Ahli
DAP bebas berkata apa sahaja, demikian dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen
Petaling Utara, Tony
Pua “Saya rasa ahli-ahli parti kami
dibenarkan untuk mengekspresikan pandangan mereka, tetapi mereka perlu
menyelesaikan segala akibat buruk yang akan muncul,” itu kata Tony Pua sewaktu
memberi komen mengenai kontroversi melibatkan komen twitter Dato’ Zaid Ibrahim.
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Free Malaysia
Today, Tony Pua berkata bahawa tindakan tersebut akan memberi kesan kepada
parti, lebih-lebih lagi sekiranya ahli yang terlibat tidak mempunyai sebarang
jawatan dalam parti.
Ahli DAP Dato’ Zaid Ibrahim dalam twitternya Selasa
lepas telah menyelar dan memperlekehkan titah Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah yang antara lainnya menegur bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad, berhubung kenyataan menghina Bugis.
Tindakan Dato’ Zaid menimbulkan kemarahan orang
ramai dan menyebabkan Sultan Selangor murka terhadapnya. Lantaran itu, Sultan
Sharafuddin menitahkan Zaid untuk keluar dari Selangor sekiranya tidak
bersetuju dengan teguran baginda kepada Dr Mahathir. Dato’ Zaid Ibrahim sedang
disiasat di bawah Akta Hasutan selepas laporan polis dibuat ke atasnya.