KUALA LUMPUR 30 April - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul
Abidin hari ini MEMBALAS KENYATAAN PERDANA MENTERI TUN
DR. MAHATHIR MOHAMAD yang MENUDUH
BELIAU SEBAGAI 'PEKAK' kerana mendakwa kerajaan
Pakatan Harapan tidak mempertahankan Islam.
Mohd. Asri berkata, BELIAU TIDAK PASTI SIAPA YANG
PEKAK kerana
apa yang beliau katakan adalah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan
masyarakat Islam di negara ini.
"Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB
Tun M: "MUFTI PERLIS PEKAK" sebab kritikan saya yang
suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan
hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.
"Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan
rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di
negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak," tulis Mohd. Asri dalam
Facebook beliau.
Semalam, Dr, Mahathir menyifatkan Mohd Asri
sebagai ‘pekak’ kerana mendakwa KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) TIDAK
MEMPERTAHANKAN ISLAM.
Perdana Menteri berkata, jika Mohd Asri boleh
mendengar, sudah tentu beliau tahu pelbagai usaha dilakukan kerajaan PH dalam
menjaga Islam di negara ini.
Kenyataan Dr. Mahathir itu susulan Mohd Asri
sebelum ini mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan
pemimpin pentadbiran hari ini.
Mohd Asri berkata, pelbagai kenyataan dibuat oleh
individu dalam KERAJAAN YANG DIANGGAP MENGHINA ORANG ISLAM.
Pihak yang menimbulkan ketegangan
itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi
pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.
"Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan
hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.
"Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis
cacatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: "JANGAN KETEPIKAN
KEBENARAN KERANA TAKUT. PERJUANGAN YANG BEBAS DARI CABARAN DAN TENTANGAN
BUKANLAH PERJUANGAN YANG SEBENARNYA," tulis Mohd Asri sambil
berkongsi catatan yang ditulis Dr. Mahathir tersebut.
Sumber Rujukan: KLIK DISINI