Translate

Memaparkan catatan dengan label Kroni Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kroni Mahathir. Papar semua catatan

06/05/2019

KETUA POLIS NEGARA DAN KETUA HAKIM NEGARA DILIHAT SEBAGAI ANTI-ANWAR IBRAHIM

BANYAK MASALAH AKAN TIMBUL ..... KRONI MAHATHIR DEMI KEPENTINGAN PERIBADINYA

Jawatankuasa Pilihan Khas untuk melantik jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam dijadualkan akan bermesyuarat dengan SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN pada hari Selasa, 7 Mei ini untuk membincangkan tentang pelantikan Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Pengerusinya, William Leong Jee Keen berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas ini JUGA akan bermesyuarat pada tarikh yang akan ditetapkan untuk membincangkan tentang pelantikan KETUA POLIS NEGARA, DATUK SERI ABDUL HAMID BADOR.  (DAH PENCEN PANGGIL SEMULA?????)

“Jawatankuasa ini akan membincangkan dan mengkaji semula pelantikan Ketua Hakim Negara dan Ketua Polis Negara dari segi kuasa dan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang khusus yang relevan dan terma rujukan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, dalam menjalankan kuasa Badan Perundangan sebagai tonggak kerajaan yang kedua,” katanya dalam satu kenyataan.

William menambah, perbincangan dan kajian semula pelantikan oleh jawatankuasa ini berdasarkan aspirasi yang dinyatakan dalam Janji 12 (perenggan akhir) dan Janji 16 dari Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan maruah Parlimen dan untuk membolehkan Parlimen untuk bertindak sebagai kuasa semak dan imbang kepada kuasa eksekutif.

Rujukan: KLIK DISINI



25/06/2018

KRONI MAHATHIR MEMONOPOLI PROJEK ECRL

ECRL KINI MILIK KRONI MAHATHIR

Hari ini Menteri Kewangan telah mengumumkan projek ECRL akan diteruskan.

MENGAPA DITERUSKAN?

Walaupun pada asalnya telah dibatalkan oleh kerajaan ia diteruskan juga mungkin kerana kerajaan menyedari kepentingan dan manfaat besar projek ini terutamanya bagi membawa pembangunan ke negeri-negeri Pantai Timur.

At least inilah yang difikirkan oleh kebanyakan orang.

Padahal SEBENARNYA DIBALIK TABIR ada tangan-tangan yang telah lakukan sesuatu tentang projek ini.

Sebelum ini antara syarikat yang dianugerahkan kontrak projek ECRL oleh Kerajaan Terengganu adalah Syarikat T7 Global di mana jajaran terpanjang ECRL adalah milik mereka.

Pada 16 Mei 2018, VINCENT TAN TELAH MEMBELI (Kroni Mahathir) dan menjadi pemegang saham penting Syarikat T7 Global.

Beliau telah membeli saham syarikat yang akan membina ECRL walaupun ‘tahu’ ECRL akan dibatalkan.

Selain pengumuman projek ECRL diteruskan, Lim Guan Eng juga mengumumkan kos projek ECRL telah meningkat kepada RM70 BILLION DARI RM55 BILION ketika di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Ada tambahan RM 15 billion secara tiba-tiba.
KENAPA????

Nampaknya, tidak perlu tunggu lama untuk mereka mula memfaraidkan harta-harta negara. Tapi apakan daya, Malaysia telah memilih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...