SHAH ALAM: Setiausaha Agung Amanah,
Mohd Anuar Tahir MENYELAR
PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN (PH) yang bertindak sebagai 'sumber'
dan mendedahkan kepada media mengenai cadangan melantik TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI
PERDANA MENTERI DAN DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI TIMBALAN PERDANA
MENTERI bagi
gabungan itu.
Mohd Anuar berkata, pemimpin yang
berkenaan tidak wajar melangkaui pemimpin atasan dengan memberi kenyataan
apatah lagi melibatkan perkara penting dan besar.
"Tak ada lagi (pemberitahuan
mengenai cadangan). Jadi saya tak tahu apa tujuan orang-orang ini pergi kepada
media sedangkan belum ada keputusan muktamad. Susahlah. Ini semua nak bagi bergaduh saja.
"Belum dibawa ke Majlis Presiden
pun lagi, malah belum dibawa ke peringkat parti masing-masing lagi. Tak berani
saya komen," katanya kepada Antarapos.
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata
beliau sendiri enggan mendahului Presidennya, Mohamad Sabu, meskipun dirinya
turut menghadiri pemukiman pemimpin kanan PH selama dua hari di Putrajaya,
majlis di mana cadangan itu dibuat.
Beliau berpendapat, cadangan itu perlu
dibawa ke Majlis Presiden PH terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan
keempat-empat parti komponen.
"Apa-apa pun kena pimpinan utama
yang menyatakan perkara besar dan penting," katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan gabungan
yang terdiri daripada empat parti itu secara rasminya mencadangkan Dr Mahathir
sebagai calon perdana menteri, manakala Wan Azizah sebagai timbalannya.
Cadangan itu dilakukan ketika pemimpin
kanan PH mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya mulai Jumaat lalu.
Bagaimanapun, cadangan itu telah
mendapat bantahan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang berpendapat, perkara yang
penting seperti itu sepatutnya tidak dibuat segelintir pihak dan menyarankan ia
dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat parti gabungan lain, katanya
dipetik mStar.
Pemilihan kedua-dua pemimpin itu
dikatakan dipersetujui lima pemimpin tertinggi PH, iaitu Dr Mahathir dan Wan
Azizah sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamed Sabu.
Bagaimanapun, Wan Azizah berkata,
beliau perlu membincangkan perkara itu dengan kepimpinan PKR.
Mesyuarat mingguan biro politik PKR
dijangka diadakan pada esok.
Sementara itu, ahli Biro Politik PKR
Datuk Johari Abdul yang dipetik Malaysiakini pula mengesahkan, cadangan itu
hanya menunggu kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PH.
Sumber: KLIK DISINI