KUALA LUMPUR 6 Mei - Berdasarkan KAJI
SELIDIK yang dijalankan, parti Gerakan memberikan markah
sebanyak 35 PERATUS BERSAMAAN GRED G (GAGAL) untuk kad laporan Pakatan
Harapan (PH) sempena menjelang setahun gabungan itu mentadbir negara Khamis
ini.
Presidennya, Datuk Dr.
Dominic Lau Hoe Chai berkata, kaji selidik yang dijalankan pihaknya itu adalah
berdasarkan reaksi 1,200 responden daripada pelbagai latar belakang di seluruh
negara.
"Kaji selidik ini bukan sahaja dijalankan melalui kaedah
soalan bertulis tetapi juga temuramah secara lisan untuk kita benar-benar dapat
keputusan yang tepat daripada rakyat.
"Secara
keseluruhan, berdasarkan 60 JANJI yang dibuat oleh Pakatan
Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya 11.7
peratus
responden beri reaksi positif, 23.3
peratus reaksi bercampur dan 65 PERATUS REAKSI NEGATIF.
"Antara
topik yang mendapat reaksi negatif paling tinggi adalah KEGAGALAN
PH MEREFORMASI INSTITUSI POLITIK dan KEMEROSOTAN
EKONOMI NEGARA DI BAWAH PENTADBIRAN PH," katanya dalam sidang akhbar
di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE