SURAT
TERBUKA HAMID BADOR KEPADA KERAJAAN KLEPTOKRAT NAJIB PADA TAHUN 2015.
Terlebih
dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli
keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan
kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan
keselamatan diri saya serta keluarga.
Saya
amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang
memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya
juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang
untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia
yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit
dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin
kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya
keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini
adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2
individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai
seorang pegawai kerajaan yang
TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak
mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan
kesalahan besar kepada negara.
Saya
faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya TERIKAT DENGAN BEBERAPA PERATURAN YANG MELARANG SAYA UNTUK
MENYUARAKAN APA2 KRITIKAN TERHADAP KERAJAAN tanpa terlebih
dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan.
Saya
juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri
saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya
jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. Tetapi di waktu yang sama saya juga
sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di
bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari
segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya
adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah
untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA
POLIS.
Oleh
demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya
memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi MENYELAMATKAN PERTIWI DARI ANCAMAN
MANUSIA-MANUSIA RAKUS YANG SEDANG BERMAHARAJALELA MEMPORAKPERANDAKAN SEGALA
SISTEM PENTADBIRAN SEDIA ADA DAN SECARA TERANG-TERANGAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG
BAGI MEMUASKAN NAFSU BUAS MEREKA.
Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana
pihak yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada saya
untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan
komplot membohongi rakyat sambil
"merestui perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!!
"What
choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya
BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN
KEADILAN. SIAPA YANG
BERSALAH MAKA DIALAH YANG AKAN MENERIMA PADAHNYA di
sisi undang-undang. SESUNGGUHNYA
UNDANG-UNDANG ITU BUTA DARI SEGI DARJAT DAN KEDUDUKAN......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am
Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang
general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di
antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap
jenayah.
Ramai
juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang
keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "HIRED KILLER ATAU KILLERS" DARI SELATAN THAI TELAH DIUPAH OLEH
"PEROMPAK-PEROMPAK" WANG RAKYAT INI UNTUK MEMBUNUH SAYA. Insya
Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH
SWT. Lagi cepat saya mati....lagi
cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan
saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin
saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya
mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan
keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya
kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing
dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh
pemimpin-pemimpin haprak ini. Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba
menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik..... bukan seorang berdarah
panglima..... seorang yang sudah besar kepala...... atau JOBO, mengikut slang
orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada
pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana
saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.
Saya
mendapat tahu bahawa USAHA
UNTUK MENGHAKISKAN KREDIBILITI SAYA SEDANG GIAT DIJALANKAN OLEH PUCUK PIMPINAN
CAWANGAN KHAS YANG ADA SEKARANG. Saya digambarkan
sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah
Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk
pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon
untuk pencen awal??? Saya
menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat
pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan
maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut
jawatan.
Seluruh
peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong
yang kononnya saya ini "meroyan" dan seperti seorang yang "gila
talak" selepas "ditendang keluar" dari Cawangan Khas.
Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. SEBENARNYA SAYA BUKAN
SEPERTI MEREKA YANG HANYA SUKA DAN PANDAI "MENJILAT" TULANG-TULANG
YANG DILEMPARKAN OLEH PEMIMPIN POLITIK HAPRAK INi. Saya BELUM PERNAH
MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.
Sebelum
ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di
dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam
Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat
dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya
itu dalam kes "rompakan" wang 1MDB ini. Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang
Timbalan Perdana Menteri merangkap MENTERI
DALAM NEGERI YANG LAGAKNYA SEPERTI SEORANG GENGSTER. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin
tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya
tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini
tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. Sebaliknya saya
merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam
Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus
menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian
rasuah.
Itu
saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran.
Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk
menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh
berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi
saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah
orang-orang yang terdahulu. Saya
berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard.
Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis
untuk menjaga keselamatan saya. I AM
NOT A COWARD!!!
KEPADA DATO SRI
FUZI HARUN SAYA MENYERU SUPAYA JANGAN MEMBODEK BERLEBIH SANGAT. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti
bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel...... I Know What You Did Last Summer!!!
Semenjak
pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima
pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu
tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada
ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan
kepada mereka yang berniat baik.
Kepada
mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka
kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai. Jangan pula cuba
untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang
dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari. Ibarat ayam
jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh
dengan tahi. Bukan saja skandal Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan
"cerita-cerita menarik" tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh
saya riwayatkan di khalayak ramai. Afterall birds of the same feathers flock
together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal
peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!
Pada
hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau
gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini,
secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara
keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB. Kedudukan kes ini
sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.
Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau
"dipecat". Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya
majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk
pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah
menyalahgunakan kuasa.
Sungguh
menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan
diri dari MASUK KE DALAM JEL. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan
siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha itu mereka menggunakan strategi
mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya
wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan
kerajaan??? Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! ISH ISH ISH JAHAT SUNGGUH TAKTIK "DIVERSION"
YANG DIGUNAKAN OLEH PARA "PEROMPAK"INI. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula
jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi "perompak"
ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Sebenarnya
apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri
"kehilangan" wang 1MDB. Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya
kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!!
Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan???
Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai
misteri ini??? Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan??? Mengapa
tiba-tiba Peguam Negara "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa
hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara?
Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani
segera tampil memberi keterangan? Hanya orang bersalah saja yang takut!!!
Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah
dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian
darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta
lain-lain perbelanjaan mewah beliau??
Saranan dan gesaan
ikhlas ini saya tujukan kepada, KETUA SETIAUSAHA NEGARA. – AMANAT TERLEBIH
!!!!
Kepada
Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan
tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah
sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada
penjawat awam sebelum ini. Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam
menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai bapa kepada
perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan
contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah. Takutilah
kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan
pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng.
Tan Sri
wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk
berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan
bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan,
menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur
melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam yang
teraniaya!!!
Mengapa
keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu
kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain?? Tidak salah jika saya
katakan bahawa moral para penjawat awam kini sudah jatuh merudum. Ikrar jabatan
yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat awam untuk memberi perkhidmatan
terbaik serta penuh integriti kepada rakyat dan negara sudah tidak bermakna
lagi. Ingatlah Tan
Sri....jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!
PEGUAM
NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.
Rakyat
di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di saat
memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak terlintas langsung di benak
mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas
kilat membelah bumi. Memanglah
kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling
berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. TETAPI DI DALAM KES TAN SRI PROSESNYA
BERJALAN LUARBIASA SEKALI.
Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula
menerima jawatan tersebut.......to discharge your duties with the highest
standard of integrity??? Atau adakah Tan
Sri sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan
tersebut??? Tetapi orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak
menyumbang idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting
keputusan "memecat" Tan Sri Gani Patail itu dibuat.
Dalam
ertikata lain.... TAN
SRI TELAH BERSUBAHAT DENGAN PERDANA MENTERI.
Wahai Tan Sri yang budiman..... ingatlah betapa sakitnya hukuman di hari
Pengadilan nanti. Pada
tahap umur sekarang pintu Rahmatullah kelihatan sudah terenggang sedikit. Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi. JANGANLAH DEK KERANA HENDAKKAN GLAMOR JAWATAN
MARUAH DIRI KITA GADAIKAN. Saya masih ada
sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang sebegitu luas Tan
Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya berlaku adil.
Segerakanlah
membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini
failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri. Bukankah Jabatan Peguam Negara sedia
mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara??? Sudah
pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri membuat
keputusan dengan cepat dan tepat. Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri
anakcucu kemudian hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu
kemudian hari.
KETUA
POLIS NEGARA.
Kepada
Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan
yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan
Negara. Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan
sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi
dari segala bentuk ancaman. Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan
pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka.
Jangan
takut dengan ugutan halus "are you with me or are you not?" Janganlah
PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan
Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi
segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang. Ingatkah Tan Sri kepada
lirik lagu keramat kita "POLIS SEDIA BERKHIDMAT"? Perkhidmatan kita
adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang
negara!!!
Sudah lupakah Tan Sri
bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang
ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar
nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB??? Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta
tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes
itu.....jenayah tetap jenayah.
.....
ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri
yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di
sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja,
sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB. Malahan TAN SRI SENDIRI DIANGGAP OLEH ORANGRAMAI
TELAH BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI
mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang sama telah menganiaya
pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara.
Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan
sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah
pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March. Berilah
pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu. Gunakanlah segala kuasa
yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah KHALIFAH ALLAH di
bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan kebijaksanaan
pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.
MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.
Saya
berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib yang menimpa Y.Bhg Tan
Sri. Ibarat pepatah Melayu....sudah jatuh ditimpa tangga. Tergamak mereka
menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk
"memecat" Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan
penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan
buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu. Hina dan menjijikkan sungguh
tindakan mereka ke atas Tan Sri.
Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut
berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha
Special Taskforce 1MDB tersebut. BIMBANG
BETUL PERDANA MENTERI DENGAN PENDIRIAN "NO NONSENSE" Tan
Sri itu. Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa.
Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri
diugut agar tidak melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku
yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak
umum......
"Cummon
Tan Sri !!! What is a small personal scandal, even if there is such, when
compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People
will easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you are
idolised as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you
become so timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you
sir".
Ada
juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan "perompak" ini
dengan "habuan-habuan"tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya
yakin semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja. Saya masih
ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir
kita sebelum Tan
Sri "dipecat"......" Hey look...this difficult decision that I
have made is not about toppling the government. I am not interested in
politics. I am just doing my job". Lantaran
mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat
polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir. Saya
mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat dan
sempurnanya. Aamiin.
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.
Kepada
para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan
Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab
dengan jujur. Ambillah iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear
no one except Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar dengan
cubaan-cubaan "blackmail" oleh pihak petualang. JANGAN DILEWAT-LEWATKAN SIASATAN. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang
bersandiwara atau menghilangkan diri atau "bermain tarik tali" maka
gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini.
Saya tidak lagi berada dalam Cawangan Khas
untuk menggunakan kepakaran dan rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka.
Jika tidak sudah pasti mereka "TIDAK CUKUP
TANAH UNTUK LARI". Se dalam mana
cacing nak menyorok di dalam tanah??? Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya
satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan
dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada
"kecut perut" atau menjadi pengkhianat keadilan. Rakyat tidak sabar
lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran yang
menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan
masadepan negara ini. Jangan berpecah dek "nak berebut harta perang".
Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!
LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.
Kepada
lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan
pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya
mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku "PEROMPAK-PEROMPAK"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri
dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat.
Kepada yang MUSLIM eloklah
bermuhasabah diri masing-masing. Hayatilah isi kandungan pelbagai khutbah solat
jumaat yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan amanah dan integriti. Memanglah
berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai penjawat awam. Tetapi yakinlah
kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke hadapan untuk
mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.
Seruan
ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai AGENSI PERISIKAN ATM dan Cawangan
Khas yang mempunyai maklumat salahlaku "perompak" 1MDB ini. Jangan
bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari amat buruk sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai
TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana
pembaziran dilakukan oleh VVIP kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat
tetapi pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan.
Begitu
juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana BARANGAN MEWAH BERNILAI JUTAAN RINGGIT YANG
DIBELI OLEH DATIN SRI ROSMAH Mansor
"diseludup" masuk dan DIYAKINI
TIDAK DIKENAKAN CUKAI SAMASEKALI. Amat
menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri yang hanya seorang
yang bertaraf surirumah mampu
berbelanja sebegitu mewah.
Dari mana
puncanya wang yang dibelanjakan itu??? Tidak ketinggalan juga seruan saya ini
ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang menjadi mangsa
herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam urusan
pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang "dibeliborong" oleh
mereka. Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan
mungkar manusia-manusia rakus ini.....SUDAH PUAS BERBELANJA BARANGAN MEWAH DENGAN DUIT KOTOR.....cukaipun diyakini tidak dibayar. Ingat
ye......apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti??? Ketika mati
nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se mahal mana.
Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan bersama kita
di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan dalam kubur
yang sebegitu sempit itu nanti!!!
Sekian.
Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini. Saya akan terus berusaha
mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi
tercinta.
Salam
hormat dan salam perjuangan,
ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.