Translate

02/05/2014

KES TERPENCIL DAN LUAR BIASA !!!


HARI INI DALAM SEJARAH DUNIA MELIBATKAN NASI GORENG PEDAS ???

JOHOR BAHRU 30/04/2014 - Kes berlaku melibatkan seorang warga emas rakyat Singapura berumur 60 tahun, telah membuat satu lapuran polis di Johor Bahru mengatakan bahawa:

"Pada 30/04/2014 jam lebih kurang 9.00 malam saya telah pergi makan di kedai makanan nama tidak pasti di Jalan Bukit Timbalan, J/Bahru. Setelah itu saya telah membuat pesanan makanan iaitu nasi goreng kampung dan minum air suam.

Kemudian setelah saya memakan nasi goreng kampung tersebut saya telah dapati nasi goreng tersebut panas dan rasa begitu pedas.

Sehingga ke hari ini saya masih rasa pedas nasi goreng kampung yang telah dimakan semalam. 

Saya syaki mereka memasak nasi goreng tersebut dengan meletakkan cili terlampau banyak.

Tujuan laporan ini dibuat adalah kerana tidak berpuas hati terhadap makanan yang dimakan semalam dan mahu membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital. Sekian laporan saya"



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...