Translate

Memaparkan catatan dengan label Tony Pua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tony Pua. Papar semua catatan

10/12/2017

TONY PUA SOKONG TINDAKAN ZAID IBRAHIM

Ahli DAP bebas berkata apa sahaja, demikian dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Utara, Tony Pua “Saya rasa ahli-ahli parti kami dibenarkan untuk mengekspresikan pandangan mereka, tetapi mereka perlu menyelesaikan segala akibat buruk yang akan muncul,” itu kata Tony Pua sewaktu memberi komen mengenai kontroversi melibatkan komen twitter Dato’ Zaid Ibrahim.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia Today, Tony Pua berkata bahawa tindakan tersebut akan memberi kesan kepada parti, lebih-lebih lagi sekiranya ahli yang terlibat tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti.

Ahli DAP Dato’ Zaid Ibrahim dalam twitternya Selasa lepas telah menyelar dan memperlekehkan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kenyataan menghina Bugis.

Tindakan Dato’ Zaid menimbulkan kemarahan orang ramai dan menyebabkan Sultan Selangor murka terhadapnya. Lantaran itu, Sultan Sharafuddin menitahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir. Dato’ Zaid Ibrahim sedang disiasat di bawah Akta Hasutan selepas laporan polis dibuat ke atasnya.

Sumber: KLIK DISINI

02/05/2017

Tony Pua & Wong Chen Penghasut/Pembohong/Penipu Perlu Ditangkap Segera

Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya, Wong Chen telah menuduh penyelesaian IPIC-1MDB perlu ditanggung oleh pembayar cukai Malaysia, baca sini. Tuduhan yang hampir sama juga dibuat oleh Ahli Parlimen Batu, Tony Pua di sini.
1MDB telah menyelesaikan timbang tara dengan dana Abu Dhabi International Petroleum Syarikat Pelaburan (IPIC). Kedua-dua syarikat mengeluarkan kenyataan berasingan tentang penyelesaian prosiding timbang tara di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa di London.
1MDB hanya pernah membayar US$3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran yang IPIC pada mulanya menafikan. Sekarang IPIC dengan jelas telah mengakui dalam satu kenyataan mereka bahawa bayaran itu wujud.

31/10/2015

Debat ‪#‎1MDB‬: Tony Jadi Arang, Mahathir Jadi Debu ???


Debat yang bakal berlangsung antara Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dengan CEO 1MDB, Arul Kanda, pasti akan jadi perhatian ramai, terutama pengundi atas pagar yang nak tahu cerita sebenar 1MDB untuk dibanding dengan cereka yang Tony selalu sebarkan.

Belum debat itu berlangsung, penulis dah jangka Arul Kanda pasti menang, apatah lagi dia awal-awal dah kata tidak akan tanya sebarang soalan sebaliknya akan jawab semua soalan dari Tony - bukan calang-calang orang berani letak dirinya dalam posisi itu.

Hebat tu.

07/10/2013

TONY PUA PERLU DIAMBIL TINDAKAN DIBAWAH AKTA PENCEGAHAN JENAYAH (PCA)

Keceluparan serta sikap kurang ajar TONY PUA perlu diberi pengajaran, agar mereka-mereka yang lain tidak sesuka hati mengeluarkan kata-kata kesat yang menyinggung mana-mana Agensi Kerajaan atau badan-badan tertentu, demi untuk mengembalikan maruah serta kedaulatan undang-undang yang cuba di CABAR oleh SI BARUA-BARUA ini.


KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.
   
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.
   
"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.
   
Hari ini, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Tony. - Bernama

13/12/2011

Niat Tony Pua Fitnah Scorpene Terbongkar Untuk Singapura


Niat sebenar para pemimpin pakatan dan DAP yang menyerang perolehan aset kapal selam negara kini terbongkar ,terutamanya Tony Pua dan para pemimpin DAP.Mereka begitu teruk menggasak Kementerian Pertahanan agar mendedahkan spesifikasi Scorpene kepada umum. Tidakkah kita sedar bahawa jika kita mendedahkan spesifikasi kapal selam negara sudah pasti pihak negara asing seperti Singapura akan rahsia aset penting negara.

04/11/2011

PKR MENANG PRU 13 - KAKITANGAN AWAM AKAN DIKECILKAN

Anwar membebel panjang sebelum menyertai mesyuarat strategik pilihanraya PKR kelmarin. Kenyataan Tony Pua kepada China Press – bahawa Pakatan Rakyat akan mengecilkan jumlah kakitangan awam membuatkan Anwar pening kepala. Anwar selalu pesan kepada jentera PKR, jangan sampai hati kakitangan awam terhentak walaupun kita sibuk bermain politik. Anwar memang mahu pastikan majoriti pengundi perkhidmatan awam akan diberikan kepada pembangkang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...