah   bukti bahawa mereka sudah kehilangan sokongan daripada ahli-ahlinya.

“Ini taktik yang sudah kita jangka, kumpulan pengganas itu kini semakin   hilang sokongan dari ahli-ahli mereka, jadi langkah terdesak ini terpaksa diambil untuk mengembalikan sokongan dan semangat kepada pemimpin utama mereka termasuk Agbimuddin Kiram dan Jamalul Kiram.

05/05/2013

Militan Kiram ancam serangan kedua selepas PRU-13 arahan Anwar ???

JAKARTA 3 Mei - Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mendakwa, pengganas Kiram merancang untuk kembali ke Sabah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau turut mendakwa, pada masa ini pengganas militan itu sedang melatih 1,000 orang untuk melakukan serangan kali kedua.

"Mereka sudah mengumumkan di dalam akhbar Filipina bahawa mereka sudah menyiapkan kem latihan dan sudah melatih 1,000.

"Selepas PRU-13, 5 Mei ini mereka akan menyerang buat kali kedua. Apakah kita mahu kehilangan 10, 20 atau 100 anggota keselamatan lagi?" soalnya.

27/03/2013

BREAKING NEWS LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN

SMS yang sangat luar biasa dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa di Malaysia ini..... kerana untuk menjadi Perdana Menteri ???

Berita panas selanjutnya sila baca  DISINI

25/03/2013

Polis Sahkan Datu Amir Bahar Hushin Kiram Ditahan Di Semporna

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan pada Ahad mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna, semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Februari lepas.
"Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini Ahad.

17/03/2013

BUKTI KUKUH PENGLIBATAN KETUA PEMBANGKANG DI LAHAD DATU DITEMUI ??

Terkini laporan Bernama menyebut, kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

15/03/2013

TERKINI! PENGGANAS SULU BERSEKONGKOL TAWAN PUTRAJAYA??



PANAS!!! Berita yang didedahkan Akhbar Utama Malaysia bahawa Pengganas Sulu merancang rapi untuk melakukan serangan sebaik sahaja parlimen dibubarkan adalah satu perkara yang menggemparkan ! 

Disebabkan itulah mereka melengah-lengahkan rundingan semasa Kerajaan Malaysia mahu berunding dengan mereka selama 2 minggu selepas mereka menceroboh SABAH! 

Apakah kaitan mereka dan keuntungan yang bakal diperolehi Pembangkang apabila negara bakal huru hara selepas pembubaran DUN?

11/03/2013

Anwar dan Tian Chua perlu diserahkan kepada Jamalul Kiram III barulah pengganas letak senjata !!


MANILA 9 Mac - Anak perempuan kepada Jamalul Kiram III hari ini berkata, pengikut mereka tidak akan menyerah diri, meskipun Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina menyatakan itu adalah satu-satunya jalan yang ada untuk menghalang lebih banyak pertumpahan darah.

Ketika bercakap kepada radio dzMM, Jaycel berkata, kumpulan yang diketuai Azzumudie Kiram tidak akan meninggalkan Sabah, walaupun mereka kini diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

09/03/2013

Natang TIAN CHUA tak perlu lah nak minta maaf - 'Nasi dah menjadi Bubur' ??

tian chua
Kita rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian tidak perlu lah nak mendesak Natang Tian Chua untuk minta maaf. Kerana Natang Tian Chua ne tergulung dari serpihan Pengganas SULU yang menceroboh Lahat Datu kini bergerak  aktif dikawasan Semenanjung dan perlu diberi perhatian serious oleh pihak keselamatan dan rakyat Malaysia amnya.

Terlalu sangat nak glamour berlebih-lebih lagi untuk mengalih isu 'KALIMAH ALLAH' sebagaimana yang telah dirancang oleh Anuar, Lim Guan Eng dan Haji Hadi.

Perancangan awal pencerobohan sepatutnya berlaku pada 01/01/13, itulah sebabnya awal-awal lagi Anwar setiap hari menyanyikan lagu 'Pokok'.

06/03/2013

EMPAT ORANG SPY PENGGANAS SULU DITANGKAP

EMPAT SUSPEK DITAHAN DIPERCAYAI MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PENCEROBOH

Semporna, 6 Mac - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

05/03/2013

VIDEO INI MENGESAHKAN ANWAR IBRAHIM ADALAH DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU ???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...