Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, DR MUJAHID YUSOF RAWA MEMANG LAYAK DIKATAKAN GAGAL walaupun
bekerja keras dalam tempoh setahun pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Ahli akademik,
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi berkata, ini kerana Mujahid "bekerja dengan
cara berbeza dan GAGAL SAMPAI KEPADA ORANG RAMAI" yang
dikelirukan pihak-pihak tertentu yang memiliki agenda.
"Masalah
Melayu berkaitan agama. Masalahnya adalah mereka dikawal oleh pihak tertentu
menggunakan naratif tertentu.
"Jika
naratif itu tidak berubah, tiada apa yang akan berubah di negara ini,"
katanya dalam forum 'New Malaysia - Old Politics' di Wisma Methodist di Kuala
Lumpur hari ini.
Mengulas
lanjut, Mohamad Tajudin berkata adalah tidak adil untuk menilai PH secara
keseluruhan.
"Mereka
lakukan terbaik dalam beberapa perkara tapi beberapa perkara lain berlaku di
luar kawalan.
"Ada juga
perkara yang tidak berubah. Sebagai contoh, DARI SEGI KESELAMATAN, SAYA TIDAK MELIHAT BANYAK
PEMBAIKAN DARI PIHAK POLIS. Sebelum ini mereka menahan mereka dari
pembangkang. Tapi sekarang, mereka menangkap mereka yang dari Barisan Nasional,"
katanya.
Rujukan: KLIK DISINI
Rujukan: KLIK DISINI