Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya
PasMa (Klik). Ia kini menjadi bahan bualan ahli- ahli politik termasuk para
penganalisisnya. Justeru, PasMa bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan Amal, Muslim Care
dan lainnya.
Juga
bukan sebuah NGO yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas
seperti Royalti (R), Anak dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah NGO yang
diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik
tersendiri.
Pertemuan
PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari jelas
mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar. Pastinya ia bukan pertemuan yang
merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak
terhadap NGO ini.
Sebaliknya
ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada
pucuk pimpinan PAS iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah mereka berbincang
bagaimana untuk menjatuhkan presiden.
Pertemuan
tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea
perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti.