PETALING JAYA: Walaupun pernah dikritik oleh masyarakat dari dalam dan luar negara, namun Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, tetap meneruskan ritual bagi mengesan pesawat MH370.
Tindakan Ibrahim itu dimuat naik menerusi Youtube oleh Suara.tv.
Dalam rakaman berdurasi 2.58 minit itu, pengamal perubatan tradisional yang mendakwa dirinya sebagai raja bomoh didakwa melakukan ritual berkenaan di Pulau Sembilan, Perak.
Bersama Ibrahim adalah empat lelaki yang membantunya melakukan ritual berkenaan.
Tidak seperti aksinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan gaya seperti 'tikar terbang', kali ini Ibrahim menggunakan dua teropong kononya untuk melihat di mana pesawat MH370 berada.
Lelaki terbabit dilihat meneropong ke arah laut dari darat dan turut berendam separuh badannya ke dalam laut sambil melakukan ritual teropong.
Ritual berkenaan kemudian tamat tanpa sebarang penemuan seperti yang diusahakan oleh Ibrahim atau perkara baharu yang mungkin boleh mambawa berita gembira kepada semua pihak.
Sumber:mstaronline
Sumber:mstaronline