Translate

Memaparkan catatan dengan label GOLONGAN MUDA MUSLIM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GOLONGAN MUDA MUSLIM. Papar semua catatan

06/12/2017

GOLONGAN JULAT UMUR 22-32 TAHUN PERLU DIBERI PERHATIAN PRU 14

Tujuh tahun lalu, pada Oktober dan November 2010, 1,060 orang muda Islam berumur antara 15 hingga 25 tahun telah ditemubual oleh mereka yang dikatakan sebagai terlatih daripada Merdeka Centre. Setiap temubual mengambil masa lebih daripada satu jam dan berlegar sekitar pembangunan diri, orientasi keluarga, agama, politik, persekitaran sosial, lifestyle (gaya hidup) dan nilai-nilai.

Para responden pula telah memberi maklumat yang banyak berkenaan KEHIDUPAN KELUARGA, aktiviti-aktiviti rekreasi, profesyen dan matlamat peribadi serta orientasi politik, selain daripada peranan Islam dalam hidup mereka.

Menariknya, survey ini dilaksanakan ke atas golongan muda Muslim oleh Merdeka Centre, laporannya pula disediakan oleh Datuk Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz (IDEAS) dan Dr Wong Chin Huat (Monash University), manakala para penganalisis pula adalah Dr Shamsul Amri Borhan (UKM) dan Dr Chiam Heng Keng (UM), Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz dan Dr Wong Chin Huat, yang semuanya dilihat sebagai tidak ada minat untuk membina generasi baru Islam.

Lebih menarik apabila penganalisis yang membuat laporan perbandingan bagi kajian serentak dengan Indonesia ini adalah tokoh Indonesia iaitu Dr Siti Musdah Mulia (UIN, Jakarta). Daripada kacamata kajian, ianya dilihat sebagai satu inisiatif terpuji kerana dapat mengenalpasti kecenderungan sikap dan pemikiran golongan muda, serta seharusnya maklumat dan analisis boleh digunakan untuk membantu membina generasi baru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...