Ahad, 30 Mac 2014

Kadar obesiti rakyat Malaysia semakin serius - Adus SAYANG !!!


KUALA LUMPUR - Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Beliau berkata pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun ia meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.
Katanya, peningkatan itu berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.
"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.
"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan 'Bulan Nutrisi Malaysia' (NMM) 2014 di sini hari ini. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...