Translate

Memaparkan catatan dengan label Kapal Selam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kapal Selam. Papar semua catatan

15/09/2014

Kapal selam tercanggih muncul di perairan MALAYSIA ?


Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya PasMa (Klik). Ia kini menjadi bahan bualan ahli- ahli politik termasuk para penganalisisnya. Justeru, PasMa bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan lainnya.
Juga bukan sebuah NGO yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas seperti Royalti (R), Anak dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah NGO yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri.

02/04/2014

SIBUK DENGAN KAPAL SELAM UK, KAPAL SELAM MALAYSIA MANA ???????



KUALA LUMPUR - Kapal selam kelas Trafalgar Britain, HMS Tireless, telah tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat Malaysia yang hilang di kawasan itu masuk hari ke-26 hari ini.

Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia, dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini berkata, Setiausaha Negara bagi Pertahanan UK Philip Hammond memaklumkan perkara itu kepada Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi telefon semalam.

"Dengan keupayaan melakukan pencarian di dalam air, kapal selam HMS Tireless akan dapat membantu dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat hilang itu.

"UK sentiasa berhubung rapat dengan pihak berkuasa Malaysia sejak kehilangan pesawat  itu dan memberikan pelbagai bantuan," menurut kenyataan itu.

Kapal peninjau hidrografik pelbagai fungsi, HMS Echo, dijadual tiba di selatan Lautan HIndi untuk membantu misi pencarian itu, katanya. - Bernama

"Selain membantu usaha mencari transponder pada kotak hitam, HMS Echo akan memainkan peranan penting dalam pencarian serpihan di permukaan air.

"Kecanggihan dan keupayaannya dalam menilai keadaan persekitaran juga akan membantu pihak berkuasa pencarian untuk mengoptimumkan operasi pencarian," menurut kenyataan itu.
   

13/12/2011

Niat Tony Pua Fitnah Scorpene Terbongkar Untuk Singapura


Niat sebenar para pemimpin pakatan dan DAP yang menyerang perolehan aset kapal selam negara kini terbongkar ,terutamanya Tony Pua dan para pemimpin DAP.Mereka begitu teruk menggasak Kementerian Pertahanan agar mendedahkan spesifikasi Scorpene kepada umum. Tidakkah kita sedar bahawa jika kita mendedahkan spesifikasi kapal selam negara sudah pasti pihak negara asing seperti Singapura akan rahsia aset penting negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...