Translate

Memaparkan catatan dengan label Pakatan Harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pakatan Harapan. Papar semua catatan

09/04/2020

PAKATAN HANCING NAK JADI HERO KETIKA WABAK COVID-19

KUALA LUMPUR – PAKATAN HARAPAN (PH) TIDAK PERLU BERLAKON untuk menunjuk kononnya bersimpati atau mengambil berat soal kebajikan penjawat awam.
Ini kerana, sepanjang parti itu memerintah kerajaan Persekutuan dari 10 Mei 2018 sehingga 23 Februari lalu, pemimpinnya terutama dari DAP antara paling lantang mengkritik dan anti kepada penjawat awam.
Menurut penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusof, apa yang ditunjukkan PH ketika ini bagaikan “CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN”, iaitu selepas bergelar pembangkang, baharu hendak cakna pada segala-galanya.
“Tiba-tiba saja Majlis Setiausaha PH (MSPH) buat kenyataan desak kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memperkasakan perkhidmatan awam dengan memberi penghormatan sewajarnya kepada golongan itu.
“Selama ini merekalah yang lantang mengkritik dan menunjukkan sikap anti terhadap penjawat awam.
“Tahniahlah PH atas lakonan yang paling melucukan ini,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Dalam kenyataan media bertarikh 7 April semalam, MSPH melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Tindakan Kerajaan PN memecat jawatan-jawatan lantikan kerajaan sebelum ini daripada golongan profesional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.
“Kami berpandangan kerajaan tidak seharusnya bertindak melulu ketika negara sedang berhadapan dengan bencana wabak Covid-19 dan perlu menumpukan segala daya usaha dalam memerangi wabak itu dengan meletakkan rakyat sebagai kepentingan utama, bukannya bermain agenda politik,” kata kenyataan itu.
Kamarul Zaman yang merupakan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia kemudian mendedahkan kenyataan pemimpin PH yang berbaur anti terhadap penjawat awam sebelum ini.
Beliau mendedahkan kenyataan pemimpin PH terutama DAP berhubung kritikan mereka terhadap penjawat awam;
1.Yang menuduh penjawat awam sebagai membebankan kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Ketua Publisiti DAP, Tony Pua (rujuk kenyataan bertarikh 25 Oktober 2016).
2.Yang menegaskan betapa kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Exco Kerajaan Melaka, Kerk Chee Yee (18 September 2018).
3.Yang menegaskan keperluan untuk terus melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam di kementerian-kementerian ialah pemimpin PH, khususnya Ahli Parlimen Bangi dari DAP, Dr. Ong Kian Ming (17 April 2019).
4.Yang mendesak kerajaan supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara adalah pemimpin PH, khususnya Ahli Parlimen Sarikei dari DAP, Wong Ling Biu (19 November 2019).
5.Yang menuduh penjawat awam menjadi “deep state” dan mensabotaj kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Lim Kit Siang, Dr. P. Ramasamy, Charles Santiago, Ronnie Liu, Khalid Samad, Aiman Athirah dan Sivarasa Rasiah dari DAP, Amanah dan PKR (rujuk kenyataan yang dikeluarkan sepanjang November 2019).
6.Yang memindah dan menyejuk-bekukan (cold storage) penjawat-penjawat awam utama kerajaan, termasuk Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian ialah kerajaan PH (2018 dan 2019).
7.Yang mempersoalkan pemberian bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham (28 Mac 2020). – MalaysiaGazette

28/08/2019

RAKYAT TUNTUT STATUS SIASATAN LIMA PEMIMPIN DAP

Pas menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan polis memperincikan PERKEMBANGAN SIASATAN KES YANG MELIBATKAN LIMA PEMIMPIN DAP.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga hari ini semua kes tersebut masih belum diputuskan.

"RAKYAT BERHAK UNTUK MENGETAHUI lebih lanjut perkembangan kes berkenaan supaya ia dilihat berjalan dengan telus dan adil," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut memperincikan lima kes yang membabitkan pimpinan DAP.
"PERTAMA, kes Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemimpin pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) dan gambarnya melakukan aktiviti ritual menyembah senapang Kalashnikov (AK-47).

"KEDUA, kes Menteri Sumber Manusia, M KULA SEGARAN yang mendakwa orang Melayu sebagai pendatang dan mahu mengetuk kepala guru-guru sejarah dalam satu program yang dianjurkan di Nilai, Negeri Sembilan," katanya.

Selain itu, menurut beliau KES KETIGA melibatkan kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P WAYTHA MOORTHY yang telah mendakwa kerajaan memberi layanan buruk, mendiskriminasi dan menzalimi masyarakat India di Malaysia.

"KEEMPAT, kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) kerajaan Selangor, V GANABATIRAU yang mendakwa kumpulan Muslim menyerang Kuil Sri Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya Selangor.

"KELIMA, kes Ahli Parlimen Batu Kawan, KASTHURIRAANI PATTO yang menghina rakyat Kelantan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai objek hiburan setelah pihak kerajaan Kelantan tidak meluluskan lesen hiburan," ujar Tuan Ibrahim.

Beliau berkata, lima kes yang melibatkan pemimpin DAP ini SANGAT KRITIKAL KERANA IA TELAH MENYENTUH SENSITIVITI RAKYAT MALAYSIA dan boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Katanya, kerajaan dan POLIS MESTI MEMBERI PENJELASAN TUNTAS BERHUBUNG KES INI.

Artikel Penuh : KLIK DISINI

02/05/2019

MAHATHIR: TERIMA RASUAH LAGI BAIK DARIPADA MINUM ARAK????

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agak pelik dengan sikap sesetengah penjawat awam beragama Islam yang berfikiran bahawa menerima rasuah baik-baik saja kerana ia kurang berdosa berbanding minum alkohol.

Berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 1,000 pegawai kanan kerajaan di Putrajaya, katanya, kakitangan awam hari ini kelihatan lebih warak daripada mereka yang berkhidmat pada zaman British.

“Saya teringat tentang pegawai-pegawai di zaman British. Mereka tidak banyak terlibat dengan rasuah. Tapi lagak mereka seperti pegawai British. Mereka minum arak dan sebagainya.

“Tapi sekarang ini kita tak minum lagi. Sekarang ini lebih warak dari dulu. Ramai dari kita ada tanda di dahi, sebab mereka sembahyang. Jelas lagi karakter pegawai-pegawai sekarang ini ini sudah bertukar.

“Pegangan mereka pada ajaran agama lebih kuat dari dulu. Tapi kita dapati walaupun kuat pegangan agama, sembahyang, puasa, umrah tiga hingga empat kali, tapi bila duit datang, (mereka) terima juga.

“Ini yang pelik. Kalau arak tu haram, rasuah itu dua, tiga kali kali lebih teruk. Sebab itu kita hapuskan amalan rasuah ini,” katanya.
Mahathir kata, ramai di kalangan pegawai berkenaan sekarang tidak berpuas hati kerana kerajaan Pakatan Harapan sangat aktif menentang rasuah sehingga mereka ini tidak dapat menjana “pendapatan lebihan” lagi.  (ATUK DAH KAYA – MALAYSIAN MARVERICK)
“Hari ini, kerana kerajaan (PH) ini menolak rasuah, maka mereka tidak dapat lagi dari punca-punca (rasuah) itu. Tak dapat lagi upah-upah tertentu (hingga) berasa kecewa dengan kerajaan baru… (ATUK BERANGGAPAN SENDIRI)
“Kita tahu dahulu orang-orang tertentu yang dapat perlindungan dari jentera kerajaan. Kerana mereka guna rasuah dengan pegawai-pegawai kerajaan.  (22 TAHUN ATUK YANG AJARNYA)
“Bila kita usahakan perkara ini dihentikan, maka banyak pegawai-pegawai tertentu tidak dapat lagi punca pendapatan lebihan. Mereka kecewa. Seolah-olah kerajaan kleptrokasi lebih baik dari kerajaan demokrasi,” katanya.
Mengambil contoh beberapa negara termasuk Mexico, Pakistan dan Indonesia yang menukar parti memerintah akibat salah guna kuasa, Dr Mahathir berkata usaha membersihkan negara daripada gejala itu perlu diteruskan kerana ia akan menghancurkan negara.
“Segala tugas tak dapat dijalankan dengan baik, kos akan meningkat kerana setiap kos kita belanja perlu tambah kos rasuah, dan sesetengah pihak tidak mendapat perkhidmatan sama sekali kerana rasuah,” katanya.
Dr Mahathir berkata, kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun tidak mungkin kalah jika mereka berpegang kepada tugas dan tidak menyalah guna kuasa yang diberikan rakyat.  ATUK DAH KAYA
Rujukan: KLIK DISINI

19/12/2018

KATAK LOMPAT SEMAKIN GHAIRAH DIMUSIM TENGKUJUH

KUALA LUMPUR: KEPEMIMPINAN PAKATAN HARAPAN (PH) HARUS KEMBALI KE ‘PANGKAL JALAN’ dengan berusaha melunaskan pelbagai janji pilihan raya, berbanding sibuk memperkukuhkan cengkaman penguasaan kerusi di Parlimen.

Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang mengutarakan perkara itu mendakwa MASYARAKAT KETIKA INI ‘MENYAMPAH’ dengan SIRI GELOMBANG AHLI PARLIMEN UMNO BERTINDAK ‘LOMPAT’ PARTI untuk menyertai blok kerajaan.

Katanya, menerusi kaca mata pengundi yang ‘beralih arah’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tindakan sedemikian bukti pentadbiran PH lebih menekankan kepentingan memperkukuhkan dinamik penguasaan dalaman, BUKAN MEMBANTING TULANG MENGOTAKAN JANJI tatkala berkempen sebelum ini.

“Kita juga kehilangan nadi reformasi di mata penyokong tegar PH, malah tiada petunjuk bahawa penghijrahan beramai-ramai Ahli Parlimen UMNO berupaya memperkukuhkan cengkaman PH terhadap pengundi Melayu.

“Sebaliknya, ia menyuntik sentimen kemarahan meluap-luap dalam kalangan penyokong UMNO dan PAS terhadap PH, berbanding cuba untuk menawan hati melalui wadah ekonomi serta penyampaian khidmat berkualiti, kita sebenarnya menolak mereka (pengundi dan masyarakat) semakin jauh saban hari.

“Natijah sama yang bakal kita saksikan menerusi cubaan menumbangkan Kerajaan Perak dulu,” katanya menerusi warkah panjang lebar yang dimuat naik menerusi blog rasminya, hari ini.

Rafizi berkata, isu ‘pokok’ yang perlu diberi perhatian oleh PH ketika ini ialah penghijrahan Ahli Parlimen UMNO bagi menyertai parti blok kerajaan hanya bakal memperkasa pengaruh PAS sebagai entiti politik terbesar orang Melayu.

Berikutan badai melanda UMNO sehingga menyaksikan ia semakin lemah, katanya, lebih ramai pengundi Melayu ‘atas pagar’ dijangka bersedia memberikan mandat kepercayaan kepada PAS pada PRU seterusnya susulan kegagalan PH memenuhi janji berkaitan pengutuhan aspek ekonomi negara.

“Oleh itu, satu-satunya jalan untuk menyatukan perpaduan masyarakat dan membawa imej Malaysia yang sederhana ialah menumpukan wadah ekonomi dengan kembali kepada janji pilihan raya.

“Kita perlu serius dalam perihal memberikan kehidupan lebih baik kepada rakyat di negara ini, bukan terjerumus dalam kancah muslihat politik yang bertali arus oleh Malaysia lama.

“Tekad untuk meneliti semula usaha ke arah pembangunan negara harus dirintis daripada Majlis Presiden PH dengan memberi isyarat jelas bahawa gerakan membawa masuk bekas Ahli Parlimen UMNO perlu dihentikan,” katanya.

07/04/2018

#PRU14: MAHATHIR BERJAYA MENGUCAR-KACIRKAN PH TERUTAMA DAP

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Pakatan Harapan perlu mendapatkan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan PENGGUNAAN SATU LOGO SAHAJA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Bagaimanapun, katanya SPR masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan penggunaan satu logo itu daripada Pakatan Harapan dan cuma mendapat maklumat mengenainya melalui laporan media.

"Kebenaran menggunakan logo adalah daripada kita (SPR).

"Kalau dia mahu guna logo baharu dan sebagainya, kita (SPR) kena beri kelulusan," katanya dalam sidang media bersempena Simulasi Bilik Gerakan PRU14 di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu program di Pasir Gudang, Johor semalam mengumumkan keempat-empat parti dalam pakatan itu akan
MENGGUNAKAN SIMBOL PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) untuk PRU14 nanti.

"Kalau parti politik, dia dah daftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), kemudian dia kena kemuka kepada kita. Kita tengok jika logo itu tidak bertentangan (dengan peraturan), kita luluskan saja," kata Mohd Hashim lagi.

23/03/2018

#PRU14: RAKYAT JADI PENANTU

PAS kini lebih mudah pendiriannya. Ia cuma perlu mengajak rakyat memilih di antara dua mudarat, yang mana satu lebih besar musibahnya. Atau, dengan perkataan lain di antara dua tawaran BN dan PH, yang mana satu yang lebih merapati maqasid syariah. 
  
Sekarang zaman ledakan teknologi maklumat. Rakyat bukan sahaja boleh menghidu pihak mana yang lebih tidak tulus dan kurang telus mendapat kuasa memerintah. 

SIAPA LEBIH KUAT DAN BESAR FITNAHNYA dan adakah pihak yang mencabar lebih rendah kadar kecurangannya.

BN akan menerima hukuman langsung daripada Allah. Namun ia sudah mempunyai rekod memerintah. Cuma Allah tahu ia sudah melaksanakan tanggungjawab atau tidak.

Sementara PH kebanyakannya juga sudah berpengalaman berkuasa. 

Rekod pemimpin-pemimpin berkenaan juga dalam pengetahuan Allah. NAMUN SECARA KOLEKTIF MEREKA BELUM DAPAT MEMBUKTIKAN KOMITMEN kerana belum berpeluang berkuasa penuh. 

Kini yang menjadi persoalannya, adalah rakyat yang berkuasa menentukan sama ada rekod mereka masing-masing melunaskan tanggungjawab memerintah sebelum ini layak dikira dan disaluti sebagai amalan soleh yang telah ditetapkan Allah.

PH harus ambil kira prestasinya sendiri sama ada ia hanya meniru pemikiran dan langkah politik Umno-BN (kerana umumnya mereka berasal dari blok berkenaan) atau mereka mempunyai tawaran lebih murni daripada itu. 

Atau, adakah MEREKA LEBIH LICIK, BERDENDAM KESUMAT ATAU LEBIH CURANG DARIPADA UMNO-BN? Allah lebih banyak merahmati Malaysia. Jika falsafah, komitmen rekod mereka curang, hanya Allah mengetahui sama ada mereka layak memberi kuasa.

Tentu Allah mengetahui bahawa pembangkang hari pernah menyekat dana untuk pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat kerana “takut” gertakan Amerika Syarikat bahaw madrasah adalah pusat pembiakan pengganas.

Allah juga tahu jika diberi kuasa pembangkang mahu kaji semula kewujudan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dengan matlamat menutupnya dan mahu perkhidmatan awam yang dianggotai majoriti muslim juga akan dikurangkan.

Pemimpin utama pembangkang juga sering mengutarakan maklumat kurang tepat, palsu dan fitnah untuk membentuk persepsi negatif terhadap pemerintah. 

Rekod Umno-BN sudah tegak sejak 60 tahun lalu, sudah tentu itu petunjuk bahawa secara perimbangannya ia melakukan lebih banyak makruf daripada mungkar sehingga mendapat izin rakyat untuk terus memerintah.

Sumber: KLIK DISINI

05/12/2017

DAP TAK SETUJU PERLANTIKAN MADEY DAN JIJAH KIPAS

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir MENYELAR PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN (PH) yang bertindak sebagai 'sumber' dan mendedahkan kepada media mengenai cadangan melantik TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI bagi gabungan itu.

Mohd Anuar berkata, pemimpin yang berkenaan tidak wajar melangkaui pemimpin atasan dengan memberi kenyataan apatah lagi melibatkan perkara penting dan besar. 

"Tak ada lagi (pemberitahuan mengenai cadangan). Jadi saya tak tahu apa tujuan orang-orang ini pergi kepada media sedangkan belum ada keputusan muktamad. Susahlah. Ini semua nak bagi bergaduh saja.

"Belum dibawa ke Majlis Presiden pun lagi, malah belum dibawa ke peringkat parti masing-masing lagi. Tak berani saya komen," katanya kepada Antarapos.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata beliau sendiri enggan mendahului Presidennya, Mohamad Sabu, meskipun dirinya turut menghadiri pemukiman pemimpin kanan PH selama dua hari di Putrajaya, majlis di mana cadangan itu dibuat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...