Tujuh tahun lalu, pada Oktober dan November 2010,
1,060 orang muda Islam berumur antara 15 hingga 25 tahun telah ditemubual oleh
mereka yang dikatakan sebagai terlatih daripada Merdeka Centre. Setiap temubual
mengambil masa lebih daripada satu jam dan berlegar sekitar pembangunan diri,
orientasi keluarga, agama, politik, persekitaran sosial, lifestyle (gaya hidup)
dan nilai-nilai.
Para responden pula telah memberi maklumat yang
banyak berkenaan KEHIDUPAN
KELUARGA,
aktiviti-aktiviti rekreasi, profesyen dan matlamat peribadi serta orientasi
politik, selain daripada peranan Islam dalam hidup mereka.
Menariknya, survey ini dilaksanakan ke atas
golongan muda Muslim oleh Merdeka Centre, laporannya pula disediakan oleh Datuk
Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz (IDEAS) dan Dr Wong Chin
Huat (Monash University), manakala para penganalisis pula adalah Dr Shamsul
Amri Borhan (UKM) dan Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz dan
Dr Wong Chin Huat, yang semuanya dilihat sebagai tidak ada minat untuk membina
generasi baru Islam.
Lebih menarik apabila penganalisis yang membuat
laporan perbandingan bagi kajian serentak dengan Indonesia ini adalah tokoh
Indonesia iaitu Dr Siti Musdah Mulia (UIN, Jakarta). Daripada kacamata kajian,
ianya dilihat sebagai satu inisiatif terpuji kerana dapat mengenalpasti kecenderungan sikap dan pemikiran golongan muda,
serta seharusnya maklumat dan analisis boleh digunakan untuk membantu membina
generasi baru.
Namun, daripada ruang lingkup persoalan yang
dikemukakan, dan ianya dikaji oleh mereka yang jelas tidak ada kaitan dengan
program pembangunan Muslim, apa lagi apabila nama-nama yang terbabit sudah ADA REKOD AKTIVITI MEREKA DALAM USAHA MENGACAU-BILAU PEMIKIRAN MUSLIM DI
NEGARA INI, kajian ini, rumusannya dan tindakan-tindakan pasca
kajian ini seharusnya hendaklah diberi perhatian oleh mereka yang berasa diri
mereka mahu menjaga Islam di negara ini.
Malah, kesimpulan matlamat kajian ini terangkum
dalam tajuk laporan pada kulitnya, yang berbunyi “Winning Young Voters – A Handbook for
Campaigns, Candidates, Political Parties and Organisations” (Memenangi
Pengundi Muda – Buku Panduan untuk Kempen, Calon-calon, Parti-parti Politik dan
Organisasi), diterbitkan oleh Friedrich Naumann Stiftung (Bangkok, Jakarta)
dengan kerjasama Goethe Institut (Jakarta, Kuala Lumpur), atau saya singkatkan
sebagai kerjasama FNS-GI.
Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian
ialah fokus kajian adalah kepada golongan julat umur 15-25 tahun pada tahun
2010, merangkumi 10 batch, atau boleh mewakili sekitar 2.7 juta pengundi muda
Muslim bagi PRU14, dengan julat umur kini antara 22-32 tahun. Pemerhatian ini
lebih menarik apabila para penyokong Kerajaan Pusat (UMNO-BN) membuat
perkongsian gembira dengan keputusan pilihanraya kampus yang berlangsung
baru-baru ini di mana semua kampus IPTA kepemimpian mahasiswa dimenangi oleh
para pelajar Pro-BN.
Tahun lepas, apabila perkongsian kemenangan yang
serupa dibuat, saya buat hipotesis bahawa pihak perancang Pro-Bukan Kerajaan sudah
meninggalkan kampus dan memberi tumpuan kepada golongan pekerja muda. Apabila
kemenangan begitu mudah dicapai dalam kampus pada tahun ini oleh pasukan
Pro-Kerajaan BN, saya teliti semula kajian FNS-GI ini, sangkaan saya semakin
hampir kepada telahan tahun lepas, iaitu ‘medan IPT sudah ditinggalkan’ kerana
golongan pengundi tumpuan mereka sudah berada di persada kotak undi.
Mungkin, sebagai nota ringkas catatan ini, para
perancang harus teliti rumusan kajian yang telah dibuat bagi kajian tahun 2010
tersebut yang memberi petanda corak pendekatan bagi memenangi hati dan undi
bagi golongan Muslim dalam julat umur 22-32 tahun. Dr Mohd Fauzi Shaffie
merupakan Pengurus Besar, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI