Jawatankuasa Pilihan Khas untuk
melantik jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam dijadualkan akan bermesyuarat
dengan SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN pada hari Selasa, 7 Mei ini untuk
membincangkan tentang pelantikan Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Pengerusinya, William Leong Jee
Keen berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas ini JUGA akan bermesyuarat pada tarikh yang akan ditetapkan untuk membincangkan
tentang pelantikan KETUA POLIS NEGARA, DATUK SERI
ABDUL HAMID BADOR. (DAH PENCEN PANGGIL SEMULA?????)
“Jawatankuasa ini akan membincangkan
dan mengkaji semula pelantikan Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara dari
segi kuasa dan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang khusus yang relevan dan
terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, dalam menjalankan kuasa Badan
Perundangan sebagai tonggak kerajaan yang kedua,” katanya dalam satu kenyataan.
William menambah, perbincangan
dan kajian semula pelantikan oleh jawatankuasa ini berdasarkan aspirasi yang
dinyatakan dalam Janji 12 (perenggan akhir) dan Janji 16 dari Manifesto Pakatan
Harapan (PH) untuk memulihkan maruah Parlimen dan untuk membolehkan Parlimen
untuk bertindak sebagai kuasa semak dan imbang kepada kuasa eksekutif.
Rujukan: KLIK DISINI
Rujukan: KLIK DISINI