Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
agak pelik dengan sikap sesetengah penjawat
awam beragama Islam yang berfikiran bahawa menerima rasuah baik-baik saja
kerana ia kurang berdosa berbanding
minum alkohol.
Berucap pada majlis perjumpaan dengan
lebih 1,000 pegawai kanan kerajaan di Putrajaya, katanya, kakitangan awam hari
ini kelihatan lebih warak daripada mereka yang berkhidmat pada zaman British.
“Saya teringat tentang pegawai-pegawai
di zaman British. Mereka tidak banyak terlibat dengan rasuah. Tapi lagak mereka
seperti pegawai British. Mereka minum arak dan sebagainya.
“Tapi sekarang ini kita tak minum lagi.
Sekarang ini lebih warak dari dulu. Ramai dari kita ada tanda di dahi, sebab
mereka sembahyang. Jelas lagi karakter pegawai-pegawai sekarang ini ini sudah
bertukar.
“Pegangan mereka pada ajaran agama
lebih kuat dari dulu. Tapi
kita dapati walaupun kuat pegangan agama, sembahyang, puasa, umrah tiga hingga
empat kali, tapi bila duit datang, (mereka) terima juga.
“Ini yang pelik. Kalau arak
tu haram, rasuah itu dua, tiga kali kali lebih teruk. Sebab itu kita hapuskan
amalan rasuah ini,” katanya.
Mahathir kata, ramai di
kalangan pegawai berkenaan sekarang tidak berpuas hati kerana kerajaan Pakatan
Harapan sangat aktif menentang rasuah sehingga mereka ini tidak dapat menjana
“pendapatan lebihan” lagi. (ATUK DAH KAYA –
MALAYSIAN MARVERICK)
“Hari ini, kerana kerajaan (PH) ini
menolak rasuah, maka mereka tidak dapat lagi dari punca-punca (rasuah) itu. Tak
dapat lagi upah-upah tertentu (hingga) berasa kecewa dengan kerajaan baru… (ATUK BERANGGAPAN
SENDIRI)
“Kita tahu dahulu
orang-orang tertentu yang dapat perlindungan dari jentera kerajaan. Kerana
mereka guna rasuah dengan pegawai-pegawai kerajaan. (22 TAHUN ATUK YANG AJARNYA)
“Bila kita usahakan perkara
ini dihentikan, maka banyak pegawai-pegawai tertentu tidak dapat lagi punca
pendapatan lebihan. Mereka kecewa. Seolah-olah kerajaan kleptrokasi lebih baik
dari kerajaan demokrasi,” katanya.
Mengambil contoh beberapa
negara termasuk Mexico, Pakistan dan Indonesia yang menukar parti memerintah
akibat salah guna kuasa, Dr Mahathir berkata usaha membersihkan negara daripada
gejala itu perlu diteruskan kerana ia akan menghancurkan negara.
“Segala tugas tak dapat
dijalankan dengan baik, kos akan meningkat kerana setiap kos kita belanja perlu
tambah kos rasuah, dan sesetengah pihak tidak mendapat perkhidmatan sama sekali
kerana rasuah,” katanya.
Dr Mahathir berkata,
kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun tidak mungkin kalah jika
mereka berpegang kepada tugas dan tidak menyalah guna kuasa yang diberikan
rakyat. ATUK DAH KAYA
Rujukan: KLIK DISINI