Translate

02/05/2014

Serpihan MH370 Ditemui ???

Ahli Arkeologi Marin British Dakwa Temui Serpihan MH370

AHLI arkeologi marin British,Tim Akers mendakwa telah menemui bangkai kapal terbang MH370 lebih kurang 3,000 batu dari zon carian selepas mengesan serpihan  Malaysia Airlines yang bewarna merah.

Beliau berkata, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Akers,56, sebelum ini turut mengkaji perairan Australia di Perth bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua yang hilang di negara ini-HMAS Sydney.

Operasi pencarian MH370 dilakukan secara menyeluruh melibatkan satelit, pesawat, kapal dan peralatan air canggih yang mampu melangkaui air dalam, namun tidak mendatangkan sebarang petunjuk dalam menemui Boeing 777 yang hilang 8 Mac lalu.

Tetapi Akers dari North Yorkshire mula yakin beliau mungkin telah menemui pesawat hilang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal  ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Beliau mendakwa telah mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu  di luar pantai Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari mana pesawat itu 
berlepas.

Penemuannya itu sekaligus menyokong laporan bekas juruterbang  Amerika Syarikat  Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada luar pantai Thailand. 

Akers  dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional berkata, beliau kini sedang mengenal pasti bahagian-bahagian pesawat tersebut di mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja minyak yang melihat pesawat yang terbakar keluar dari udara.

Beliau berkata adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di Lautan Selatan India.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...