KUALA TERENGGANU- SEORANG JURUTEKNIK KERUGIAN RM22,000 selepas terpedaya dengan SINDIKET PENIPUAN MACAU SCAM yang menyamar sebagai pegawai polis, pada Sabtu lalu.
Menurut sumber,
lelaki berusia 31 tahun itu menerima
panggilan telefon daripada individu
tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis
Kontinjen (IPK) Perlis.
"Individu itu
memberitahu mangsa terlibat kes kemalangan langgar lari dan perlu hadir ke
Mahkamah di Perlis untuk perbicaraan sebelum talian itu disambungkan kepada
seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai 'Sarjan Zulkifli'.
"Seterusnya
'Sarjan Zulkifli' membuat pemeriksaan ke atas nombor kad pengenalan mangsa
sebelum mendakwa namanya
terlibat dengan aktiviti jenayah pengubahan wang haram dan pengedaran dadah.
"Talian tersebut
disambungkan kepada seorang wanita perkenalkan diri 'INSPEKTOR FAZURA'
dari cawangan Jenayah Komersial sebelum memaklumkan kes melibatkan mangsa boleh
ditangguhkan dan boleh diikat jamin," katanya.
Sumber berkata,
bagaimanapun sekiranya ingin berbuat demikian, mangsa perlu membuat pembayaran
sebanyak RM25,000 DALAM TEMPOH SEGERA.
"Oleh kerana
mangsa mahu menyelesaikan kes ini dengan cepat, tanpa berfikir panjang, mangsa
terus MEMBUAT PEMBAYARAN
RM19,000 ke dalam akaun bank
diberikan pada hari sama.
"Keesokan
harinya iaitu pada Ahad lalu, mangsa sekali lagi membuat transit sebanyak
RM3,000 ke dalam akaun sama sebelum tersedar dirinya sudah ditipu," katanya.
Mangsa kemudiannya
membuat laporan polis pada hari sama (Ahad) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Kuala Terengganu ASISTEN KOMISIONER ABDUL RAHIM MD DIN
ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.
Jelasnya, kes
berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Artikel Penuh :
KLIK DISINI