Translate
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan
05/07/2014
Dokumentari MH 370 : Menjawab Beberapa Persoalan Misteri
Layan dokumentarai MH370 ini sedap jugak kerana banyak penerangan. BBC for the win!
20/05/2014
NAJIB DAN RAKYAT DIPERBODOH2KAN ???
Buku MH370: Saksi Lihat Pesawat Terbakar
BEBERAPA akhbar dan portal berita asing heboh menyiarkan mengenai buku pertama yang diterbitkan berkaitan kehilangan pesawat MH370 hasil tulisan Nigel Cawthorne apabila penulis mendakwa ia ditembak dalam latihan ketenteraan.
Lebih mengejutkan, penulis buku 'Flight MH370 The Mystery' itu turut menyatakan kejadian yang masih misteri itu sengaja dirahsiakan.
"Apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan menanggung kesakitan, tidak dipastikan nasib mereka? Atau apakah mereka meninggal dunia dalam keadaan pesawat terbakar, terhempas dari langit ketika dikawal lelaki tidak siuman?."
Malahan, Cawthorne juga menggambarkan bagaimana seorang lelaki yang sedang bekerja di pelantar minyak melihat sebuah pesawat terbakar dan ia berada berdekatan kawasan latihan tentera itu.
Waktu kejadian itu dikatakan sama dengan tempoh masa transponder pesawat berkenaan dimatikan.
18/05/2014
SYARIKAT PENERBANGAN NEGARA GULUNG TIKAR ???
PM: TERLALU LEWAT UNTUK MENYELAMATKAN MAS
HISHAM: TIDAK AKAN MENYELAMATKAN MAS
Datuk Seri Najib Razak telah berkata bahawa ia mungkin terlalu lewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) dalam bentuk semasa, sebagai syarikat penerbangan negara perjuangan untuk terus bertahan berikutan kehilangan penerbangan MH370.
Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, Perdana Menteri berkata kebankrapan mungkin menjadi antara beberapa pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara, selepas tahun kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.

"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam apa yang anda mahu lakukan dari segi bagaimana ia diterima oleh pekerja-pekerja dan orang awam, "kata Najib (gambar, kanan) memberitahu WSJ.
MAS berkata semalam bahawa kerugian bersih berkembang kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian bersih sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
12/05/2014
KRISIS MAS BERLARUTAN ???
Hampir 300 Kru Kabin Letak Jawatan
EKSKLUSIF PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.
Faktor tekanan kerja, selain 'dipancing' syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.
Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

02/05/2014
Serpihan MH370 Ditemui ???
Ahli Arkeologi Marin British Dakwa Temui Serpihan MH370
AHLI arkeologi marin British,Tim Akers mendakwa telah menemui bangkai kapal terbang MH370 lebih kurang 3,000 batu dari zon carian selepas mengesan serpihan Malaysia Airlines yang bewarna merah.
Beliau berkata, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.
Akers,56, sebelum ini turut mengkaji perairan Australia di Perth bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua yang hilang di negara ini-HMAS Sydney.

01/05/2014
PANCAINDERA ANUGERAH TUHAN MELEBEHI DARIPADA SEGALA2NYA
JIKA DARIPADA AWAL DIAMBIL KIRA MAKLUMAT YANG DIBERI, ALANGKAH BAIKNYA. PERCAYA JANGAN TAK PERCAYA, ANUGERAH TUHAN !!! KLIK SINI
DAKWAAN seorang wanita yang baharu pulang dari umrah telah melihat bangkai pesawat di perairan Laut Andaman mungkin ada benarnya.
Ini kerana berdasarkan dakwaan yang dilaporkan syarikat GeoResonance kelmarin, yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu, mengesan objek berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Benggala berdekatan dengan perairan Laut Andaman.
Berdasarkan laporan wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi(8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Sumber:sinarharian
18/04/2014
ANWAR BERCAKAP UMPAMA TELOR DIHUJUNG TANDUK ???
POLITIK ANWAR HAMPIR KE PENGHUJUNG....???
PUTRAJAYA - Tindakan Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik kerajaan dalam insiden kehilangan pesawat MH370 disifatkan tidak berasas dan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
“Adanya kenyataan ini, akan ada banyak tanda tanya sedangkan beliau cuma mengutarakan kenyataan tersebut tanpa fakta dan sebarang bukti yang mengatakan bahawa kita sedang menyembunyikan fakta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Perkembangan terbaru, Anwar dilaporkan The Telegraph berkata kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal mengenai insiden kehilangan MH370 itu.
Perkembangan terbaru, Anwar dilaporkan The Telegraph berkata kerajaan menyembunyikan maklumat kritikal mengenai insiden kehilangan MH370 itu.
Dalam pada itu, beliau melihat tindakan Anwar itu mencerminkan hasrat sebenar Ketua Umum PKR itu yang mahu mempolitikkan insiden itu demi kepentingan peribadi dan politiknya. KLIK SINI
PUTRAJAYA - Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan. KLIK SINI
16/04/2014
ANWAR MANGGIS DESAK KERAJAAN JAWAB SOALAN ????
PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan masih belum menjawab beberapa persoalan utama mengenai kehilangan MH370 yang sudah masuk hari ke-39.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan maklumat dan jawapan mengenai radar yang tidak dapat mengesan pertukaran laluan pesawat MH370 dan juga isi kargo yang dibawa oleh pesawat tersebut.
"Perdana Menteri Malaysia harus tampil ke hadapan untuk menjawab persoalan-persoalan ini, jangan sembunyikan apa-apa maklumat mengenai MH370.
"Kita ingin tahu sama ada radar yang mengawasi ruang udara negara ini tidak berfungsi atau kerajaan sebenarnya sedang menyorokkan maklumat mengenai kehilangan MH370," katanya dalam satu sidang media hari ini.

14/04/2014
MALAYSIA DIPERBODOH-BODOHKAN AS DAN AUSTRALIA ???
WASHINGTON - Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH370.
Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV, semalam.
“Kehilangan pesawat itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin hilang begitu saja,” katanya.
Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu.
“Maka itu kerajaan Malaysia meminta mereka untuk membantu, namun sehingga kini Malaysia tidak mendapat sebarang respons,” katanya.
Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.
“Sesuatu tidak logik apabila timbul maklumat mengenai pesawat terbabit mengubah haluan, terbang ke arah yang salah dengan beberapa penduduk terlihat ianya terbang rendah di sekitar Kepulauan Maldives lalu menuju ke Diego Garcia dan hilang begitu sahaja.
“Perkara ini sangat aneh dan tidak masuk akal,” katanya menurut laporan Mirror.

KOTAK HITAM MH370: SIAPA JUMPA DIA PUNYA ?????
Gani Patail Di UK Bincang Hak Ke Atas Kotak Hitam MH370
KUALA LUMPUR: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai siapakah yang sepatutnya mempunyai hak ke atas kotak hitam milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sekiranya ia dijumpai.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Hussein pada Ahad berkata, Peguam Negara pada masa ini di United Kingdom bagi berbincang dengan ICAO dan pakar-pakar lain berhubung perkara itu.
"Kami bekerjasama rapat dalam isu ini. Peguam Negara di UK membincangkan mengenainya. ICAO dan pakar-pakar yang terlibat berkaitan undang-undang antarabangsa dan undang-undang dalam negeri mengenai siapa yang benar-benar harus mempunyai jagaan ke atas kotak hitam ini, sebaik sahaja ia dapat dijumpai," katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan mesra di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
12/04/2014
CINA BATAL PENGHANTARAN 2 EKOR PANDA KA MALAYSIA ???
PUTRAJAYA 11 April - Kedatangan dua panda gergasi dari China ke Malaysia, yang pada mulanya dijadual pada 16 April, ditangguh ke akhir bulan bulan depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan China menunda penghantaran dua beruang itu, Fu Wa (jantan) dan Feng Yi (betina) kerana kesibukannya menangani usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, yang penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.
Sebanyak 153 daripada 227 penumpang yang berada dalam pesawat yang hilang pada 8 Mac itu adalah warganegara China. Gerakan mencari pesawat berkenaan memasuki hari ke-35 hari ini.
Palanivel berkata beliau memberi penjelasan tentang perkara itu dalam mesyuarat Kabinet hari ini.
"Pada mulanya, dua panda berkenaan dijadual tiba pada 16 April, tetapi berikutan kejadian itu (kehilangan pesawat MH370), Duta Besar China berkata mereka akan menghantar dua haiwan berkenaan pada akhir Mei.
"Mereka hendak mencari kotak hitam dulu," kata Palanivel kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - BERNAMA
04/04/2014
MH370 TERHEMPAS ATAU DIRAMPAS ???
SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.
Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.
Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

03/04/2014
PADAN MUKA MEDIA - PETUNJUK BARU TIDAK DIDEDAH ??
SELESAI MASALAH, SIASAT HINGGA SELESAI BARU DEDAH.
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihak polis sudah mempunyai petunjuk kehilangan MH370 namun beliau tidak dapat mendedahkan petunjuk yang dinyatakan kerana bimbang ianya akan menjejaskan siasatan.
Menurutnya, seluruh penyiasatan sedang berjalan dan setakat ini pihaknya masih belum dapat menyimpulkan apa-apa persoalan.
"Pihak polis tidak mempunyai pengalaman untuk menangani kes seperti ini sebelumnya, kami masih menyiasat punca kehilangan pesawat tersebut," katanya.
Jelasnya lagi, petunjuk yang diperoleh pihaknya mungkin akan membawa kepada penyelesaian kes ini.
"Kami meneliti petunjuk baru itu bersama laporan yang disediakan berdasarkan empat aspek utama siasatan iaitu, aspek rampasan, aspek sabotaj, aspek psikologi dan aspek latar belakang kru dan penumpang pesawat," katanya menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh The Sun Daily.

02/04/2014
SIBUK DENGAN KAPAL SELAM UK, KAPAL SELAM MALAYSIA MANA ???????
KUALA LUMPUR - Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.
Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini berkata, Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon semalam.
"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.
"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.
Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya. - Bernama
"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air.
"Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.

01/04/2014
DEMONSTRASI BOIKOT DAN ANTI MALAYSIA DI CHINA MAKIN MELAMPAU?
Sejak beberapa hari lepas kecoh di media luar negada mengenai lebih 200 ahli keluarga mangsa di China yang berhimpun di depan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menyampaikan bantahan mereka berkaitan hilangnya pesawat MH370. Walau bagaimanapun, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini telah menegaskan yang sentimen anti-Malaysia di China tidak wujud, meskipun terdapat dakwaan bahawa media Malaysia tidak mendapat layanan yang baik di negara itu.
Menurut beliau, ramai ahli keluarga mangsa warganegara China mengharapkan bahawa kita ( Malaysia ) teruskan SAR (pencarian dan menyelamat) kita.
Di internet telah tersebar gambar demonstrasi di luar kedutaan Malaysia dengan sepanduk dan laungan penunjukkan perasaan.“Kembalikan keluarga kami,” seru para penunjuk perasaan di depan pintu bangunan Kedutaan Malaysia di Beijing sambil membawa sepanduk-sepanduk bertuliskan: “Kerajaan Malaysia adalah pembunuh” dan “Kami ingin keluarga kami kembali.”
Para keluarga mangsa tersebut marah dan kecewa kerana kerajaan Malaysia telah mengumumkan pesawat MH370 jatuh di Lautan Hindi, padahal belum ada satu serpihan pun yang dijumpai.
Selain itu juga, terdapat dakwaan mengenai selebriti China yang menyeru secara terbuka supaya rakyat negara itu memboikot produk buatan Malaysia dan tidak melancong di Malaysia. Selebriti Malaysia yang menempa nama di China iaitu Shila Amzah turut terkena tempias apabila dia dicemuh dan diminta keluar dari China di laman sosial Twitter dan Weibo.
Pelakon hebat China dan menempa nama di Hollywood, Zhang Ziyi secara terbuka menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Sumber:wanista
#MH370: RAKYAT MALAYSIA DITIPU DENGAN VIDEO YANG DIPAPARKAN ???
Malaysia Airlines flight mh370 search operation in Indian Ocean
Gambar dibawah inilah yang sebenar-benarnya apa yang berlaku dimana video ini telah dirakam oleh IVAN ZAKRYZHEVSKIY pada 19 JAN 2013 dan bukannya semasa tugas menyelamat dan mencari MH370.
31/03/2014
#MH370: KERAJAAN SERAH TUGAS SAR KEPADA PAKATAN RAKYAT ???? HAA...HAA...
MH370: Bukan mudah kelola SAR berskala besar
SEPANG 30 Mac - Hubungan baik Malaysia dengan negara lain telah menyumbang kepada bantuan antarabangsa yang dihulur dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan bukanlah tugas mudah untuk menghimpunkan 26 negara dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) besar-besaran itu sekiranya Kuala Lumpur tidak mewujudkan hubungan rapat dengan ibu negara lain.
"Masyarakat perlu menyedari bahawa menjadi tugas yang besar untuk melibatkan begitu banyak negara dalam satu operasi besar-besaran. Perkara ini tidak akan berlaku jika Malaysia tidak mempunyai hubungan akrab dengan banyak negara," kata Najib.
Najib berkata, Malaysia amat menghargai semua sokongan dan bantuan yang dihulur negara terbabit dalam pencarian pesawat Boeing 777-200ER yang hilang daripada paparan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. - BERNAMA
29/03/2014
JAIS TAKUT DENGAN RAJA BOMOH UNTUK AMBIL TINDAKAN ???
PETALING JAYA: Walaupun pernah dikritik oleh masyarakat dari dalam dan luar negara, namun Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, tetap meneruskan ritual bagi mengesan pesawat MH370.
Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.
Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.
Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.
Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.
Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.
Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.
Sumber:mstaronline
Sumber:mstaronline
27/03/2014
'TIAN CHUA AND GROUP'- KES LAHAD DATU PUN BELUM SELESAI
KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia ( TUDM ) tidak mengambil
tindakan terhadap pesawat MH370 yang membuat 'air turn back' ketika melalui
ruang udara Selat Melaka kerana menyangka itu adalah arahan daripada menara
kawalan udara (ATC), Subang.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, TUDM
mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman ketika ia dikesan oleh
radar tentera pada jam 2.40 pagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada Laksamana
Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mempersoalkan tindakan
Pangliman TUDM, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud memaklumkan ada berlaku 'air turn
back' sehari selepas kehilangan pesawat MH370.
Menurut Abdul Rahim, kenyataan itu dibuat berdasarkan cerapan radar TUDM
di Gong Kedak, Kelantan dan Bukit Bendera, Pulau Pinang.
"Sebagai pemilik primary radar kita bertanggungjawab untuk memaklumkan perkara itu pada pihak SAR (mencari dan menyelamat).
"Air turn back itu dikesan dalam radar kita, cuma kita anggap air turn back oleh Malaysia Airlines (MAS) itu sebagai 'pesawat yang mesra' dan itu arahan daripada ATC dan buat lencongan dan akhirnya dikesan menuju ke Andaman atau Utara laut China Selatan," katanya kepada Dewan rakyat sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua bangun mencelah dan mempersoalkan
kelewatan maklum balas yang diberikan pihak TUDM kepada ATC.
PERANCANGAN YANG CUKUP TELITI - 'KOTAK HITAM' TIDAK AKAN MEMBERI JAWAPAN ???
Kotak hitam bukan jawapan - PULAK DAH !!
KUALA LUMPUR: Penemuan kotak hitam mungkin tidak akan memberi jawapan yang menjelaskan mengapa pesawat Malaysia Airlines MH370 bertukar arah ke Lautan Hindi walaupun ia dapat djumpai, menurut pakar penerbangan.
Ini berdasarkan perakam suara kokpit di dalam kotak hitam yang hanya dapat merakam perbualan dua jam terakhir penerbangan, kata syarikat perundingan penerbangan Amerika Syarikat Leeham Co.
Ini bermakna perbualan penting ketika pesawat berpatah balik berhampiran Malaysia dan Vietnam mungkin tidak dirakam.
“Apa yang berlaku di ruang udara Teluk Thailand tidak akan didedahkan kerana akan diganti dengan rakaman pada penghujung penerbangan MH370,” menurut ulasan syarikat itu.
Langgan:
Catatan (Atom)